Panas betul bila baca komen-komen artis berkenaan hudud dalam akhbar Sinar Harian hari ni. Tersangatlah menyerlahkan kejahilan mereka tentang hukum hudud. Bak kata Ustaz Azhar Idrus, "Percakapan yang tidak ada akidah. Tidak ada sandaran. Tak ada Tuhan cakap macam tu. Cakap bodoh. Kalau bodoh, lebih baik duduk diam daripada berkata-kata."
Komen ENOT
"Memang zaman dahulu orang Islam mengamalkan hudud kepada mereka yang membuat kesalahan, contohnya bagi mereka yang berzina, hukuman sula akan dikenakan. Tapi rasanya sekarang tidak lagi sesuai. Malah kita wajar memberi peluang kepada pesalah untuk berubah. Kalau hukum hudud dijalankan, pesalah terbabit terpaksa hidup dalam keadaan yang tidak sempurna seperti tiada tangan, kaki dan sebagainya. Bagaimanapun, semua ini tidak menjamin mereka akan insaf sepenuhnya."
Inilah komen yang paling jahil sekali. Benar-benar menyerlahkan kejahilan Enot tentang hudud. Weyh! Mana ada sula dalam hudud. Ni mesti banyak tengok cerita Melayu Klasik ni. Dah tu, kaki tangan kudung, takkan tak insaf lagi kot? Kalau setakat kena bayar denda dengan penjara, lagi lah tidak menjamin keinsafan. Lagipun, hukum hudud bukannya bertujuan untuk menghukum. Bukan senang nak jatuhkan hukuman hudud dekat pesalah. Enot oii.. Tolonglah klik entry saya yang ni ye untuk memahaminya dengan lebih jelas.
Inilah komen yang paling jahil sekali. Benar-benar menyerlahkan kejahilan Enot tentang hudud. Weyh! Mana ada sula dalam hudud. Ni mesti banyak tengok cerita Melayu Klasik ni. Dah tu, kaki tangan kudung, takkan tak insaf lagi kot? Kalau setakat kena bayar denda dengan penjara, lagi lah tidak menjamin keinsafan. Lagipun, hukum hudud bukannya bertujuan untuk menghukum. Bukan senang nak jatuhkan hukuman hudud dekat pesalah. Enot oii.. Tolonglah klik entry saya yang ni ye untuk memahaminya dengan lebih jelas.
Komen HELIZA
"Kalau nak laksanakan hukum hudud, banyak perkara yang perlu diberi pertimbangan dan penilaiannya. Kita kena lihat keberkesanannya hukum ini dalam kalangan masyarakat Islam di Malysia, mungkin di Arab Saudi ia sesuai dijalankan kerana mereka sudah biasa mengamalkannya sejak dulu lagi. Tapi jika kita baru hendak melaksanakannya di sini, pasti ramai tak dapat terima. Bagaimanapun, hukum hudud ditetapkan dalam agama Islam dan perbezaan zaman banyak meninggalkan impak terhadap hukuman ini".Komen Heliza mungkin juga agak berlapik berbanding Enot. Tapi tetap ada unsur tidak menyokong hudud. Owhh.. Kamon lah Heliza yang cantik manis bermata bulat. Perbezaan zaman? Adakah zaman dulu manusia bertangan empat dan berkaki lapan? Adakah Heliza percaya dengan teori Darwin yang manusia berasal daripada beruk? Manusia di Arab Saudi tu Tuhan mana yang buat? Adakah Tuhan mereka tidak sama dengan Tuhan kita? Hukum Allah yang sudah termaktub dalam Al-Quran, wajib dilaksanakan dan sememangnya sesuai dilaksanakan sepanjang zaman. Kenapa nak pertikai keberkesanan hukum Allah? Nak tahu berkesan atau tak, laksanakan dulu. Baru tahu.
Wartawan pun satu. Apa punya sengal la yang pergi tanya pendapat artis tu buat apa. Tanyalah pendapat alim ulama yang memberi hujah berlandaskan Al-Quran dan Sunnah. Tanya artis, memang la. Bak kata Ustaz Azhar Idrus lagi, nak salahkan artis 100% pun tak boleh sebab diorang ni tak belajar agama. Kita sepatutnya kasihan pada golongan artis ni.
Apa pun, sorang artis ni jugak yang bagus. Menegur rakannya yang terlajak kata.
Artis-artis muda dan yang dah hingga hujung nyawa semua tu patut malu dengan pelajar Kristian yang komen pasal hudud ni. Bandingkanlah sendiri. Kata-kata dia lebih berakal dan berilmu. Malu weyh!
kredit by : http://www.blogged.my/gotopingbar.php?ping=321189
Kak, mohon share ea..?? :-D
BalasPadam