Khamis, 2 September 2010

::|| bEGeDiL MuDaH n SeDaP ||::

Bahan-bahan

1 kilo kentang (dikupas kulit)

400 gram daging (direbus dan dicincang halus, juga boleh ditukar dengan ayam jika mahu)

50 gram daun bawang (dipotong halus)

50 gram bawang goreng

2 tangkai cili dipotong halus (untuk pedas, boleh tambah mengikut selera


1 sudu lada sulah

5 sudu tepung serbaguna (atau tepung goreng ayam)

3 biji telur (dipukul)

sedikit garam.

Minyak masak untuk menggoreng.

Cara memasak

Rebus kentang sehingga empuk. Kemudian toskan dan lenyekkan.

Campurkan kentang yang telah siap tadi dengan daging, daun bawang, bawang goreng, cili, lada sulah, garam dan tepung serbaguna. Gaulkan sehingga sebati dan menjadi doh.

Bentukkan doh tadi menjadi doh bulat yang lebih kecil.

Panaskan minyak menggoreng. Celup doh yang telah dibentuk tadi ke dalam telur dan goreng sehingga kuning keemasan. Tidak perlu menggoreng lama kerana bahan-bahan tadi telah pun dimasak terlebih dahulu.

Angkat dan siap dihidang.

Begedil sesuai dimakan dengan nasi atau soto. Malah sedap dimakan begitu sahaja. Cubalah …

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails