Rabu, 13 Jun 2012

Kembali !!!

InsyaAllah selepas saya habis menjalani exam final year, Saya akan bergiat semula dengan penulisan di dalam blog.

Terlepas pandang pada satu sudut pandang, bergerak seiring tanpa pandang belakang. Semua caci semua maki ibarat angin yang datang. Tersentuh hanya sebentar dan pergi tak pulang. Hidup tetap terus seiringan waktu pada usia. Pada persepsi yang manusia suka bina mewujud spekulasi merosak bangsa...... Ayuh... Sedari mimpi bangun maju sekali lagi kita bangkitkan kuasa Islam, bangkit tegakkan Daulah Islam, Bangkit dari lamunan, Hidup dalam berjemaah... Janji Tuhan pasti..Kalau tidak kite... Allah pilih lainnya..

Sabtu, 19 Mei 2012

Bukan Orang Baik

Saya BUKAN ORANG BAIK tapi saya mempunyai CITA-CITA untuk menjadi baik. Bila saya tegur KESALAHAN orang lain bukan bermakna saya hendak tunjuk alim/baik cuma itu juga menjadi TELADAN BUAT DIRI SENDIRI supaya tidak berkelakuan begitu..HODOH dan HINA rupanya jika kita berkelakuan seperti TIADA AGAMA..

Saya BUKAN ORANG BAIK tapi saya mempunyai CITA-CITA untuk menjadi baik. Marilah semua kita BERUBAH..KIAMAT SUDAH DEKAT, itu dapat saya rasakan..berubahlah semua sementara masih ada MASA dan PELUANG..

Saya BUKAN ORANG BAIK tapi saya mempunyai CITA-CITA untuk menjadi baik. InsyaAllah, saya akan terus MENDOAKAN kalian semua dan saya sendiri agar ditetapkan hati dan ISTIQAMAH dalam mencari cinta Ilahi..Amin..

p/s : Saya PUJUK kalian, saya SERU kalian dan saya AJAK kalian ke arah KEBENARAN dan KEBAIKAN kerana saya SAYANGKAN kalian semua.

Ahad, 15 April 2012

Rabu, 11 April 2012

Cara mengenal pasti handset kita original atau tidak

Untuk mengetahui status keaslian buatan telefon bimbit anda
► sila taip *#06#
► akan keluar IMEI [International Mobile Equipment Identity]
► semak nombor IMEI telefon anda di kedudukan 7 dan 8
... Contoh : 358671017470473
... Kedudukan ke 7 dan 8 ialah 01


02 atau 20 : dari China = KUALITI RENDAH
08 atau 80: dari Germany = KUALITI SEDERHANA
01 atau 10: dari Finland = TERBAIK
00 atau 03 atau 04: dari kilang asal = SANGAT TERBAIK
13 : dari Azerbaijan = SANGAT KURANG KUALITI & MERBAHAYA

Sabtu, 7 April 2012

Us. Azhar Idrus : Apakah hukum merenjis beras ke atas pelamin pengantin ?

Apakah hukum merenjis beras ke atas pelamin pengantin ?

Jawapan : Harus jika kedua-dua pengantin adalah ayam

Rabu, 4 April 2012

BERSIH 3.0 : Duduk Bantah

Di Kuala Lumpur, kami akan DUDUK BANTAH di Dataran Merdeka pada Sabtu 28 April 2012 jam dua petang hingga empat petang.

Sabtu, 17 Mac 2012

Kepada Bakal Suami Dan Bakal Isteri

Kepada Bakal Suami,

Andai purdah menjadi beban, pilihlah yang menampakkan muka. Andai itu lebih menyenangi hati kamu. Andai purdah itu memelihara dirinya sebagai isteri, maka pilihlah yang sudah berpurdah. Usah dipaksa mereka yang tidak mahu berpurdah untuk berpurdah, bimbang keikhlasannya tercalar...

Kepada Bakal Isteri,

Andai purdah menjadi pakaian kamu, pilihlah lelaki yang tahu menghormati isteri, memuliakan kamu sesuai dengan malu yang ada pada dirimu. Andai purdah itu membebankanmu, pilihlah suami yang suka kau memperlihatkan wajahmu. Lelaki yang soleh akan merasa cemburu bila dirimu menjadi perhatian umum. Oleh itu, jika bakal suamimu menyuruhmu berpurdah, jika kau tidak mahu maka pilihlah lelaki yang lain. Pilihan ditangan kamu.

Kepada Bakal Suami,

Jika kamu memilih perempuan yang berpurdah maka kamu harus sentiasa menghembuskan semangat kepadanya agar terus istiqamah untuk berpurdah. Kerana wanita itu boleh berubah dek kerana faktor sekelilingnya.

Khamis, 8 Mac 2012

Himpunan Aman 10 Ribu Wanita 18 Mac 2012

WOMANS RALLY : Voice For Change. Hadirlah.....Jangan Asyik Bagi Alasan Itu Dan Ini....

Selasa, 6 Mac 2012

TIGA PERKARA YANG MENJADI PERISAI API NERAKA


1. Sedekah

Rasulullah SAW bersabda :

Buatlah diantara kamu dan neraka tutup pemisah walaupun cuma dengan
(bersedekah )dengan separuh butir kurma

2. Berzikir

Rasulullah saw bersabda,

Ambillah perisai kamu sekalian ( yang bisa menjaga kamu ) dari api neraka , ucapkanlah 'Subhanallah (maha suci Allah) Walhamdulillah ( segala puji bagi Allah) Walaailaahaillah (tiada Tuhan selain Allah ) Wallaahuakbar (Allah maha besar)", Karena kalimat ini pada hari kiamat akan menjadi mukaddimat (yang berjalan di depan kamu) mu'aqqibat (yang berjalan dibelakang kamu ) dan menjadi Mujannibat (yang menjauhkan kamu dari api neraka). Kalimat ini adalah al- baaqiyat ash- shalihat (hal-hal yang baik yan masih tersisa)

(HR an-nasa'i dan al- Haakim dari Abu Hurairah r.a)

3. Mempunyai anak perempuan dan mendidiknya dengan baik

Hal ini sesuai dengan sabda Rasulullah saw.

"Tiada seorang dari umatku yang menanggung kehidupan tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan , lalu ia berbuat baik kepada mereka kecuali mereka akan menjadi tabir (pencegah) bagi dia dari api neraka

(HR al Baihaqi dari Aisyah r.a)

Ahad, 4 Mac 2012

Pesanan Syeikh Ahmad Yassin buat Pemuda Pemudi

BUAT PEMUDA-PEMUDI DARI
SYEIKH AHMAD YASSIN (1938-2004)

Wahai anak-anakku, telah tiba saatnya kalian kembali kepada ALLAH swt dengan meninggalkan pelbagai keseronokan dan kealpaan kehidupan dan menyingkirkannya jauh daripada kehidupan kalian. Telah tiba saatnya kalian bangun dan melakukan solat subuh secara berjemaah. Sudah sampai saatnya untuk kalian menghiasi diri dengan akhlak yang mulia, mengamalkan kandungan al-Quran serta mencontohi kehidupan Nabi Muhammad saw.

Aku menyeru kalian wahai anak-anakku untuk solat tepat pada waktunya. Lebih dari itu, aku mengajak kalian wahai anak-anakku, untuk mendekat diri kepada sunnah Nabi kalian yang agung.

Wahai para PEMUDA, aku ingin kalian menyedari dan menghayati makna tanggung jawab. Kalian harus tegar menghadapi kesulitan hidup dengan meninggalkan keluh kesah. Aku menyeru kalian untuk menghadap ALLAH SWT dan memohon keampunan dari-Nya agar Dia memberi rezeki yang berkat kepada kalian. Aku menyeru kalian supaya menghormati orang yang lebih tua dan menyayangi orang yang lebih muda.

Aku ingin kalian tidak tertidur oleh alunan-alunan muzik yang melalaikan, melupakan kata-kata yang menyebutkan cinta kepada manusia dan dunia serta menggantikannya dengan kata amal, kerja dan zikir kepada ALLAH. Wahai anak-anakku, aku amat berharap kalian tidak sibuk dengan muzik dan tidak terjerumus ke dalam arus syahwat.

Jumaat, 2 Mac 2012

3 MAC 1924 - Jatuhnya Khilafah Islamiyyah

Khilafah Islamiyyah telah bermula sejak zaman selepas kewafatan Rasulullah s.a.w lagi, iaitu dengan bermulanya zaman pemerintahan Khulafa’ ar-Rasyidin, seterusnya pemerintahan Bani Umayyah, Bani Abbasiyyah, serta beberapa kerajaan lain sebelum kejatuhan kerajaan Islam yang terakhir, iaitu kerajaan Turki Uthmaniyyah.

Khilafah Islamiyyah merupakan kekuatan umat Islam yang amat menggerunkan pihak barat. Khalifah sebagai pemimpin umat Islam serta pengganti Rasulullah bagi mentadbir dan memerintah negara Islam, merupakan ketua bagi umat Islam secara keseluruhannya.

Selasa, 28 Februari 2012

WAJIB BACA: 24 fakta penting yang perlu kita ketahui tentang Lynas

Berikut aku ringkaskan 24 fakta penting yang perlu kita ketahui tentang Lynas :

1. Projek Lynas merupakan satu kejayaan besar kerajaan dalam mendapatkan pelaburan dari luar negara dalam jumlah yang besar malah ianya dipersetujui serta diakui oleh pemimpin DAP Leong Ngah Ngah yang mana turut disiarkan dalam tabloid cina

2. Dr. Che Rusli Ahli Parlimen PAS Hulu Langat yang mana merupakan pakar radioaktif juga mengatakan bahawa projek ini tidak berbahaya dan mengikut piawaian antarabangsa.

3.Loji Lynas yang dalam pembinaan di Gebeng dipasang dengan sensor radiasi dan peralatan terkini dalam mengendali pencemaran.

4. 12 kolam simpanan sementara yang dilapisi dengan plastik padat berdentisiti tinggi turut dibina dan diletakkan di dalam tanah akan dilapisi dengan tanah liat bagi membolehkan tempat simpanan tersebut kedap air yang mampu menahan tahap radioaktif sehingga ia dikeluarkan.

5. China menghasilkan 97% daripada bekalan dunia manakala Jepun merupakan pengimport terbesar Rare Earth. Ketika kedua negara ini mengalami perbalahan diplomatik China menggunakan logam berharga ini sebagai senjata untuk memaksa Jepun tunduk serta berdamai dengan mereka.

6. Dalam teknologi menghasilkan telefon pintar dan kereta hibrid produk Rare Earth merupakan sumber utama bagi Jepun. Kerana mereka bergantung sepenuhnya kepada Rare Earth.

7. Rare Earth mengandungi tahap radioaktif yang paling rendah.

8. Lynas enggan meneruskan pelaburan mereka di China berikutan sekatan ke atas semua produk akhir. Manakala cukai import dan eksport untuk Rare Earth dikenakan sebanyak 25% selain sekatan juga turut dikenakan. Ini membuatkan harga bahan berkenaan berganda-ganda.

9. Sebelum komited untuk menempatkan pelaburan mereka di Malaysia Lynas telah pun menerima kelulusan untuk membina kilang Rare Earth mereka di Australia malah China juga turut memberi kelulusan yang sama. Walaupun ada kes di Boutou di mana tahap radiasi dilaporkan mencemari sumber air utama penduduk setempat.

10. Malaysia dipilih kerana lokasi strategik dengan pasaran, mempunyai akses kepada bahan kimia yang berkualiti tinggi, peralatan dan juga kemahiran teknikal yang miliki Malaysia diperakui oleh pihak Lynas.

11. Lokasi Pelabuhan Kuantan juga dilihat lebih strategik untuk aktiviti pemerdagangan, China tidak dipilih kerana lokasinya yang jauh dan tinggi jumlah cukai importnya manakala Australia lokasinya dilihat tidak strategik dari segi geografi.

12. Tempoh pengecualian cukai selama 12 tahun yang diberikan kerajaan adalah kerana status Lynas sebagai perintis Amoco dan WR Grace selain itu Lynas akan mempromosikan pelbagai produk industri pendokong di Malaysia yang merangkumi perabut, kimia baja dan lain-lain. Secara tidak langsung ianya memberi manfaat yang besar kepada industri peruncitan F&B di Malaysia.

13. Lynas juga telah bersepakat dengan lain syarikat untuk menukar produk sampah kepada konkrit. Tahap torium yang boleh diubah menjadi produk sampingan yang tidak berbahaya seperti agregat semen yang digunakan dalam pembangunan jalan.

14. Pembangkang yang diwakili Fuziah Salleh cuba untuk menghentikan Lynas dengan tujuan untuk menghilangkan keyakinan serta kepercayaan negara luar kepada negara dan bangsa Malaysia dengan ini Malaysia dilihat tidak mampu membuat keputusan walaupun ianya berdasarkan standard antarabangsa dan undang-undang.

15. Rang Persetujuan Perlesenan Lynas adalah dari Agensi Pusat di bawah MOSTI dan Perkhidmatan Industri dan Tenaga Atom Licensing Board (AELB) dan dipantau penuh oleh Agensi Tenaga Atom Sedunia (IAEA).

16. Kelulusan lesen kepada Lynas tiada kaitan dan kena mengena dengan Kerajaan Negeri Pahang.

Artis Antarabangsa Yang Hina Islam


Artis Antarabangsa Yang Hina ISLAM Ini Diberikan Tempat Paling Hebat Di Malaysia Untuk Membuat Konsert 29 Feb Ini... 



Mana PERKASA? Mana UMNO? Mana JATI? Mana Hassan Ali Yang Sibuk Buat Road Tour Seluruh Negara Selamatkan Akidah Umat Islam Sedangkan Benda Yang Besar Macam Nie Pun Kamu Buat-Buat Tak Nampak... Tahniah Kerajaan 1Malaysia Yang Benar-Benar Perjuangkan "Melayu".. Wartawan Hina Islam Boleh Kamu Halau Masuk Malaysia... Artis Wanita Ini Kamu Berikan Tempat Istimewa Untuk Dia Buat Konsert... Tahniah Sekali Lagi Kerana "Prihatin" Dengan Umat Islam Yang Dihina......

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails