Selasa, 21 Jun 2011

Siapa Asma' Mahfouz..??

    Asmaa Mahfouz bersungguh-sungguh mencabar kelakian pemuda Mesir. Asmaa Mahfouz gadis berusia 26 tahun, gadis muda yang aktif dalam gerakan pembaharuan di Mesir. Serikandi ini terkenal dalam gerakan pro demokrasi pembebasan Mesir di dalam jaringan sosial. Asmaa adalah salah seorang pengemudi group “Gerakan Pemuda 6 April” di dalam facebook. Group ini di bentuk untuk menyokong pekerja buruh di El-Mahalla El-Kubra–pusat industri di utara kota Cairo semasa pekerja buruh mogok pada 6 April 2008.

Akibat terlalu aktif menentang kerajaan rejim Mubarak, seperti di Malaysia juga beliau

Isnin, 20 Jun 2011

145 anak luar nikah dilahirkan setiap hari di Malaysia

Sebanyak 145 orang anak luar nikah dilahirkan setiap hari di Malaysia, iaitu sejumlah 52,982 orang anak luar nikah yang direkodkan pada tahun 2010. Mana pergi peranan umat Islam secara keseluruhannya, mana pergi peranan JAKIM, peranan Media, peranan Ketua Agama Negeri, peranan Pengerusi Majlis Agama, NGO, Pendakwah, Ustaz dan yang penting kita sendiri dalam isu ini. Harap setiap kita sediakan jawapan sebelum bertemu Malaikat Munkar dan Nakir di kubur, juga Malaikat Raqib dan Atid yang ada dikiri kanan kita setiap masa sekarang ini.

Mak cik MELAYU main SUKAN TOTO !

Mak cik MELAYU main SUKAN TOTO !

nombor ekor.

Alahai mak cik, nak kaya cepat ye? Mana ada kesenangan hidup di dunia ini datang dengan bergolek.

Ahad, 19 Jun 2011

1 Dinar Emas Daripada Dewan Muslimat PAS Pusat Untuk BERSIH 2.0

Aiman Athirah Al Jundi : ‎1 Dinar Emas Mata Wang Syariah Kerajaan Negeri Kelantan = RM716.00 Daripada Dewan Muslimat PAS Pusat Untuk BERSIH 2.0. Hidup Kebangkitan Rakyat Malaysia!

Mampu berhujah



"Imam Syafie berkata, aku mampu berhujah dgn 10 orang yang berilmu tapi aku pasti kalah dgn seorang yang jahil, kerana orang jahil tak pernah faham landasan ilmu"

Rejim Zionis tahan gadis Palestin di sekatan jalan, 3 yang lain di Tebing Barat

Selasa, 14/06/2011 – Tentera rejim Zionis (IOF) menahan seorang gadis Palestin ketika sekatan jalan di Um al-Rihan, yang terletak di barat Bandar Jenin pada pagi Ahad lepas, kata saksi.

Menurut saksi, Kifah Emad Zeid, 20, sedang melalui sekatan itu bersama bapanya menju ke wilayah Palestin yang dijajah sejak 1948. IOF memberhentikan mereka selama 1 jam dan kemudiannya memberitahu bapa Kifah bahawa anaknya ditahan kerana kertas pengenalan dirinya adalah palsu. Walaubagaimanapun, bapanya menafikan perkara itu.

Dalam masa yang sama, beberapa anggota IOF meronda lorong-lorong di 3 buah kampung di barat Jenin. Tiada penangkapan dilaporkan di sini. Dalam kejadian yang lain, 2 orang rakyat Palestin ditahan oleh IOF di Bandar Baitullaham dan di sebuah

kampung yang terletak di timur Baitullaham. Seorang lagi pula ditahan di Beit Ummar yang terletak di utara Bandar Al-Khalil.

sumber: Palestinkini

Zami Ismail Meninggal Dunia Akibat Masalah Jantung

KUALA LUMPUR: Pelawak veteran, Zami Ismail, 67, meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) dekat sini, kira-kira pukul 10.30 pagi Ahad akibat kegagalan jantung.

Anak ketiga Allahyraham yang juga pelakon dan pengarah Mohd Soupi Zami (Opie Zami), 37, berkata, ayahnya sempat berpesan kepada semua anaknya agar berbuat baik sesama manusia.

"Keadaan dia (Allahyarham) berada dalam keadaan biasa saja dan pergi dengan tenang. Dia sempat berpesan kepada kami semua agar berbuat baik sesama manusia," katanya yang ditemui di perkarangan rumah mayat IJN, di sini, Ahad.

Menantu sulung Allahyarham, Azizah Amdih, 35, berkata, Allahyarham yang dimasukkan ke IJN sejak dua minggu lalu dilaporkan tenat pada malam Sabtu dan terpaksa bergantung hidup dengan bantuan mesin perubatan.

Khamis, 16 Jun 2011

Ilmu dan zikir

Adapun perkara yang paling penting, paling berharga, paling tinggi darjatnya, paling bernilai, benda perdagangan yang paling menguntungkan pada manusia dan menjadi penyuluh kepada jiwa yang bertauhid dan mengesakan ALLAH swt ialah ilmu. Hanya dengan ilmu dapat kita memahami dan menurut jalan2 kenabian dan kerasulan. Orang2 yang berilmu atau berhikmah adalah hamba ALLAH sejati yang dipilihNya untuk menerima risalah2 dan pengajaranNya. ALLAH limpahkan kepada mereka ilmu dan hikmah dan dengan ilmu hikmah itulah mereka akan menjadi lebih tinggi darjatnya dari manusia lain. Mereka berhubung dengan Nabi melalui perasaan yang halus dan dengan akal yang bijaksana.

Said Hawwa dalam kitab Tarbiyyatunar Ruhiyyah mengatakan jalan menuju kepada ALLAH ada 2 rukun iaitu ilmu dan zikir.Gabungkan ilmu dan zikir kita. Moga kita sampai kepada ALLAH dengan izinNya.

Presiden PAS ke-57 : Peranan ICT

"Sesungguhnya, penyampaian melalui tulisan yang dicatit lebih berpanjangan dari ucapan yang diungkapkan. Maka, peranan ICT dalam menegakkan Islam sangat besar". Tuan Guru Haji Hadi Awang(Presiden PAS ke-7)

Isnin, 13 Jun 2011

Umur itu amanah!!!

(zhuliana da suku abad hidup didunia)
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Terima kasih Ya Allah untuk usia yang telah Engkau berikan. Terima kasih juga untuk setiap rezki yang Engkau kurniakan. Terima kasih untuk setiap cubaan yang Engkau turunkan.Terima kasih untuk bakat dan ilham yang Engkau anugerahkan. Sesungguhnya terlalu banyak yang telah Engkau berikan kepadaku...dan terlalu sedikit pengabdianku terhadapMu.


Engkau tetap menerima walau terkadang aku alpa, aku lupa, aku tersilap dan khilaf menafsir makna setiap kurniaan dan dugaan. Namun begitu besar kasihMu...Engkau tetap melindungi aku walaupun terkadang aku kalut merungut ketika saat-saat lemahku datang.Aku tidak pernah menafikan hakMu sebagai Khaliq walaupun terkadang aku terbuai dengan kesedihan dan kesakitan yang amat pedih.


Ampunkan aku Ya Allah pabila aku merintih nasibku di hadapanMu. Kalau bukan kepadaMu, kepada siapa lagi harus ku mengadu? Aku tidak pernah menyesali kewujudanku ini Ya Allah...namun aku hanyalah hambaMu yg dhaif dan lemah. Adakalanya aku kurang kesabaran. Ada masanya aku goyah keimanan. Ada masanya aku hampir terikut bisikan syaitan. Namun dengan limpahan kasih sayangMu, Engkau menarikku kembali jauh daripada kesesatan.


Dalam usia begini...aku ingin menjadi lebih dekat padaMu Ya Rahman. Dalam usia yang makin jauh ini...aku ingin lebih merinduiMu Ya Rahiim. Dalam usia meniti senja ini...aku ingin sekali menyambut panggilan KaabahMu Ya Al Malik.Dalam usia ubanan ini yang ku inginkan hanyalah ketenangan, kekusyukan beribadah, segala kesederhanaan dan kerendahan hati tanpa berhenti menghulur kasih pada yang sudi.


Ya Muhaimin...pimpinla h tangan hambaMu ini...pimpinlah hati hambaMu ini...pimpinlah langkah hambaMu ini akan sentiasa berpijak di atas jalan kebenaran. Ya Al Quddus... sebagai hambaMu yang hina dina, aku takkan mungkin mencapai sempurna, tapi kasihanilah aku... bimbinglah aku sentiasa agar aku mampu meniti titian siratulmustakimMu dengan tenang dan mudah tanpa cela.


Ya Al Hakiim...berikanlah ilham kepadaku agar aku mampu terus berkarya Agar aku terus mampu memberikan sedikit ikhtibar dan dakwah dengan caraku. Hulurkan kepadaku bijaksana agar aku mampu terus memacu kalam keinsanan sehingga tiba masanya Engkau menjemputku pergi.


Terima kasih Ya Allah atas segala takdir yang telah Engkau tentukan untukku. Engkaulah Ya Maha Besar... peliharalah aku si yatim piatu ini agar terus berpegang teguh pada taliMu.


Terimalah permohonan hambaMu yang sedang bermusafir di bumiMu ini Ya Al Mudzill.

Doa Hari Lahir

Segala pujian bagi Mu Ya Allah. Kebaikan itu untuk orang yang bertaqwa, tidak dimusuhi kecuali mereka yang menzalimi. Selawat dan salam untuk semulia-mulia utusan, dan pengakhiran segala Nabi dan kepada seluruh keluarga dan sahabat Baginda.

Ya Allah, dengan kebesaran dan kemulian-Mu, dengan niat yang ikhlas, kami memohon keberkatan dan rahmat-Mu, bersempena Hari Lahir Zhuliana Bt Ambok Dalek pada hari yang mulia ini.

Sesungguhnya, menjelang tarikh kelahiran yang jatuhnya pada hari ini, bererti usia semakin meningkat.Jadikanlah kelanjutan usia ini satu rahmat kepadanya, untuk terus beribadah kepada-Mu, jauh sekali daripada menderhakai perintah-Mu.

Ya Allah, wahai Tuhan Yang Maha Mendengar, berkatilah sisa umur kami. Jadikan umur tersisa ini membawa kemaslahatan bagi orang tua kami, bagi keluarga kami, dan bagi sekalian umat Islam.

Ya Allah, ampunilah segala kelalaian kami. Ya Allah, jadikanlah hari ini menjadi hari keampunan bagi segala dosa kami.Hari yang Engkau gantikan segala kegelapan kepada nur cahaya di hati kami.

Ya Allah, tetapkanlah bagi kami kesabaran. Jangan biarkan amarah membuat kami terhina dalam kezaliman. Ya Allah, sediakanlah untuk kami sebahagian  daripada rahmat-Mu yang luas.

Berikanlah kami petunjuk kepada ajaran-ajaran-Mu yang terang. Ya Allah, hiasilah diri kami dengan ilmu yang bermanfaat. Ilmu yang membawa kepada keluhuran akhlak kami.

Ya Allah, kurniakan kepada kami kebaikan hidup di dunia dan akhirat, dan selamatkan lah kami dari azab api neraka.

Rabu, 8 Jun 2011

Wahai Bakal Ahli Jenazah

Kepada calon-calon ahli jenazah sekalian....

Selasa, 7 Jun 2011

PESANAN KHAS UTK KITA -Road to Putrajaya is open to all of you-

Ayuh muslim dan muslimat.... Disatu hari nanti kamulah yang akan menerajui dan memimpin negara ini.Oleh itu kamu hendaklah mendalami ilmu dunia dan akhirat sedalam-dalamnya.Jika kamu tidak tahu, bertanyalah kepada mereka yang tahu dan kamu hendaklah istiqomah, commited dan bersemangat waja dalam mengharungi segala mehnah, tribulasi dan ranjau dalam liku-liku perjuangan. Kamu hendaklah mengambil tahu dan mengetahui segala uslub atau technic yang sedang dan akan di jalankan oleh puak-puak  sana untuk merungkai ikatan yang telah terjalin ini.InsyaAllah kami orang-orang lama akan sentiasa menyokong ke atas segala tindakan kamu asalkan tidak memudharatkan rakyat dan negara yang tercinta ini.Road to Putrajaya is open to all of you...

Ahad, 5 Jun 2011

Presiden Yaman Cedera Dibom, Rakyat Raikan Pemergiannya Ke Luar Yaman

Riyadh: Presiden Yaman, Ali Abdullah Saleh diterbangkan ke Arab Saudi semalam bagi mendapat rawatan akibat cedera di dada dan leher terkena bom pemberontak di istana presiden di Sanaa, Jumaat lalu.
Pemergian Salleh itu selepas didesak hebat rakyatnya sejak Januari lalu supaya berundur, mencetuskan spekulasi beliau bakal menjadi pemimpin negara Arab terbaru digulingkan selepas dunia melihat kejatuhan Presiden Tunisia, Zine el Abidine Ben Ali dan Hosni Mubarak dari Mesir. Pemimpin Libya, Muammar Gaddafi dan Presiden Syria juga menghadapi tekanan rakyat dan Barat supaya berundur.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails