Khamis, 8 April 2010

::|| ketaNduSaN JuNduLLaH ....ARgHhHhh..||::


Para ulama` bak bintang-bintang bergemelapan menjadi pedoman musafir di perjalanan.Mereka terpandu menuju ke destinasi ,terhindar dari gangguan yang tersesat.Berlegar-legar difikiran memikirkan apa yang tercapai dek akal senipis kulit bawang ini ,yang mana ketika ini berhadapan dengan laptop kesayangan yang dihiasi screen yang penuh dengan bubble saling tolak menolak antara satu sama lain . Nostalgia yang tidak dapat dilupakan pada 10 march 2010 .Khabar yang saya terima menerusi mesej offline dari sahabat bumi mesir bahawa pemergian Sheikhul Akhbar Sheikh Tantawi.Beliau melepaskan hembusan nafas terakhir di Riyad,Arab Saudi.Semakin kurang ulama' didunia dan semakin tambah berleluasa kesesatan yang berlaku di muka bumi ini.Apa yang kita lihat disekeliling kita,kebanyakan manusia muslim seantara dunia seolah-olah tandus di dalam mata jiwa mereka dari satu kesedaran yang amat penting dalam melopori zouq(rasa) melaksanakan kewajipan perintah Amar Makru Nahi Mungkar .Realitinya zaman yang penuh cabaran ini,khususnya cabaran-cabaran terhadap ad-Dinul Islam dipelopori krisis pemikiran,budaya ,akhlak,liberalisme dan penyakit- penyakit iwa yang lain. Rentetan daripada perginya banyak ulama' yang telah meninggalkan kita,perginya takkan kembali,saya seru diri saya yang dhoif ini dan sahabat-sahabat perjuangan bangun dan bangkit dari lena yang panjang demi memperjuangkan ad-Dinullah .Kita bersatu atas kalimah yang satu.Waspada! jatuh bangun sesebuah negara itu terletak atas tangan pemuda-pemudi di negara tersebut.Salah satu kalam dari seorang sahabat kepimpinan berkata '' Jika kita berjuang kerana semangat,nescaya bilamana semangat itu hilang , kita akan give up.Tetapi apabila kita berjuang atas dasar kefahaman ,kita tidak akan diselubungi kefuturan dalam diri''.Kefahaman diterjemahkan adalah cabang-cabang yang diadaptasikan mengikut fenomena yang berlaku.Salah satunya kita boleh menghadamkan kefahaman menerusi dalam elemen intima' dan ibtila'.Antaranya kefahaman kita sebagai remaja islam ,dalam kitab wajib syababul muslim al yaum (tanggungjawab pemuda islam hari ini) ada menyatakan bahawa sejauh mana mereka boleh hidup dengan dasar kafir ,maka sejauh itulah mereka tidak boleh hidup dengan dasar dan sistem islam. Duyuful kiram yang saya muliakan,bahawasanya kita bukan permulaan dan bukan terakhir dalam berjuang tetapi kita ialah penerus rantai-rantai perjuangan.Buat akhirnya entri saya pada kali ini,bangun wahai sahabat-sahabat ku,lupakan kehidupan kita yang telah lalu.Kita tidak akan dapat melalui masa yang telah lalu buat kali kedua.Mari kita bergerak menuju kejayaan dunia dan akhirat.HEBAT DIDUNIA,HEBAT DI AKHIRAT. TAKBIR!!!

2 ulasan:

  1. Iya!!benar,biarlah kita tak menjadi bahan bualan masyarakat bumi sebaliknya jadilah bahan bualan masyarakat langit.Semoga kita ikhlas dalam menuntut ilmu dan beramal dgn ilmu.Moga tak menjadi ilmuan yg sesat...

    BalasPadam
  2. ana ada satu cadangan untuk sama2 kita laksanakan supaya ramai ulma` muncul dan banyak pula jundullah yang akan menjadi rijal pejuang... ana cadangkan, kita kempen supaya ramai2 masuk al-Azhar.. setuju??

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails