Template by:
Free Blog Templates

Jumaat, 29 Jun 2012

Zionisme

Pada Persidangan OIC pada tahun 1974, Zionisme merupakan sebagai satu gerakan politik perkauman yang percaya bahawa ras Yahudi adalah ras yang paling tinggi darjatnya di muka bumi. Orang lain dianggap seperti binatang yang hanya berfungsi untuk memberikan layanan kepada orang-orang Yahudi. Gerakan ini mempunyai cita-cita untuk menguasai seluruh dunia dengan perantaraan satu pemerintahan dunia yang berpusat di negara yang kini dikenali dengan Israel (Munawwir,19986:120)

Dua aliran pemikiran yang telah di terjemahkan berhubung penafsiran  riwayat Taurat semasa persidangan Montreal pada tahun 1897 M melalui pengundian ialah :

Aliran pertama : Aliran politik yang cenderung kepada Zionisme.

Aliran kedua : Aliran kerohanian yang  bersumberkan kepercayaan Masyihani yang percaya seluruh manusia bergabung dalam satu kesatuan yang besar untuk mendirikan kerajaan Tuhan di dunia.

Ahad, 17 Jun 2012

Lirik Nasyid : Hijjaz, In-Team, UNIC, Mestica - Isra' Mikraj



Hening malam gelap yang membungkus
Desir angin tiada kedengaran
Gemuruh suara memanggil
Membangunkan Rasul dari tidurnya

Jibril berwajah putih bersih
Bersayap bergemerlapan
Dari Mekah ke Sidratul Muntaha
Buraq menawan tujuh petala
Membelah langit
Langit perak bertatahkan bintang
Bergantungan  rantai-rantai keemasan
Tiada iblis dan juga syaitan
Dapat mendengarkan rahsianya Tuhan

Tabir akhirat disingkapkan
Membenarkan apa yang diwahyukan
Dosa pahala dijelaskan
Dipamerkan tiap pembalasan

Langit perak bertatahkan bintang
Bergantungan  rantai-rantai keemasan
Tiada iblis dan juga syaitan
Dapat mendengarkan rahsianya Tuhan

Langit perak bertatahkan bintang
Bergantungan  rantai-rantai keemasan
Tiada iblis dan juga syaitan
Dapat mendengarkan rahsianya Tuhan

Dipertemukan dengan nabi-nabi
Diperlihatkan ragam malaikat
Diperbentangkan hari kebangkitan
Diwajibkan lima waktu sembahyang

Israk Mikraj yang amat panjang
Disingkatkan menjadi semalaman
Sukarnya untuk dipercaya
Hanya keimanan yang membenarkannya

Khamis, 14 Jun 2012

Genap Usiaku 26 Tahun .... DOA HARI LAHIR

Alhamdulillah... Ya Allah untuk usia yang telah Engkau berikan. Terima kasih juga untuk setiap rezeki yang Engkau kurniakan. Terima kasih untuk setiap cubaan yang Engkau turunkan.

Engkau tetap menerima walau terkadang aku alpha, aku lupa, aku tersilap dan khilaf menafsir makna setiap kurniaan dan dugaan. Namun begitu besar kasihMu. Engkau tetap melindungi aku walaupun terkadang aku kalut merungut ketika saat-saat lemahku datang. Aku tidak pernah menafikan hakMu sebagai Khaliq walaupun terkadang aku terbuai dengan kesedihan dan kesakitan yang amat pedih.

Ampunkan aku Ya Allah apabila merintih nasibku di hadapanMu. Kalau bukan kepadaMu, kepada siapa lagi harus aku mengadu? Aku tidak pernah menyesali kewujudanku ini Ya Allah... namun aku hanyalah hambaMu yang dhaif dan lemah. Adakalanya aku kurang kesabaran. Ada masanya aku goyah keimanan. Ada masanya aku hampir terikut bisikan syaitan. Namun dengan limpahan kasih sayangMu, Engkau menarikku kembali jauh daripada kesesatan.

Dalam usia begini... aku ingin menjadi lebih dekat padaMu Ya Rahman. Dalam usia yang makin jauh ini.....aku ingin merinduiMu Ya Rahim. Dalam usia meniti senja ini.... aku ingin sekali menyambut panggilan KaabahMu Ya Malik. Dalam usia ubanan ini yang aku inginkan hanyalah ketenangan, kesyukuran beribadah, segala kesederhanaan dan kerendahan hati tanpa berhenti menghulur kasih pada yang sudi.

Ya Muhaimin.... pimpinlah tangan hambaMu... pimpinlah hati hambaMu ini.... pimpinlah langkah hambaMu ini akan sentiase berpijak di atas jalan kebenaran, Ya Al Quddus... sebagai hambaMu yang hina dina , aku takkan mungkin mencapai sempurna, tapi kasihanilah aku.... bimbinglah aku sentiasa agar aku mampu meniti titian silatulmustakim dengan tenang dan mudah tanpa cela.

Ya Al Hakim... berikanlah ilham kepadaku agar aku mampu terus berkarya. Agar aku terus mampu memberikan sedikit ikhtibar dan dakwah dengan caraku. Hulurkan kepadaku kebijaksanaan agar aku mampu terus memacu kalam keinsanan sehingga tiba masanya Engkau mejemputku pergi.

Terima kasih Ya Allah atas segala yang telah Engkau tentukan untukku. Engkaulah Ya Maha Besar... peliharalah aku agar terus berpegang teguh pada taliMu.

Terimalah permohonan hambaMu yang sedang bermusafir di bumiMu ini Ya Al Mudzill

Rabu, 13 Jun 2012

Kembali !!!

InsyaAllah selepas saya habis menjalani exam final year, Saya akan bergiat semula dengan penulisan di dalam blog.

Terlepas pandang pada satu sudut pandang, bergerak seiring tanpa pandang belakang. Semua caci semua maki ibarat angin yang datang. Tersentuh hanya sebentar dan pergi tak pulang. Hidup tetap terus seiringan waktu pada usia. Pada persepsi yang manusia suka bina mewujud spekulasi merosak bangsa...... Ayuh... Sedari mimpi bangun maju sekali lagi kita bangkitkan kuasa Islam, bangkit tegakkan Daulah Islam, Bangkit dari lamunan, Hidup dalam berjemaah... Janji Tuhan pasti..Kalau tidak kite... Allah pilih lainnya..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails