NEW YORK - Ratusan penduduk di bandar ini tidak memakai seluar  panjang dan skirt petang kelmarin semasa menaiki tren bawah tanah  walaupun dalam suhu yang sejuk.
Mereka cuma memakai seluar dalam dan seluar pendek selain pelbagai  jenis baju bagi meraikan ulang tahun ke-10 hari menaiki tren tanpa  memakai seluar panjang.
![]()  | 
| SEJUMLAH orang mengambil bahagian dalam hari tanpa seluar panjang di New York | 
Terdapat seorang lelaki yang memakai baju kot dan bertali leher  tetapi cuma berseluar pendek manakala sebahagian wanita hanya memakai  seluar dalam pelbagai warna.
Trend itu bermula pada 2002 apabila
 kumpulan yang dikenali sebagai  Improv Everywhere menggalakkan pengguna tren bawah tanah tidak memakai  seluar panjang dan skirt.Acara itu bermula pada pukul 3 petang dan hebahan mengenainya dibuat di laman web Facebook. - Agensi
Sumber: Kosmo 

bodoh. tahap pemikiran yg amat rendah
BalasPadam