Rabu, 5 Jun 2013

Fakta Menarik Berkaitan Wanita Pertama Amerika Syarikat


Martha Custis Washington (1731-1802)

Sekiranya Dolly Madison pertama kali digelar sebagai First Lady, Martha pula menjadi isteri President of the United State (POTUS) pertama dipanggil Lady atau Lady Washington oleh pihak media. Wajah isteri Presiden Amerika Syarikat ini juga adalah yang pertama muncul di atas setem Amerika Syarikat.



Abigail Adams (1744-1818)

Abigail menyeru suaminya, Presiden John Adams supaya mengingati kaum wanita semasa menulis Deklarasi Kemerdekaan Amerika Syarikat pada tahun 1776. Abigail juga adalah wanita pertama yang bertuah menjadi isteri dan ibu kepada Presiden Amerika Syarikat. Abigail juga menjadi isteri POTUS yang pertama tinggal di White House.



Martha Jefferson Randolph (1748-1782)

Tiada siapa yang tahu rupa sebenar wanita ini. Ini kerana sewaktu hidupnya, potretnya tidak pernah dilukis. Martha meninggal dunia 18 tahun sebelum suaminya menjadi POTUS. Anak perempuan mereka, Martha Jefferson Randolph menjalankan tugas sebagai Hos wanita di White House yang juga menjadi wanita pertama bersalin di dalam bangunan kerajaan itu.



Dolley Todd Madison (1768-1849)

Isteri Pesiden James Madison ini adalah satu-satunya isteri POTUS yang diberi tempat duduk kehormat di lantai Dewan Kongres Amerika Syarikat dan yang pertama menerima mesej dalam bentuk kod Morse.



Elizabeth Monroe (1768-1830)

Setiap isteri POTUS sebelum beliau menyampaikan ucapan aluan pertama kepada seluruh isteri pegawai-pegawai tertinggi Amerika Syarikat yang lain. Ini adalah tradisi sebagai penghormatan kepada golongan wanita berstatus tinggi itu. Isteri Presiden James Monroe ini enggan berbuat demikian. Kecewa dengan sikap isteri POTUS itu, kumpulan isteri golongan kenamaan Amerika Syarikat memboikot Elizabeth semasa upacara mengalu-alukan perpindahan beliau ke White House.



Louisa Catherine Adams (1775-1852)

Suri dalam hati Presiden John Quicy Adams ini adalah Wanita Pertama Amerika Syarikat yang pertama, lahir di luar negara Amerika Syarikat. Beliau lahir di England. Beliau mahir bermain alat muzik  “harp”, menulis skrip satira, dan mempunyai hobi menternak ulat sutera.



Rachel Robards Jackson (1767-1828)

Rachel mengahwini Presiden Andrew Jackson selepas diceraikan suaminya yang pertama. Rachel meninggal dunia sebelum sempat menyaksikan suaminya itu mengangkat sumpah. Sepupunya, Emily Donelson, menjalankan tugas untuk pihak Rachel sebagai Hos Wanita di White House sepanjang tempoh pentadbiran Presiden Jackson.


Hannah Van Buren (1783-1819)

Isteri Presiden Martin Van Buren ini meninggal dunia 18 tahun sebelum suaminya menjadi POTUS. Menantu mereka Angelica Van Buren kemudiannya mengambil alih tugas sebagai Hos Wanita di White House sepanjang dua tahun terakhir pentadbiran Presiden Van Buren.



Anna Harrison (1775-1864)

Anna, isteri Presiden William Henry Harrison ini tidak pernah mempunyai pengalaman menetap di White House. Suaminya meninggal  dunia hanya sebulan selepas dilantik manjadi POTUS. Cucu mereka berdua, Benjamin Harrison ditakdirkan menjadi Presiden Amerika Syarikat ke-23.



Letitia Tyler (1790-1842)

Isteri Presiden John Tyler ini adalah isteri POTUS yang pertama meninggal dunia di dalam bangunan White House akibat strok. Anak mereka, Letty Tyler Semple dan menantu perempuan, Priscilla Cooper Tyler menjadi Hos Wanita di White House sehingga Presiden Tyler berkahwin sekali lagi.



Julia Tyler (1820-1889)

Isteri  kedua Presiden Tyler, Julia menjadi isteri POTUS pertama yang dirakam gambarnya menggunakan kamera yang baru dicipta pada masa itu.



Sarah Polk (1803-1891)

Sarah menjadi setiausaha kepada suaminya, Presiden James Polk tanpa sebarang gaji. Sebagai penganut Kristian yang warak, Sarah mengharamkan sebarang jenis tarian dan permainan kad di dalam White House.



Margaret ‘Peggy’ Taylor (1788-1852)

Peggy pandai menggunakan senapang selepas belajar menembak suaminya sendiri, iaitu Presiden Zachary Taylor. Semasa tinggal di White House, Peggy enggan menggalas jawatan Hos Wanita di White House. Beliau diganti dengan anak mereka yang bernama Betty Taylor Bliss.



Abigail Fillmore (1798-1853)

Isteri Presiden Millard Fillmore ini adalah Wanita Pertama Amerika Syarikat yang pertama pernah bekerja dan mempunyai gaji sendiri sebelum berkahwin. Beliau seorang guru sekolah. Abigail meninggal dunia selepas tiga minggu meninggalkan White House. Presiden Millard kemudian mengahwini Caroline Fillmore, iaitu wanita berstatus janda yang lebih kaya kepada beliau.



Jane Pierce (1806-1863)

Jane tidak pernah menggemari minat suaminya, iaitu berpolitik. Dua bulan sebelum Majlis Pemasyhuran suaminya, Presiden Franklin Pierce sebagai POTUS, Jane mengalami tekanan jiwa dan kesedihan yang teruk. Ini selepas menyaksikan sendiri kematian ngeri anaknya yang dilanggar kereta api. Jane tidak pernah sembuh daripada trauma yang dialaminya itu.


 Sumber Bacaan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails