Rabu, 12 Januari 2011

15 Januari : Kelahiran Wikipedia

Wikipedia merupakan sebuah projek untuk menghasilkan ensiklopedia kandungan bebas yang boleh disunting oleh sesiapa jua. Dimulakan secara rasmi pada 15 Januari 2001 sebagai pelengkap untuk Nupedia, sebuah projek yang serupa tetapi ditulis oleh pakar-pakar.

Wikipedia telah bertumbuh dengan begitu pesat sehingga menjadi sebuah projek sejagat dan menyebabkan penamatan Nupedia. 

Pada tahun 2006, Wikipedia mengandungi berjuta-juta rencana dan halaman yang disumbang oleh beratus-ratus ribu penyumbang dari seluruh dunia.

Selasa, 11 Januari 2011

Umrah Tarbawi: Daftar Segera sebelum 31 Jan 11

Insyaallah, 11 - 22 Mac akan dilangsungkan Umrah Tarbawi anjuran Akademi Tarbiyah Pemuda dan Lajnah Ekonomi Dewan Pemuda PAS Malaysia dengan kerjasama Al Quds Travel Sdn Bhd.

Ianya adalah aktiviti julung kali dianjurkan oleh DPP Malaysia ke arah mencapai objektif berikut :

    * Memantapkan tahap taqarrub [dekat diri] kepada Allah
    * Membina kekentalan spiritual [ ruhani ]
    * Menjernih fikrah Islami [ pemikiran Islam ]
    * Menghayati seerah perjuangan Rasulullah saw
    * Menunaikan kewajipan umrah

Pimpinan DPP Malaysia yang akan memimpin Umrah Tarbawi 2011 ini ialah :

    * Ustaz Nasrudin bin Hassan at Tantawi
    * Ustaz Azman Shapawi bin Abd Rani
    * Ustaz Nik Abduh bin Nik Abdul Aziz

[ dan beberapa tokoh ulama' dan pimpinan PAS Pusat yang akan

Apa nak jadi New York ??? Ini trend pun ada ka???

NEW YORK - Ratusan penduduk di bandar ini tidak memakai seluar panjang dan skirt petang kelmarin semasa menaiki tren bawah tanah walaupun dalam suhu yang sejuk.

Mereka cuma memakai seluar dalam dan seluar pendek selain pelbagai jenis baju bagi meraikan ulang tahun ke-10 hari menaiki tren tanpa memakai seluar panjang.
SEJUMLAH orang mengambil bahagian dalam hari tanpa seluar panjang di New York

Terdapat seorang lelaki yang memakai baju kot dan bertali leher tetapi cuma berseluar pendek manakala sebahagian wanita hanya memakai seluar dalam pelbagai warna.

Trend itu bermula pada 2002 apabila

Isnin, 10 Januari 2011

Kelebihan Epal hijau

Amalan memakan sebiji epal hijau setiap hari sememangnya digalakkan. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan. Ini kerana ia bukan sekadar mempunyai pelbagai khasiat malahan ia juga mampu mengurangkan kadar kolesterol dalam badan.

Epal hijau mengandungi zat besi, magnesium, potasium, kalsium, soldium, vitamin C, vitamin A dan vitamin B serta merupakan sumber serat yang mudah larut. Kita digalakkan memakan epal bersama dengan kulitnya kerana sebahagian kandungan vitamin C terletak di bawah kulitnya.

Epal hijau boleh membantu mencegah:

    * Pembinaan kolesterol dalam dinding salur darah.
    * Mengurangkan risiko penyakit jantung.
    * Membantu kesihatan membran paru-paru.
    * Membantu kesihatan tulang dengan menambah bahan kimia (boron) pada mineral tulang.
    * Membantu kesihatan sistem kardiovaskular dengan mengekalkan tahap kolesterol darah.
    * Membantu mengekalkan berat badan.
    * Mengurangkan tekanan penyakit asma.
    * Mengurangkan risiko barah.

Bagi mereka yang mempunyai masalah sembelit atau

Ehud Barak : Kamu adalah Pembunuh kanak-kanak

Seorang pemuda Palestin memotong ucapan di Universiti Tel Aviv oleh Ehud Barak sambil memanggil Menteri Perang Israel itu pembunuh kanak-kanak.

Barak sedang memberi ucapan tentang Iran dan situasi politik di Timur Tengah di hadapan pegawai akademik dan ketenteraan daripada Israel dan luar negara semasa dia diganggu dengan banyaknya oleh peserta demonstrasi menentang polisi Israel terhadap penduduk Palestin.

Peserta demonstrasi mengangkat imej penduduk Palestin yang terbunuh dan cedera pada perang Gaza yang berlangsung pada akhir 2008 sehingga 2009, dan menjerit kepada Barak: “Kamu ialah pembunuh kanak-kanak Palestin dan penipu! Kamu hanya mencuba untuk

Biarkan video yg meluahkan : Awan Lindungi Pesawat Ustaz Fadhil Noor

 

Kehebatan ulama' tersebut sehinggakan di dalam perjalanan terakhir beliau ke alam barzakh pun masih lagi "berdakwah" sehinggakan Pilot terbabit dengan izin Allah memeluk Islam.

Jumaat, 7 Januari 2011

And who is next?

Someone asked the Prophet (PBUH) :"who deserves my service most after Allah? The Prophet said: "Your mother." The person asked again: "And who is next?" The Prophet said: "Your mother" The person asked futher. "And who is next?" The Prophet replied "your mother" The man asked once more, "And who next?" The Prophet (PBUH) said: "your father"

Khamis, 6 Januari 2011

Jentera PAS perlu Berakhlak , Bermaklumat



"Salah satu unsur yang menyebabkan ketidakmenangan sesuatu perjuangan itu apabila maksiat itu dilakukan oleh kita yang bejuang di atas jalan untuk menegakkan kebenaran"

Bahasa Arab akan Diusahakan Menjadi Bahasa Nasional di Turki

Dr. Muhammad Adl, presiden komuniti Arab-Turki untuk Kebudayaan, Ilmu pengetahun dan Seni (Tasca), dalam pernyataannya mengatakan bahawa lembaganya akan berupaya untuk Bahasa Arab diterima sebagai bahasa rasmi di Turki dalam masa 10 tahun akan datang.

Kenyataan tersebut disampaikan Adl selama simposium yang diadakan oleh Majlis Dunia Psikiatri Islam di Kaherah.

"Tasca yang merupakan salah satu lembaga dari komuniti masyarakat di Ankara, sedang mencari

Rabu, 5 Januari 2011

Genggam Diploma pada usia 78 tahun

USIA sudah meningkat dan bersara bukan penghalang seseorang meneruskan keinginan menimba ilmu, sekali gus membuktikan jika ada kemahuan, kejayaan boleh dicapai meskipun kelihatan mustahil.
Itulah yang dibuktikan pesara kerajaan Mohamed Hasan, 78, yang sanggup mengorbankan waktu lapangnya untuk meneruskan pengajian di Pusat Berterusan Universiti Malaya (UMCCed).

Meskipun kelihatan payah kerana faktor usia dan kesihatan, beliau yang mengambil Diploma Eksekutif Kaunseling dan berasal dari Kuala Lumpur ini tidak pernah patah semangat demi memastikan impiannya tercapai.
"Usia hanya angka dan tidak sesekali mematahkan semangat saya untuk

Selasa, 4 Januari 2011

SAFAR : Peristiwa dalam Islam Dan Amalan Khurafat

Bulan Safar adalah bulan kedua mengikut perkiraan kalendar Islam yang berdasarkan tahun Qamariah (perkiraan bulan mengelilingi bumi). Safar ertinya kosong. Dinamakan Safar kerana dalam bulan ini orang-orang Arab sering meninggalkan rumah mereka menjadi kosong kerana melakukan serangan dan menuntut pembalasan ke atas musuh-musuh mereka. Antara peristiwa-peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam pada bulan ini ialah Peperangan Al-Abwa pada tahun kedua Hijrah, Peperangan Zi-Amin, tahun ketiga Hijrah dan Peperangan Ar-Raji (Bi'ru Ma'unah) pada tahun keempat Hijrah.

Di dalam bulan ini juga ada di kalangan umat Islam mengambil kesempatan melakukan perkara-perkara bidaah dan khurafat yang bertentangan dengan syariat Islam. Ini kerana menurut kepercayaan turun-temurun sesetengah orang Islam yang jahil, bulan Safar ini merupakan bulan turunnya bala bencana dan mala- petaka khususnya pada hari Rabu minggu terakhir. Oleh sebab itu setiap tahun mereka akan melakukan amalan-amalan karut sebagai cara untuk menolak bala yang dipercayai mereka itu.

Antara amalan khurafat yang pernah muncul di alam Melayu ialah

Gerhana matahari separa di Asia Barat dan Eropah

GERHANA matahari separa yang dapat dilihat di Gaza semalam.  
 
Langit musim sejuk bertukar menjadi gelap di Switzerland kerana fenomena gerhana matahari separa yang bermula di Asia Barat dan melitupi hampir seluruh Eropah pada pagi semalam.

Sebuah akhbar melaporkan, keadaan di bandar raya ini menjadi gelap seperti senja semasa orang ramai berpusu-pusu keluar dari tren dan bas untuk ke tempat kerja.

Gerhana itu dapat dilihat dengan jelas di Geneva dan beberapa kota lain di Switzerland menjelang pertengahan waktu pagi sebelum langit beransur cerah.

Gerhana itu buat pertama kalinya dilihat adalah di langit Baitulmuqaddis manakala gerhana

Isnin, 3 Januari 2011

Statistik di seluruh Dunia

Menurut statistik, sekurang-kurangnya terdapat 963 juta orang kelaparan setiap malam, hampir satu billion orang hidup setinggan, seorang wanita mati setiap minit akibat kompilasi kandungan, 1.3 billion orang tiada kemudahan asas kesihatan, dan 2.5 billion orang tiada kemudahan sanitasi yang baik.  Dan 20 ribu kanak-kanak mati sebagai kesannya - di seluruh dunia

Ahad, 2 Januari 2011

2010: Jumlah penduduk Yahudi lebih ramai dari jumlah penduduk Palestin

Biro Pusat Statistik Palestina (PCB) menyatakan bahwa jumlah rakyat Palestina yang hidup dalam diaspora (menyebar di berbaagai wilayah) pada akhir tahun 2010 adalah 11 juta.

Distribusi rakyat Palestina menurut laporan tersebut adalah sebagai berikut: 4,1 juta warga Palestina di wilayah Palestina yang diduduki (2,5 juta berada di Tepi Barat dan 1,6 juta di Gaza), 1,4 juta warga Palestina di Palestina yang diduduki 1948, 5 di negara-negara Arab dan 600 ribu di negara-negara lain.
Laporan tersebut juga menyatakan bahwa

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails