Ahad, 28 Februari 2010

::|| fEqH aULawiYaT ||::


Feqh Aulawiyat merujuk kepada mengetahui apa yang layak didahulukan daripada perkara-perkara lain dalam pelaksanaan.Feqh Aulawiyat juga bermaksud : meletakkan segala amal sesuatu pada tangga peringkat yang sebenarnya.Feqh Aulawiyat mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan Feqh Muwazanat (perbandingan) dan Feqh Maqasid (tujuan-tujuan).

Kaedah-kaedah umum menyusun Aulawiyat
Masalih/manafi` yang diakui oleh syariat ada tiga peringkat atau martabat iaitu:

AD-DHARURIYAT - perkara-perkara asas secara mutlak diperlukan dalam kehidupan manusia iaitu:-
  • agama
  • nyawa
  • akal
  • keturunan/maruah diri
  • harta
Lima perkara tersebut adalah perkara keperluan yang telah di susun mengikut martabat keutamaannya.

AL-HAJIYAT - Perkara yang tanpanya menyusahkan hidup manusia.
contohnya: Pengharusan beberapa bentuk muamalat dan pengharaman sebahagian yang lain.

AT-TAHSINIYAT - Pelengkap yang menjadi hiasan tambahan dan menjadikan cara hidup serta akhlak manusia lebih sempurna . contohnya: Adab makan dan tinggal rumah yang mewah serta selesa.

Oleh itu apabila berlaku pertembungan antara perkara-perkara di atas,penyusunan keutamaan mestilah dibuat berdasarkan martabat yang telah disusun,maka perlulah didahulukan maslahah dharuriyat berbanding hajiyat yang diutamakan hajiyat berbanding tahsiniyat.

Jika pertembungan berlaku pada martabat yang sama. Contohnya: seorang yang bekerja dengan suatu agensi , dia disuruh untuk membuat perkara-perkara kemungkaran ,jika tidak akan dibuang kerja,jadi disini timbulnya dua pertembungan iaitu sekiranya dia tidak membuat perkara yang disuruh maka hilanglah sumber kewangannya,jika dia mengikut kata majikannya maka dia telah melakukan perkara mungkar.Jadi disini perlunya kita mengetahui keutamaan sesuatu keputusan dan hendaklah disusun mengikut (aulawiyat an anau`) maka didahulukan maslahah agama ,diikuti nyawa,akal, keturunan dan harta. Jika pertembungan berlaku pada martabat dan nau` yang sama , maka susunan keutamaan dilakukan atas dasar umumdan khassoh lalu didahulukan masalah am (umum) berbanding masalah khusus (peribadi atau sebagainya).

Jika berlaku pertembungan pada martabat dan tahap keumuman atau kekhususan yang sama,maka penyusunan keutamaan dibuat atas dasar pertimbangan mudharat.Lalu di utamakan perkara yang lebih mudharatnya berbanding yang kurang mudharatnya.

sumber:bengkel jatidiri pesat kursus II 2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails