DEDIKASI BUAT PEJUANG MAHASISWA
Sabtu, 31 Disember 2011
Gambar : Pasca Demo UPSI
![]() |
| Saudara Amar Rasyidi antara lain yang diperlaku seperti Safwan Anang. Beliau telah membuat laporan polis terhadap kekasaran yg dilakukan anggota yang bertugas semalam. |
![]() |
| Jangan cabar Mahasiswa!!!! |
![]() |
| Astaghfirullah. Sudahlah ditimpa musibah' Ada pihak yang tidak berperikemanusiaan memecah cermin tingkap kereta saudara safwan pula. Allah maha mengetahui. Pasti dibalas!! |
![]() |
| Seorang lagi mahasiswa yang berdarah pada tahun baru ini. Saudara Amar Ismail dari Universiti Malaya. Lihat kesan darah kita pasti marah dengan kezaliman yang "diarah". |
![]() |
| kita kutuk sekeras-kerasnya kekejaman yang dilakukan serta menuntut pembebasan segera keatas semua mahasiswa yang di tahan dan mesti bertanggungjawab ke atas mangsa kekejaman tersebut. |
Pasca Sambutan Tahun Baru 2012
Di Shah Alam, Selangor, Tahun Baru disambut dengan laungan Asma' Al Husna dan bacaan doa. Tahniah Kerajaan Selangor! -- 70,000 yang hadir
Di I-CITY, Tahun Baru disambut dengan hiburan yang menkhayalkan. Takziah atas penganjuran! -- 5,000 yang hadir
Di UPSI, Tahun Baru disambut dengan DARAH, TUMBUKAN, PUKULAN terhadap MAHASISWA sehingga ada yang cedera parah diBELASAH FRU & POLIS, Sdr Muhammad Safwan Anang Talib kini parah di Hospital Slim River. NAZAK dah KERAJAAN MALAYSIA, POLIS,FRU!!! --2 Cedera, 17 dipenjara.
Tahun Baru 2012 Tercemar
![]() |
Timbalan Presiden GAMIS yang masih dirawat dalam wad kecemasan di Hospital Slim River |
1. Tahun Baru 2012 dikotori oleh keganasan dan kezaliman melampau apabila sekumpulan mahasiswa yang dipercayai kena belasah Polis. Safwan Anang Talib Timbalan Presiden GAMIS merangkap Pengerusi BEBAS , Badan Mahasiswa Menuntut Kebebasan Akademi atau BEBAS AUKU cedera parah dan kini [ saat artikel ini ditulis ] masih mendapat rawatan kecemasan di wad kecemasan Hospital Slim River Perak.
2. Sementara 17 orang mahasiswa yang lain masih ditahan dalam Lokap di IPD Tanjung Malim dan seorang yang lain cedera dan pecah di bahagian kepala.
3. Saya beri masa kepada pihak kerajaan dan juga PDRM sehingga jam 12 tengahari ini [ 5 jam dari sekarang ] agar semua tahanan itu dibebaskan. Mereka juga mesti mengambil tanggungjawab jika sesuatu yang buruk berlaku kepada mahasiswa khasnya Timbalan Presiden GAMIS yang masih dirawat dalam wad kecemasan di Hospital Slim River.
4. Sungguh zalim dan kejam tindakan mereka ke atas anak - anak muda yang hanya berhimpun untuk menyuarakan isi hati mereka di UPSI lewat malam tadi. Apakah mereka sedang menguji kebangkitan anak muda ? apakah mereka mahu menguji kesabaran anak muda ?
5. Dewan Pemuda PAS Malaysia membantah dan mengutuk sekerasnya tindakan kejam ini. Saya harap seluruh pemuda dari seluruh negara bersedia. Mulakan detik ini untuk bermunajat kepada Allah swt agar saudara Safwan kembali pulih dan 17 mangsa tahanan di bebaskan menjelang jam 12 tengahari ini. [ 5 jam dari sekarang ] Jika tidak satu himpunan besar anak muda akan diadakan bagi mendesak pembebasan mahasiswa dan pihak polis yang terlibat melakukan kekasaran ini mestilah disiasat dan diambil tindakan tegas.
Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia
Khamis, 15 Disember 2011
Gali ilmu
Kepada sahabat yang bekerja, sepatutnya bukan alasan kesibukan menyebabkan kita tiada ruang untuk menuntut ilmu. Lihatlah bagaimana orang yang bukan Islam, menjinjing buku sambil membaca ketika santai.
Hidup kita bukan di antara tempat kerja dan rumah hingga tidak ketahuan apa yang terjadi kepada alam sekeliling. Cubalah peruntukkan sedikit kewangan untuk membeli buku, majalah yang bermanfaat untuk akal.
Kewajipan menuntut ilmu itu bukan untuk pelajar sahaja..
Belajarlah sahabat, ramai antara kita hanya mengharapkan maklumat dari orang lain tanpa berusaha mencarinya.
Belajarlah memahami Al Quran setelah banyak kali mengkhatamkannya. Lihatlah orang-orang yang hanya pandai bertaranum semata-mata, atau tertarik dengan orang yang hafiz tetapi diri sendiri tidak mahu memperbaiki penghayatan kepada Al Quran.
Lihatlah, ada orang yang membaca al Quran tetapi auratnya tidak ditutup dengan sempurna. Bahkan ada yang tidak tahu langsung apa ertinya al fatihah yang dibaca sedangkan umurnya sudah meningkat tua pula.
Ketahuilah sahabat, keutamaan menuntut ilmu itu yang menjadikan tamadun Islam itu gemilang.

Label:
lumrah kehidupan,
Muhasabah,
tadabbur corner,
tazkirah
Khamis, 1 Disember 2011
Ikhwan dahului 47% undi, PAS ucap tahniah
KUALA LUMPUR, 1 Dis: Pergerakan Ikhwan Muslimin Mesir mendahului pusingan pembukaan pilihan raya Parlimen pasca revolusi pertama negara ini.
Akhbar Al-Ahram melaporkan, parti Islam yang ditubuhkan pergerakan itu, Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP) selain parti-parti pergerakan Salafi, mendahului kiraan undi di enam wilayah.
Menurut akhbar harian bebas Al-Shorouk, di Kaherah, FJP memperolehi 47 peratus undi.

Sabtu, 26 November 2011
'Transformasi' Najib menuju diktator
KUALA LUMPUR, 25 Nov: Akta Perhimpunan Aman yang dibentangkan oleh Perdana Menteri pada persidangan Dewan Rakyat, kelmarin, jelas bertujuan untuk menghalang himpunan diadakan oleh rakyat negara ini.
Realiti itu terserlah apabila di dalam akta tersebut dikenakan pelbagai syarat yang tidak munasabah untuk membolehkan rakyat negara ini mengadakan perhimpunan berbanding kawalan sedia ada di bawah Seksyen 27 Akta Polis 1967.
Pengarah Jabatan Undang-Undang Dan Hak Asasi Manusia (Juham), Dewan Pemuda PAS Malaysia, Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi berkata, akta itu hanyalah mempunyai nama yang menarik, tetapi hakikatnya Kerajaan BN secara jelas mencabul hak rakyat untuk berhimpun.

Subhanallah... Hebatnya Pesanan Nabi
Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan.
Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah. Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek.
Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).
Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.
Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.
Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja.
Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil.

Zionis Israel bimbang perkembangan Ikhwanul Muslimin di Mesir
Sabtu ,26/11/2011 - Sumber-sumber dalaman mendedahkan kebimbangan Zionis Israel akan perkembangan positif dan sokongan rakyat Mesir terhadap Ikhwanul Muslimin terutamanya pada pilihanraya umum yang akan datang. Perkembangan ini boleh menjejaskan hubungan Israel dan Mesir. Pihak tentera Zionis telah meletakkan kumpulan khusus di sempadan Mesir-Israel bagi memantau situasi semasa.
Terdapat juga pandangan yang menyatakan tembok sempadan akan ditutup selamanya.
sumber : PALESTINKINI
Jumaat, 25 November 2011
Salam Maal Hijrah
ISTIQOMAH DALAM DIRI ITU PERLU. BANGKITLAH DARI KEIMANAN YANG LENA . UMAT ISLAM MESTI CEMERLANG. SATU FIKRAH, SATU AMAL. SEBAGAI PENUNTUT ILMU ALLAH, MESTI SELALU BERFIKIR DAN MESTI MEMILIKI WAWASAN KEILMUAN DAN KEISLAMAN YANG LUAS. SETIAP URUSAN MESTI DILAKUKAN DENGAN PROFESIONAL, BERSUNGGUH-SUNGGUH, BERKORBAN DAN SERIUS.
Label:
Bulan islam,
delusi qolbu,
kondusi zhuliana,
Muhasabah
Langgan:
Catatan (Atom)