Esok genap 41 tahun berlakunya insiden keganasan rusuhan kaum di mana di ibunegara Kuala Lumpur. Dan, mereka yang ditemui Malaysiakini, sekata bahawa sudah tiba masanya untuk mereka melangkah meninggalkan memori hitam itu.
Dari sudut lain pula, ini juga membawa kepada langkah untuk memperkukuhkan lagi undang-undang seperti Akta Hasutan, Akta Penerbitan dan Mesin Cetak dan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Peristiwa itu juga melahirkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) pada 1971 bagi dianggap
sebagai jalan penyelesaian kepada masalah ketegangan kaum yang dicetuskan oleh pengagihan tidak saksama kekayaan negara antara pelbagai kaum, khususnya kaum Cina dan Melayu.
Seorang saksi kejadian yang menyaksikan peristiwa berdarah itu ketika berumur 18 tahun memberitahu Malaysiakini, bahawa keadaan sudah berubah dan hubungan antara semua kaum juga kini semakin baik.sebagai jalan penyelesaian kepada masalah ketegangan kaum yang dicetuskan oleh pengagihan tidak saksama kekayaan negara antara pelbagai kaum, khususnya kaum Cina dan Melayu.
"Pembangkang pun sudah bergabung dan hubungan kaum telah menjadi lebih erat," kata seorang peniaga di Kampung Baru yang berusia 59 tahun.
Dengan mengambil contoh Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat, peniaga itu berkata, mursyidul am PAS dan tokok agama itu, kini boleh "makan-makan" dengan orang Cina daripada DAP.
Katanya, contoh yang ditunjukkan oleh menteri besar Kelantan itu memberi kesan kepada masyarakat, di samping menunjukkan bahawa sikap perkauman sudah berlalu,'
Satu lagi faktor mengapa tragedi 13 Mei tidak akan berulang lagi ialah kerana kini kebanyakan generasi muda tidak mengetahui mengenai peristiwa tersebut.
"Jika tahu pun mereka tidak berasa apa-apa kerana kurangnya semangat patriotik dan nasionalisme dalam diri mereka. Mereka hanya cuma mahu bekerja, mencari duit dan kemewahan kerana mereka tidak berada semasa kejadian itu dan tidak merasainya.Sementara itu, seorang pekerja kedai alat ganti yang hanya mahu dikenali sebagai Teoh berkata, beliau masih ingat peristiwa 40 tahun lalu yang berlaku di sekitar Kuala Lumpur.
Teoh, 67, berkata masih segar dalam ingatannya kereta yang lalu-lalang mundar-mandir ketika ketegangan kes tersebut.
"Ia sudah jadi sejarah. Semua ini sudah berubah sekarang," katanya.
Manakala seorang pelajar sekolah 17 tahun yang belum lahir ketika insiden tersebut berlaku, pula dilihat kesal dengan kejadian yang tidak sepatutnya berlaku itu.
Menurut Mohd Hafizin, perbalahan kaum pada masa ini walaupun masih ada, ia tidak menonjol.
Namun begitu, tambahnya, jika dilihat pada kesan peristiwa 13 Mei, isu tersebut tidak relevan lagi dibangkitkan semupa pada pada zaman kini.
"Peristiwa ini tidak akan berlaku lagi kerana walaupun orang ramai tidak gembira (dengan sesuatu dasar), mereka tidak akan bertindak ganas lagi," katanya.
sumber: http://www.malaysiakini.com/news/131649
Admin: Seingat saya,atok saya pernah cerita tentang peristiwa ini.Beralih kepada sejarah ketamadunan islam,kita kena tahu sejarah,lebih-lebih lagi sejarah KEBANGKITAN ISLAM.Kita sekarang terlalu jauh dengan zaman lampau dan faktor ini juga menyebabkan kita semakin jauh dengan kesan-kesan yang dilaluinya .Dizaman globalisasi ini , banyak kisah sejarah yang telah di edit dan fakta juga banyak yang telah di ubah.KERANA APA KERJA KERJA INI DILAKUKAN???????? fikirkan sahabat sahabat....
adalah diakui bahawa peristiwa tersebut telah menjadi sejarah.. tapi untuk peristiwa itu tidak berulang lagi bukanlah satu perkara yg mustahil. sepertimana yg telah berlaku di taman dato harun satu ketika dulu.. dan juga beberapa kejadian yg berlaku dibeberapa negeri diutara semenanjung. yang mana peristiwa tersebut tidak dilaporkan didalam media cetak mahupun elektronik bagi mengelak berulangnya peristiwa berdarah tersebut.
BalasPadamTo Tanpa Nama : Time Kasih atas respon yang diberikan
BalasPadam