Jumaat, 30 September 2011

Menjelang 60 tahun, rahsia kekuatan PAS

Apakah rahsia Pas sehingga mampu menonggah arus dan badai taufan yang melanda, namun Pas dengan izin Allah mampu berada di persada politik tanah air bergerak dengan penuh izzah.

Semua ini kerana Pas mempunyai dasar Islam yang tulin. Walaupun Pas telah bertukar kepimpinan daripada berbagai latar belakang namun Pas tidak pernah menukar dasar, iaitu Islam sebagai mana termaktub di dalam Perlembagaan Pas fasa 3. Mereka  memilih Pas kerana dasar, bukan kerana pemimpin.

Islam yang tulin sentiasa dinamik dan sesuai dengan semua masa dan keadaan. Oleh itu semua perhitungan yang dibuat semuanya bersandarkan kepada ajaran Islam. Pas tidak sekali-kali untuk menggadaikan prinsip Islam semata-mata untuk mendapat kemenangan dunia yang tidak seberapa

Islam yang diperjuangkan oleh Pas ialah Islam yang lengkap (syumul), merangkumi semua perkara samaada ibadah, politik, ekonomi, akhlak. Dalam erti kata yang lain yang merangkumi urusan hidup dan mati. Pas mahu memperjuangkan Din wa daulah (agama dan Negara).

Khamis, 29 September 2011

Buat serikandiku

Assalamualaikum w.b.t sekadar peringatan buat srikandi-serikandiku, ana lihat setting baru fb ini, gambar-gambar yang terpampang, jelas besar tanpa perlu klik untuk lihat dengan jelas.Ana ingin menyatakan disini.. wahai sayang-sayangku sekalian, jika nak upload gambar muslimah, berpurdah, solehah, atau apa sahaja pastikan gambar-gambar tersebut DI PRIVATE dari pandangan LELAKI ana mohon, PRIVATE kan segala gambar yang menunjukkan betapa solehahnya anda di kaca mata fb, hanya di sini, tetapi fikirkan bagaimana pandangan Ilahi pada diri, yang dengan sewenang-wenangnya menayangkan gambar-gambar yang mudah dieksploitasi oleh insan bergelar lelaki? dimana malu kita sebagai muslimah? dimana harga diri kita sebagai muslimah? dimana martabat kita sebagai muslimah? adakah kita ini begitu murah, hingga dengan mudah gambar-gambar yang solehah dipaparkan di newsfeed fb? ana jadi sedih, risau, takut dengan murkaNya pabila ana hanya berdiam diri seakan redha dengan lambakan gambar-gambar muslimah solehah di fb ini. Ini adalah satu peringatan buat diri ana sendiri dan juga para srikandi yang amat disayangi. Utamakan pandangan Allah jangan gusar tentang pandangan manusia. jangan lupa untuk PRIVATE kan gambar-gambar muslimah kalian~ ana sayang kalian, atas dasar itu ana tegur asif jika tersalah penggunaan bahasa hingga menyinggung perasaan srikandi sekalian.. wassalam~

Selasa, 27 September 2011

Intifadah al-Aqsa

Teman-teman jangan lupa 28 September adalah ulang tahun bermulanya intifadah al-Aqsa (2000). Hampir 4000 rakyat Palestin terbunuh dan 10000 cedera. Pada 30 September Muhammad ad-Durra (12 tahun) sengaja ditembak bertalu-talu oleh tentera haiwan zionis sehingga syahid. Ya ketika Mahmud Abbas mencari populariti menjadi wira Palestin di PBB, jangan sampai kita khianati wira sebenar (rakyat Palestin yang berjihad dan syahid)

SIAPA YANG TAKUT HUDUD MACAM TAKUTKAN HANTU SEBENARNYA ????


Hudud: Najib Jangan Putar Belit Berkenaan Hudud dan Maqasid

Kuala Lumpur, 26 September 2011 - Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Yb. Dato' Tuan Guru Haji Harun Taib (gambar) meminta supaya Perdana Menteri Malaysia yang memimpin Umno supaya memperbetulkan kefahaman berkenaan Hudud memandangkan beliau merupakan seorang Islam dan memimpin sebuah parti yang  majoriti ahlinya adalah terdiri daripada orang Melayu yang beragama Islam.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas pendirian Najib pada hari semalam sepertimana yang dilaporkan oleh Bernama yang melaporkan bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak berkata undang-undang berasaskan hukum hudud tidak akan dilaksanakan di negara ini kerana meraikan maqasid Syariah.

Ahad, 25 September 2011

Akta Yang Gantikan ISA Lebih Zalim

Jabatan Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia (JUHAM) Dewan Pemuda PAS Malaysia menyambut baik langkah Perdana Menteri untuk memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (“ISA”). Langkah tersebut mendapat pujian semua pihak khususnya parti pembangkang dan badan-badan bukan kerajaan.
Tetapi masih timbul tanda tanya kerana pemansuhan ISA itu bukanlah pemansuhan mutlak tanpa bersyarat malah berikutan pemansuhan itu, Kerajaan bakal memperkenalkan dua lagi akta baru bagi menggantikan ISA tersebut. Menteri Dalam Negeri pula mendedahkan bahawa dua akta baru yang akan diperkenalkan oleh Kerajaan tersebut adalah berasaskan kepada Patriot Act di Amerika Syarikat dan Anti-Terrorism Act di United Kingdom.

USA Patriot Act atau lebih dikenali sebagai Patriot Act adalah singkatan kepada Uniting (and) Strengthening America (by) Providing Appropriate Tools Required (to) Intercept (and) Obstruct Terrorism Act of 2001 dan telah diperkenalkan oleh Presiden George W. Bush pada 6 Oktober 2001. Akta ini diperkenalkan selepas Amerika mengalami serangan September 11, 2001.

Video Dan Lirik : Mestica - Mimpi Yang Indah

MOTIVASI BUAT KITA

telah ku lalui jalan berduri
sejuta harapan terus ku pertahankan
bukan mudah menggapai bintang ,,
bersilih dugaan mendatang

di sebalik kepayahan ..
disitulah kekuatan ..
tekad hati
azimat di perjalanan
mengejar impian

pabila laluan seakan sukar
bagai tak terdaya untuk terus bertahan
namun kasihMU menyedarkan
aku tak pernah sendirian

di sebalik kepayahan ..
disitulah kekuatan ..
tekad hati
azimat di perjalanan
mengejar impian

tinggi langit
mimpi ini
tak teragu untuk ku buktikan
indah bintang
yang terang bukan khayalan
tetapi kenyataan

akan kau saksikan kesulitan ini
pasti berganti kebahagiaan

di sebalik kepayahan ..
disitulah kekuatan ..
tekad hati
azimat di perjalanan
mengejar impian

tinggi langit
mimpi ini
tak teragu untuk ku buktikan
indah bintang
yang terang bukan khayalan
tetapi kenyataan

Sabtu, 24 September 2011

Mencelah sekilas pandang

panorama Cairo









Salam perjuangan buat semua sahabat. Alhamdulillah akhirnya dapat juga saya mencelah membuka blog walaupun dalam kesibukan menguruskan mahasiswa/wi baru yang baru tiba di Bumi Nabi Musa a.s. InsyaAllah dalam masa terdekat, saya akan pulang ke Muhafazah Mansoura dan insyaAllah akan terus menulis dan meng update blog. Semoga saya dan kalian thabat dalam perjuangan demi meneruskan rantai perjuangan. Sirru ala barakatillah

Ahad, 11 September 2011

Wahai saudari seakidahku

wahai saudari seakidahku, carilah LELAKI yang MAMPU menjadi IMAM untukmu, yang menitis AIR MATA melihat kesakitanmu ketika melahirkan ZURIATnya, dan lelaki yang membangunkanmu untuk BANGUN BERIBADAT bersama-sama pada 2/3 malam

Turki beku dagangan industri pertahanan dengan Israel

ANKARA, 6 Sept – Perdana Menteri Turki Tayyip Erdogan berkata Ankara menggantung “secara total” hubungan industri pertahanan dengan Israel selepas menurunkan taraf kerjasama diplomatik negara Yahudi itu minggu lalu.

“Hubungan perdagangan, hubungan pertahanan, berkaitan dengan hubungan industri pertahanan, digantung secara total. Proses-proses ini akan disusuli dengan pendekatan berlainan,” kata Tayyip kepada pemberita di sini.

Jumaat, 9 September 2011

Anak muda yang memperjuangkan Islam dan kebenaran

Sebagai anak muda yang memperjuangkan Islam dan kebenaran : Jika hatimu keras, banyakkan baca al Quran, jika mindamu lemah banyakkan berselawat, jika lidah mu kesat banyakkan berzikir kpd Allah swt., jika bahasa mu kasar, teladani sirah Rasulullah saw., jika perwatakanmu angkuh, ziarahi para alim ulama', jika aqalmu selalu alpa, banyak mengingati mati. Sebagai abna'ul harakah, hiasi dirimu dengan sifat mahmudah dan bebaskan diri dari jangkitan mazmumah.

kalam dari Ustaz Nasrudin Hassan

2 Tahun akan datang

2 tahUn akn datanG:
tiket bola harga15+tax 6%=
masuk tandas awam:
mandi rm2+tax 6%=
buang air rm1+tax 6%=
naik bas cas Ligas rm1+tax 6%=
naik beskal 50sen+tax 6% sbb guna jln=
lepak2 wakaf 20sen seminit+tax 6%=
sembahyang di masjid @surau rm1 setiap waktu+tax6%=
beli burger rm3+tax6%=
beli susu anak rm20+tax=
ngorat awek free,kalu mintak no hp 50sen+tax 6%=
masuk warung mkn+minum+tax 6%=
beli selipar jepun rm2+tax 6%=
jalan kaki melalui jln raya..1x free..1 keatas kna byr+tax 6%=
hantar anak sekolah smpai dlm kws sek kna charge+tax 6%=
nak mati kena charge+tax 6%=
TAPI....................
beli kereta mewah....tiada tax
pergi karaoke dn berhibur...tiada tax
berjudi di genting..tiada tax
no ekor,toto dn magnum..tiada tax
beli arak..tiada tax
beli bahan2 lucah @porno..tiada tax
~~~~begituLh kehidupan kita 2,3 tahun akn datang...tax 6% akn menjadi badi dn mghantui kita sampai mati.....~
 
sumber : suara rakyat luahan rakyat

Ahad, 4 September 2011

Rahsia senyum Rasulullah

Media paling besar yang dilakukan Muhammad saw. dalam dakwah dan perilaku beliau adalah, gerakan yang tidak memerlukan kos yang besar, tidak memerlukan tenaga berlebihan, meluncur dari bibir untuk seterusnya masuk ke lubuk hati yang sangat dalam.

Jangan anda tanyakan keberkesanannya dalam mempengaruhi akal fikiran, menghilangkan kesedihan, membersihkan jiwa, menghancurkan tembok penghalang di antara anak manusia!. Itulah ketulusan yang mengalir dari dua bibir yang bersih, itulah senyuman!

Itulah senyuman yang dicatat dalam Al Qur’an tentang kisah Nabi Sulaiman as, ketika Ia berkata kepada seekor semut,

Demonstrasi Terbesar dalam Sejarah Israel

Ratusan ribu warga Israel Sabtu kemarin (3/9) melakukan aksi untuk menuntut biaya hidup yang lebih rendah dalam sebuah demonstrasi tersebut terbesar dalam sejarah Israel, memperkuat gerakan perubahan sosial dan memberikan tekanan terhadap Perdana Menteri Benjamin Netanyahu untuk segera melakukan reformasi ekonomi.

Pemimpin aksi protes menyebut aksi mereka sebagai "momen kebenaran" bagi gerakan akar rumput yang telah berkembang sejak Juli lalu yang berawal dari sekelompok mahasiswa yang mendirikan tenda-liar sehingga berhasil mobilisasi seluruh negeri khususnya kalangan kelas menengah Israel.

"Sebuah keinginan seluruh generasi di masa depan," tulis salah satu banner pada saat demonstran membanjiri jalan-jalan Tel Aviv, Yerusalem dan kota-kota di seluruh Israel, sambil berteriak "rakyat menuntut keadilan sosial."

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails