Jumaat, 15 Mac 2013

Islamic Primary School

Sekolah Rendah Islam (SRI) Johor Bahru

Selasa, 19 Februari 2013

Kisah Abu Hurairah Dengan Ibunya

   Abu Hurairah adalah tergolong dalam sahabat Rasulullah saw yang terkenal sebagai seorang tokoh yang paling banyak meriwayatkan hadis-hadis. Satu perkara yang paling merunsingkan hati Abu Hurairah ialah keengganan ibunya memeluk agama Islam. Abu Hurairah pernah berkata : "Saya selalu mengajak ibu saya supaya memeluk agama Islam, tetapi dia menolaknya. Suatu hari dia telah mengeluarkan kata-kata yang tidak wajar terhadap Rasulullah saw hingga saya menangis lalu saya  mengadukan hal tersebut kepada Nabi saw.

    Kata saya: "Ya Rasulullah, saya menyeru  kepada ibu saya supaya memeluk Islam tetapi dia menolaknya. Saya telah mendakwahkan Islam itu kepada ibu saya tetapi dia membalasnya dengan kata-kata yang tidak patut terhadap engkau (Rasulullah). Maka engkau doakan dia semoga Allah memberi petunjuk kepada ibu saya agar  dia masuk Islam".

     Maka Nabi Muhammad saw pun menjawab: "Ya Allah, berikan petunjuk kepada ibu Hurairah". Dan sesudah Rasulullah berdoa Abu Hurairah pun segera pulang ke rumah. Kata abu Hurairah lagi: " Apabila aku sampai ke pintu rumah, aku dapati pintu rumah tertutup, apabila ibuku mendengar bunyi kakiku dia pun berseru." Tunggu sebentar Abu Hurairah". Pada masa itu aku terdengar bunyi simbahan air dan apabila ibuku selesai mandi dan memakai pakaian, dia tergesa-gesa berlari untuk membuka pintu seraya berkata: " Hai Abu Hurairah aku naik saksi bahawa tiada tuhan yang wajib disembah melainkan Allah dan aku naik saksi bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah. Sebaik sahaja aku mendengar percakapannya itu aku terus pergi mendapatkan Rasulullah sambil menangis kegembiraan, lalu baginda memuji Allah serta memberikan kata-kata nasihat kepadaku".

    Begitulah berkatnya doa Rasulullah saw. Ini adalah satu contoh yang paling baik bagaimana berkatnya pula doa dari seorang anak yang soleh yang bersifat ikhlas dan taqwa terhadap Allah swt. Allah Maha Berkuasa untuk memberikan petunjuk kepada siapa sahaja yang dikehendakiNya.

Ahad, 17 Februari 2013

Rabu, 13 Februari 2013

Selasa, 12 Februari 2013

Fatwa JAKIM Terhadap Hari Valentine

Sharing Is Caring

Hukum Memotong Kuku

Rasulullah saw bersabda :
    "Dari Abu Hurairah r.a katanya : " Nabi saw menggunting kumis dan memotong kuku setiap hari jumaat, pagi-pagi sebelum beliau pergi solat jumaat". (HR Thabrani dan Al Bazar).

   Menurut Kitab Feqhul Mar'ah, memotong kuku termasuk sunnah fitrah. Para ulama' feqah sepakat memotong kuku hukumnya sunnah dan tidak dimestikan pada waktu tertentu, tetapi sunnah memotong pada hari jumaat.

   Telah diterangkan pada bahgian yang telah lalu, apa yang di katakan oleh pengarang at-Tahdzib tentang hak wanita, iaitu mencelup dengan warna merah, memberi shadow dengan warna hitam dan memanjangkan kuku, hukumnya haram jika tanpa izin suami. Sekalipun dengan izin suami, itupun ada dua pendapat. Pendapat yang lebih kuat ialah haram.

    Kerana itu menghias jari-jari tangan dengan memanjangkan kuku tanpa izin suami adalah haram. Dan sekalipun dengan izin suami, pendapat yang kuat mengatakan haram pula.

   Wanita muslimah wajib berpegang dengan sunnah Rasulullah saw dan sekaligus supaya meninggalkan segala perbuatan bid'ah yang datang dari barat, iaitu memanjangkan kuku dan mencelupnya.

    Imam Nawawi berkata: "Sunnah memulai dengan memotong kuku kedua tangan sebelum memotong kaki. Mulai dengan jari telunjuk kanan, kemudian jari tengah, kemudian jari manis, kemudian jari kelingking, kemudian ibu jari. Sesudah itu ditukar ke tangan kiri, mulai dengan jari kelingking, sesudah itu jari manis, jari tengah, telunjuk dan diakhiri dengan ibu jari. Sesudah itu ditukar ke kaki kanan, mulai dengan kelingking kanan dan disudahi dengan kelinking kiri".

    Makruh membuang potongan-potongan kuku di tempat sembarangan seperti di  tanah,  tempat sampah atau tandas. Kerana bahagian-bahagian tubuh Bani Adam semuanya mulia (mukarramah) sekalipun rambut, kuku dan gigi.

     Diriwayatkan oleh Ahmad, bahawa Nabi saw memerintahkan  supaya ditanam potongan-potongan rambut dan kuku. Dan tidaklah  membiarkan kuku sampai panjang, kerana dapat menjadi tempat kotoran dan sarang kuman yang berbahaya.

Ahad, 3 Februari 2013

Hukum Mencabut Bulu Ketiak

    Menurut dalm Kitab Feqhul Mar'ah, para ulama' Fuqaha sepakat, mencabut bulu ketiak hukumnya sunnah

bagi lelaki dan perempuan. Diceritakan oleh Yunus bin Abdul A'la katanya

: "Saya datang ke rumah Syafie saya, dapati si sampingnya berdiri 

seorang tukang solek sedang mencukur bulu ketiaknya. Maka berkata

Syafie, "Saya tahu mencabut bulu ketiak hukumya sunnah. Tetapi saya

tidak kuat kerana sakit".


    Sunnah mendahulukan mencabut bulu ketiak yang kanan, kerana hadis

Rasulullah saw yang menyatakan bahawa beliau memulai sesuatu

dengan serba kanan. Memakai terompah, berjalan, bersuci dan segala

perbuatannya, semuanya dimulai dengan kanan ( Hadis ini diriwayatkan

oleh Muslim dari Aisyah r.a)


     Maka bagi wanita, remaja atau dewasa sudah menikah atau belum,

hendaknya menjaga sunnah fitrah ini iaitu membuang bulu ketiak apabila

sudah mulai panjang. Dan jangan membiarkannya lebih dari empat puluh

hari. Sunnah ini termasuk sunnah fitrah  yang membezakan wanita

muslimah dengan wanita yang bukan muslimah.

Isnin, 22 Oktober 2012

Siswa Al-Azhar terusir di Mesir ???

Alhamdulillah berita penindasan yang dilakukan Pegawai Johor Mesir terhadap anak anak Johor di Mesir mendapat perhatian daripada Akhbar di Malaysia...Kezaliman ini sudah lama berlaku dan semoga Rakyat Malaysia menyedari apakah yang sedang dilalui Mahasiswa/wi Islam Johor di Mesir....

Berita selanjutnya berkenaan kezaliman dan penindasan boleh dirujuk di page Mahasiswa Johor Mesir Bangkit~

Sabtu, 6 Oktober 2012

Faktor Kemerosotan Gerakan Mahasiswa Awal Alaf Baru


Faktor-Faktor Kemerosotan Gerakan Mahasiswa Awal Alaf Baru


1 - Tekanan Kerajaan
2 - Tekanan HEP
3 - Budaya Selesa Pelajar Dan Pensyarah
4 - Kurang Penghormatan Daripada Masyarakat
5 - Peranan Media

TEKANAN KERAJAAN


Kemerosotan  sokongan akibat daripada peristiwa reformasi dan pilihanraya 1999 telah menyebabkan kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap gerakan pelajar dan aktivis pelajar yang dilihat pro-oposisi.
Isu milintasi yang muncul pada awal alaf baru telah dijadikan alas an untuk mengawal kampus dan aliran pergerakan pelajar.


Pelajar yang tidak bersama dasar kerajaan di luar negara juga telah dikenakan tindakan seperti pemotongan biasiswa atau mengalami pelbagai intimidasi oleh pihak Jabatan Pelajar.


Kerajaan juga melarang pelajar-pelajar  terlibat dengan beberapa pertubuhan pelajar seperti PMRAM di Mesir, dilarang terlibat dengan Hizbul Islami di UK dan Eyre.


MSD telah mengekang dan memantau gerakan pelajar. Manakala kelab pelajar UMNO telah cuba dikembangkan dengan sistematis  di luar negara.


Antara jentera kerajaan yang paling  giat meruntuhkan gerakan pelajar yang tidak selari dengan dasar kerajaan ialah Biro Tata Negara (sebuah agensi penyuntik fahaman perkauman Melayu). BTN telah memainkan peranan agresif untuk melumpuhkan kelompok pelajar Islam dengan pelbagai cara, antaranya mengindoktrinkan pelajar-pelajar Universiti dalam program-program anjuran BTN supaya menjauhi kelompok mahasiswa Islam. Penceramah BTN akan memburukkan pimpinan mahasiswa Islam. Melalui citra hodoh inilah mereka mengharapkan masyarakat kampus menjauhi gerakan mahasiswa Islam.

TEKANAN HEP 


Peranan HEP yang sepatutnya membantu pelajar mengembangkan potensi kini telah bertukar menjadi perkakas politik oleh pihak penguasa.

BUDAYA SELESA PELAJAR DAN PENSYARAH

Antara faktor besar yang menghalang keterlibatan para pelajar dalam menangani isu-isu masyarakat ialah kerana budaya selesa dan ‘playsafe’, kurang kesedaran untuk merubah kegiatan sistem, kurang maklumat akibat kurang membaca malah tidak kritis dan anilitis.

Sumber : Sejarah Gerakan Mahasiswa Dalam Cerminan Dekad

Rabu, 19 September 2012

Ahad, 16 September 2012

Ahad, 9 September 2012

Rabu, 22 Ogos 2012

Teks penuh video 'Jangan bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita!


Apabila kita asyik termenung
memikirkan nasib diri di sini...
merenung jauh mereka di sana
hidup penuh keseronokan dan kegembiraan...
namun, kita masih tak sedar tentang hakikat

erti kebahagiaan yang sebenarnya...
Ramai orang...
tersalah sangka tentang maksud
ketenangan dalam hidupnya
selalu orang mengaitkan ketenangan itu
dengan faktor harta...
dengan faktor kekayaan...
Walaupun itu boleh jadi penyumbang
tetapi itu bukan segala-galanya
Betapa ramai orang yang berada dalam rumah yang besar
tidur di atas katil yang empuk
tetapi dia tidak lebih enak ataupun lenanya tidak nyenyak
Bahkan ada orang yang tidur di pondok buruk
kadang-kadang dia lebih lena dari kita
Ada orang yang berada di hadapannya hidangan yang hebat
lauk-pauk yang bagus
tetapi lidahnya tidak enak
lebih enak lagi orang yang makan kadang-kadang dengan
satu dua mata lauk...
tetapi dia lebih sedap dan selesa makannya
Kata Hamka: "lihatlah bagaimana Allah membahagi-bahagikan nikmat"
Semua orang sangka kalau orang itu ada rumah besar
ada makanan yang sedap
tentulah hidupnya bahagia dan tenang
Belum tentu!

[Tiada siapa mampu menghalang ketetapan Allah]
Jika Allah hendak memberikan kebahagiaan kepada seseorang
Dia tidak boleh ditahan oleh apa-apa tangan sekalipun
Jika Allah menghalang kebahagiaan kepada seseorang
Dia tidak boleh dihulur oleh apa-apa tangan sekalipun
Jika Allah uruskan urusan kita
dan Allah tidak serahkan diri kita kepada kita
walaupun sekelip mata
dunia boleh berbuat apa-apa
tetapi mereka tidak boleh mencabar kebesaran kerajaan Allah
Jika Allah mengatur untuk kita apa yang orang sangka tewas
kita akan melihat kemenangan dari sisi Allah
Apa yang orang rasa rugi
Allah akan berikan keuntungan yang mana
jalan-jalan manusia tak sangka
tetapi Allah boleh mewujudkan keajaiban dalam kehidupan


Selasa, 31 Julai 2012

Maaf

Allahu Akram

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails