Ahad, 24 Mac 2013

KELAMBU MODERN : Stok Baru Sampai

STOK HANYA ADA 50 PCS

AVAILABLE : UNGU, BIRU, PINK, HIJAU


KELEBIHAN KELAMBU MODERN

MUDAH DIGUNAKAN: Dengan teknik self-propping, kelambu dapat digunakan tanpa perlu memasang apa-apa yg boleh menyebabkan kerosakan pada dinding atau tempat tidur anda.

TIDAK MUDAH PATAH: Kerana diperbuat dari dawai elastik sehingga tidak mudah patah apabila dilipat.



MUDAH DISIMPAN DAN DIBAWA: Diperbuat daripada dawai elastik, kelambu dapat dilipat menjadi lingkaran dengan diameter sebanyak 60cm, dan ketebalan hanya 2cm, hanya dengan 3 langkah sahaja.



ELAKKAN SERANGGA: Direka khas dengan tertutup rapi di semua sisinya, sehingga bukan hanya boleh mencegah nyamuk untuk masuk tetapi serangga lain seperti semut,lipas dan lain-lain.



DESIGN YANG UNIK: Berbentuk kanopi dengan pintu di sisinya sehingga anda mudah keluar masuk.



MUDAH DIBERSIHKAN: Cuma dilipat menjadi lingkaran kemudian direndam sebentar dengan air sabun, kemudian bilas dan keringkan





MENAHAN BAYI JATUH DARI TEMPAT TIDUR: Jika dipasang dgn betul dapat menahan bayi anda jatuh dari tempat tidur sehingga mengurangkan risiko kecederaan.



RESLETING YANG KUAT:  Tidak cepat rosak, dan boleh buka tutup dari DALAM dan LUAR kelambu .


SIZE :  180 m x 200


HARGA :  RM50


BERMINAT???


UNTUK TEMPAHAN MELALUI  POS  AKAN DICAJ SEBANYAK RM10


CARA UNTUK TEMPAHAN ONNLINE


1 -Number Account Maybank :  151258659654 (ZHULIANA BTE AMBOK DALEK)


2-SMS ke  013-3610769

Email : wadiha86@yahoo.com

KELAMBU MODERN ONLINE


Kajian menunjukkan 60% rakyat Malaysia menghadapi masalah tekanan darah tinggi dan tekanan persekitaran kerana berpunca daripada tidak mendapat kualiti tidur yang baik. Manakala statistik daripada Kementerian Kesihatan Malaysia, lebih 70% rakyat Malaysia terdedah kepada jangkitan nyamuk AEDES kerana persekitaran rumah yang tidak sihat. Nyamuk boleh menyebabkan kita kurang mendapat kualiti tidur yang baik. Nyamuk AEDES akan membawa virus demam Denggi.

Kini kami ada penyelesaiannya. Dapatkan KELAMBU MODERN terkini. Penggunaanya yang mudah, selamat dan fleksibel.


KELEBIHAN KELAMBU MODERN

MUDAH DIGUNAKAN: Dengan teknik self-propping, kelambu dapat digunakan tanpa perlu memasang apa-apa yg boleh menyebabkan kerosakan pada dinding atau tempat tidur anda.

TIDAK MUDAH PATAH: Kerana diperbuat dari dawai elastik sehingga tidak mudah patah apabila dilipat.

MUDAH DISIMPAN DAN DIBAWA: Diperbuat daripada dawai elastik, kelambu dapat dilipat menjadi lingkaran dengan diameter sebanyak 60cm, dan ketebalan hanya 2cm, hanya dengan 3 langkah sahaja.

ELAKKAN SERANGGA: Direka khas dengan tertutup rapi di semua sisinya, sehingga bukan hanya boleh mencegah nyamuk untuk masuk tetapi serangga lain seperti semut,lipas dan lain-lain.

DESIGN YANG UNIK: Berbentuk kanopi dengan pintu di sisinya sehingga anda mudah keluar masuk

MUDAH DIBERSIHKAN: Cuma dilipat menjadi lingkaran kemudian direndam sebentar dengan air sabun, kemudian bilas dan keringkan

MENAHAN BAYI JATUH DARI TEMPAT TIDUR: Jika dipasang dgn betul dapat menahan bayi anda jatuh dari tempat tidur sehingga mengurangkan risiko kecederaan.

RESLETING YANG KUAT:  Tidak cepat rosak, dan boleh buka tutup dari DALAM dan LUAR kelambu .

SIZE :  180 m x 200

HARGA :  RM50

AVAILABLE WARNA : Pink , Purple , Biru , Hijau

BERMINAT???

UNTUK TEMPAHAN MELALUI  POS  AKAN DICAJ SEBANYAK RM10.


CARA UNTUK TEMPAHAN ONNLINE


1 -Number Account Maybank :  151258659654 (ZHULIANA BTE AMBOK DALEK)


2 -SMS < nama > < warna > < alamat > ke 013-3610769

Email : wadiha86@yahoo.com

Jumaat, 15 Mac 2013

Islamic Primary School

Sekolah Rendah Islam (SRI) Johor Bahru

Selasa, 19 Februari 2013

Kisah Abu Hurairah Dengan Ibunya

   Abu Hurairah adalah tergolong dalam sahabat Rasulullah saw yang terkenal sebagai seorang tokoh yang paling banyak meriwayatkan hadis-hadis. Satu perkara yang paling merunsingkan hati Abu Hurairah ialah keengganan ibunya memeluk agama Islam. Abu Hurairah pernah berkata : "Saya selalu mengajak ibu saya supaya memeluk agama Islam, tetapi dia menolaknya. Suatu hari dia telah mengeluarkan kata-kata yang tidak wajar terhadap Rasulullah saw hingga saya menangis lalu saya  mengadukan hal tersebut kepada Nabi saw.

    Kata saya: "Ya Rasulullah, saya menyeru  kepada ibu saya supaya memeluk Islam tetapi dia menolaknya. Saya telah mendakwahkan Islam itu kepada ibu saya tetapi dia membalasnya dengan kata-kata yang tidak patut terhadap engkau (Rasulullah). Maka engkau doakan dia semoga Allah memberi petunjuk kepada ibu saya agar  dia masuk Islam".

     Maka Nabi Muhammad saw pun menjawab: "Ya Allah, berikan petunjuk kepada ibu Hurairah". Dan sesudah Rasulullah berdoa Abu Hurairah pun segera pulang ke rumah. Kata abu Hurairah lagi: " Apabila aku sampai ke pintu rumah, aku dapati pintu rumah tertutup, apabila ibuku mendengar bunyi kakiku dia pun berseru." Tunggu sebentar Abu Hurairah". Pada masa itu aku terdengar bunyi simbahan air dan apabila ibuku selesai mandi dan memakai pakaian, dia tergesa-gesa berlari untuk membuka pintu seraya berkata: " Hai Abu Hurairah aku naik saksi bahawa tiada tuhan yang wajib disembah melainkan Allah dan aku naik saksi bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah. Sebaik sahaja aku mendengar percakapannya itu aku terus pergi mendapatkan Rasulullah sambil menangis kegembiraan, lalu baginda memuji Allah serta memberikan kata-kata nasihat kepadaku".

    Begitulah berkatnya doa Rasulullah saw. Ini adalah satu contoh yang paling baik bagaimana berkatnya pula doa dari seorang anak yang soleh yang bersifat ikhlas dan taqwa terhadap Allah swt. Allah Maha Berkuasa untuk memberikan petunjuk kepada siapa sahaja yang dikehendakiNya.

Ahad, 17 Februari 2013

Rabu, 13 Februari 2013

Selasa, 12 Februari 2013

Fatwa JAKIM Terhadap Hari Valentine

Sharing Is Caring

Hukum Memotong Kuku

Rasulullah saw bersabda :
    "Dari Abu Hurairah r.a katanya : " Nabi saw menggunting kumis dan memotong kuku setiap hari jumaat, pagi-pagi sebelum beliau pergi solat jumaat". (HR Thabrani dan Al Bazar).

   Menurut Kitab Feqhul Mar'ah, memotong kuku termasuk sunnah fitrah. Para ulama' feqah sepakat memotong kuku hukumnya sunnah dan tidak dimestikan pada waktu tertentu, tetapi sunnah memotong pada hari jumaat.

   Telah diterangkan pada bahgian yang telah lalu, apa yang di katakan oleh pengarang at-Tahdzib tentang hak wanita, iaitu mencelup dengan warna merah, memberi shadow dengan warna hitam dan memanjangkan kuku, hukumnya haram jika tanpa izin suami. Sekalipun dengan izin suami, itupun ada dua pendapat. Pendapat yang lebih kuat ialah haram.

    Kerana itu menghias jari-jari tangan dengan memanjangkan kuku tanpa izin suami adalah haram. Dan sekalipun dengan izin suami, pendapat yang kuat mengatakan haram pula.

   Wanita muslimah wajib berpegang dengan sunnah Rasulullah saw dan sekaligus supaya meninggalkan segala perbuatan bid'ah yang datang dari barat, iaitu memanjangkan kuku dan mencelupnya.

    Imam Nawawi berkata: "Sunnah memulai dengan memotong kuku kedua tangan sebelum memotong kaki. Mulai dengan jari telunjuk kanan, kemudian jari tengah, kemudian jari manis, kemudian jari kelingking, kemudian ibu jari. Sesudah itu ditukar ke tangan kiri, mulai dengan jari kelingking, sesudah itu jari manis, jari tengah, telunjuk dan diakhiri dengan ibu jari. Sesudah itu ditukar ke kaki kanan, mulai dengan kelingking kanan dan disudahi dengan kelinking kiri".

    Makruh membuang potongan-potongan kuku di tempat sembarangan seperti di  tanah,  tempat sampah atau tandas. Kerana bahagian-bahagian tubuh Bani Adam semuanya mulia (mukarramah) sekalipun rambut, kuku dan gigi.

     Diriwayatkan oleh Ahmad, bahawa Nabi saw memerintahkan  supaya ditanam potongan-potongan rambut dan kuku. Dan tidaklah  membiarkan kuku sampai panjang, kerana dapat menjadi tempat kotoran dan sarang kuman yang berbahaya.

Ahad, 3 Februari 2013

Hukum Mencabut Bulu Ketiak

    Menurut dalm Kitab Feqhul Mar'ah, para ulama' Fuqaha sepakat, mencabut bulu ketiak hukumnya sunnah

bagi lelaki dan perempuan. Diceritakan oleh Yunus bin Abdul A'la katanya

: "Saya datang ke rumah Syafie saya, dapati si sampingnya berdiri 

seorang tukang solek sedang mencukur bulu ketiaknya. Maka berkata

Syafie, "Saya tahu mencabut bulu ketiak hukumya sunnah. Tetapi saya

tidak kuat kerana sakit".


    Sunnah mendahulukan mencabut bulu ketiak yang kanan, kerana hadis

Rasulullah saw yang menyatakan bahawa beliau memulai sesuatu

dengan serba kanan. Memakai terompah, berjalan, bersuci dan segala

perbuatannya, semuanya dimulai dengan kanan ( Hadis ini diriwayatkan

oleh Muslim dari Aisyah r.a)


     Maka bagi wanita, remaja atau dewasa sudah menikah atau belum,

hendaknya menjaga sunnah fitrah ini iaitu membuang bulu ketiak apabila

sudah mulai panjang. Dan jangan membiarkannya lebih dari empat puluh

hari. Sunnah ini termasuk sunnah fitrah  yang membezakan wanita

muslimah dengan wanita yang bukan muslimah.

Isnin, 22 Oktober 2012

Siswa Al-Azhar terusir di Mesir ???

Alhamdulillah berita penindasan yang dilakukan Pegawai Johor Mesir terhadap anak anak Johor di Mesir mendapat perhatian daripada Akhbar di Malaysia...Kezaliman ini sudah lama berlaku dan semoga Rakyat Malaysia menyedari apakah yang sedang dilalui Mahasiswa/wi Islam Johor di Mesir....

Berita selanjutnya berkenaan kezaliman dan penindasan boleh dirujuk di page Mahasiswa Johor Mesir Bangkit~

Sabtu, 6 Oktober 2012

Faktor Kemerosotan Gerakan Mahasiswa Awal Alaf Baru


Faktor-Faktor Kemerosotan Gerakan Mahasiswa Awal Alaf Baru


1 - Tekanan Kerajaan
2 - Tekanan HEP
3 - Budaya Selesa Pelajar Dan Pensyarah
4 - Kurang Penghormatan Daripada Masyarakat
5 - Peranan Media

TEKANAN KERAJAAN


Kemerosotan  sokongan akibat daripada peristiwa reformasi dan pilihanraya 1999 telah menyebabkan kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap gerakan pelajar dan aktivis pelajar yang dilihat pro-oposisi.
Isu milintasi yang muncul pada awal alaf baru telah dijadikan alas an untuk mengawal kampus dan aliran pergerakan pelajar.


Pelajar yang tidak bersama dasar kerajaan di luar negara juga telah dikenakan tindakan seperti pemotongan biasiswa atau mengalami pelbagai intimidasi oleh pihak Jabatan Pelajar.


Kerajaan juga melarang pelajar-pelajar  terlibat dengan beberapa pertubuhan pelajar seperti PMRAM di Mesir, dilarang terlibat dengan Hizbul Islami di UK dan Eyre.


MSD telah mengekang dan memantau gerakan pelajar. Manakala kelab pelajar UMNO telah cuba dikembangkan dengan sistematis  di luar negara.


Antara jentera kerajaan yang paling  giat meruntuhkan gerakan pelajar yang tidak selari dengan dasar kerajaan ialah Biro Tata Negara (sebuah agensi penyuntik fahaman perkauman Melayu). BTN telah memainkan peranan agresif untuk melumpuhkan kelompok pelajar Islam dengan pelbagai cara, antaranya mengindoktrinkan pelajar-pelajar Universiti dalam program-program anjuran BTN supaya menjauhi kelompok mahasiswa Islam. Penceramah BTN akan memburukkan pimpinan mahasiswa Islam. Melalui citra hodoh inilah mereka mengharapkan masyarakat kampus menjauhi gerakan mahasiswa Islam.

TEKANAN HEP 


Peranan HEP yang sepatutnya membantu pelajar mengembangkan potensi kini telah bertukar menjadi perkakas politik oleh pihak penguasa.

BUDAYA SELESA PELAJAR DAN PENSYARAH

Antara faktor besar yang menghalang keterlibatan para pelajar dalam menangani isu-isu masyarakat ialah kerana budaya selesa dan ‘playsafe’, kurang kesedaran untuk merubah kegiatan sistem, kurang maklumat akibat kurang membaca malah tidak kritis dan anilitis.

Sumber : Sejarah Gerakan Mahasiswa Dalam Cerminan Dekad

Rabu, 19 September 2012

Ahad, 16 September 2012

Ahad, 9 September 2012

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails