Khamis, 12 Ogos 2010

::|| RaMaDhaN : BuLaN TaRBiaH ||::

Ramadhan bagi ulul albab bukan sekadar membilang hari menanti syawal atau menahan  lapar dan dahaga .Bahkan Ramadhan merupakan satu bulan pertarbiahan daripada Allah swt kepada hambaNya.Ada dua item yang dapat saya lontarkan untuk panduan kita semua berpandukan bulan Ramadhan.

Pertama : Allah swt menetapkan sesuatu itu BOLEH atau TIDAK semata-mata hanyalah unutk menguji siapa hambaNya yang mentaatiNya dan siapa yang mendurhakaiNya.

Kedua : Pada bulan Ramadhan ,hambaNya diperintahkan meninggalkan beberapa
perkara mubah dan dianjurkan untuk banyak melakukan ketaatan.Terang lagi bersuluh ,bahawa Ramadhan membawa kita meningkatkan lagi amal ketaatan kepada AL-Khaliq.

Perlu ditegaskan bahawa Ramadhan bukanlah untuk menghijab perbuatan maksiat pada bulan itu sahaja,walhal maksiat itu perlu dibakulsampahkan secara totaly dalam kehidupan.Ibadah di bulan Ramadhan adalah merupakan momentum untuk kembali kepada Allah swt secara keseluruhannya.
Firman Allah swt dalam Surah Al-Anfal yang bermaksud: HAi orang-orang yang beriman, penuhilah seruan Allah dan RasulNya apabila Rasul menyuruh kamu kepada sesuatu yang memberi kehidupan (iman,islam,dan jihad) kepadamu.

Antara amalan-amalan yang dianjurkan sepanjang bulan Ramadhan ialah:

-Bermusafir di sepertiga malam iaitu menghidupkan malam,sepertimana mafhum hadith Rasulullah saw daripada Riwayat Imam Bukhari ialah : Rasulullah saw bersabda bahawa barangsiapa umatnya yang menghidupkan malam dibulan Ramadhan dengan iman dan mengharapkan redha Allah swt ,nescaya seluruh dosanya yang telah lalu diampuni.

-Membaca Al Quran.
Ibnu ‘Abbas r.a. berkata: "Rasulullah SAW adalah orang yang paling pemurah terlebih-lebih dalam bulan Ramadhan, bulan dimana beliau selalu ditemui Jibril. Jibril menemuinya setiap malam bulan Ramadhan untuk bertadarrus Al Quran. Sungguh bila Rasulullah SAW bertemu dengan Jibril beliau lebih pemurah lagi melebihi angin yang kencang" (HR. Bukhari dan Muslim).

-Mengkaji hadith dan sirah Nabi SAW.
"Apa-apa yang dibawa oleh Rasulullah ikutilah, dan apa-apa yang dilarang olehnya tinggalkanlah,"[surah Al-Hasyr :7 ]

-Banyakkan bersedekah serta mengeluarkan zakat.
Sepertimana yang telah digariskan dalam rukun islam yang keempat ialah mengeluarkan zakat fitrah.Maka wajib ke atas kaum muslimin mengeluarkan zakat fitrah.Jadikan Ramadhan ini sebagai bulan sedekah dan zakat.

-Iktikaf.
Ummul Mukminin ‘Aisyah r.a. menyatakan : "Apabila sudah masuk sepuluh terakhir (bulan Ramadhan) maka Rasulullah SAW selalu menghidup-hidupkan malam-malam itu (dengan ibadah) dan membangunkan keluarganya serta mengikatkan sarungnya (tidak mempergauli istrinya)" (HR. Bukhari dan Muslim).

Semoga Ramadhan kali ini memberi impak yang berkesan dalam diri kita dan semoga Allah swt memerhatikan amalan kita.Salam Ramadhan dari saya (blogger zhuliana.blogspot.com).Ramadhan di perantauan  menambahkan lagi rasa kerinduan yang teramat .Moga kerinduan yang tersulam ini menjadi satu semangat yang akan saya ciptakan untuk terus maju kehadapan dalam mencari ilmu dan menggapai mardhotillah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails