Template by:
Free Blog Templates

Selasa, 28 Februari 2012

WAJIB BACA: 24 fakta penting yang perlu kita ketahui tentang Lynas

Berikut aku ringkaskan 24 fakta penting yang perlu kita ketahui tentang Lynas :

1. Projek Lynas merupakan satu kejayaan besar kerajaan dalam mendapatkan pelaburan dari luar negara dalam jumlah yang besar malah ianya dipersetujui serta diakui oleh pemimpin DAP Leong Ngah Ngah yang mana turut disiarkan dalam tabloid cina

2. Dr. Che Rusli Ahli Parlimen PAS Hulu Langat yang mana merupakan pakar radioaktif juga mengatakan bahawa projek ini tidak berbahaya dan mengikut piawaian antarabangsa.

3.Loji Lynas yang dalam pembinaan di Gebeng dipasang dengan sensor radiasi dan peralatan terkini dalam mengendali pencemaran.

4. 12 kolam simpanan sementara yang dilapisi dengan plastik padat berdentisiti tinggi turut dibina dan diletakkan di dalam tanah akan dilapisi dengan tanah liat bagi membolehkan tempat simpanan tersebut kedap air yang mampu menahan tahap radioaktif sehingga ia dikeluarkan.

5. China menghasilkan 97% daripada bekalan dunia manakala Jepun merupakan pengimport terbesar Rare Earth. Ketika kedua negara ini mengalami perbalahan diplomatik China menggunakan logam berharga ini sebagai senjata untuk memaksa Jepun tunduk serta berdamai dengan mereka.

6. Dalam teknologi menghasilkan telefon pintar dan kereta hibrid produk Rare Earth merupakan sumber utama bagi Jepun. Kerana mereka bergantung sepenuhnya kepada Rare Earth.

7. Rare Earth mengandungi tahap radioaktif yang paling rendah.

8. Lynas enggan meneruskan pelaburan mereka di China berikutan sekatan ke atas semua produk akhir. Manakala cukai import dan eksport untuk Rare Earth dikenakan sebanyak 25% selain sekatan juga turut dikenakan. Ini membuatkan harga bahan berkenaan berganda-ganda.

9. Sebelum komited untuk menempatkan pelaburan mereka di Malaysia Lynas telah pun menerima kelulusan untuk membina kilang Rare Earth mereka di Australia malah China juga turut memberi kelulusan yang sama. Walaupun ada kes di Boutou di mana tahap radiasi dilaporkan mencemari sumber air utama penduduk setempat.

10. Malaysia dipilih kerana lokasi strategik dengan pasaran, mempunyai akses kepada bahan kimia yang berkualiti tinggi, peralatan dan juga kemahiran teknikal yang miliki Malaysia diperakui oleh pihak Lynas.

11. Lokasi Pelabuhan Kuantan juga dilihat lebih strategik untuk aktiviti pemerdagangan, China tidak dipilih kerana lokasinya yang jauh dan tinggi jumlah cukai importnya manakala Australia lokasinya dilihat tidak strategik dari segi geografi.

12. Tempoh pengecualian cukai selama 12 tahun yang diberikan kerajaan adalah kerana status Lynas sebagai perintis Amoco dan WR Grace selain itu Lynas akan mempromosikan pelbagai produk industri pendokong di Malaysia yang merangkumi perabut, kimia baja dan lain-lain. Secara tidak langsung ianya memberi manfaat yang besar kepada industri peruncitan F&B di Malaysia.

13. Lynas juga telah bersepakat dengan lain syarikat untuk menukar produk sampah kepada konkrit. Tahap torium yang boleh diubah menjadi produk sampingan yang tidak berbahaya seperti agregat semen yang digunakan dalam pembangunan jalan.

14. Pembangkang yang diwakili Fuziah Salleh cuba untuk menghentikan Lynas dengan tujuan untuk menghilangkan keyakinan serta kepercayaan negara luar kepada negara dan bangsa Malaysia dengan ini Malaysia dilihat tidak mampu membuat keputusan walaupun ianya berdasarkan standard antarabangsa dan undang-undang.

15. Rang Persetujuan Perlesenan Lynas adalah dari Agensi Pusat di bawah MOSTI dan Perkhidmatan Industri dan Tenaga Atom Licensing Board (AELB) dan dipantau penuh oleh Agensi Tenaga Atom Sedunia (IAEA).

16. Kelulusan lesen kepada Lynas tiada kaitan dan kena mengena dengan Kerajaan Negeri Pahang.

Artis Antarabangsa Yang Hina Islam


Artis Antarabangsa Yang Hina ISLAM Ini Diberikan Tempat Paling Hebat Di Malaysia Untuk Membuat Konsert 29 Feb Ini... 



Mana PERKASA? Mana UMNO? Mana JATI? Mana Hassan Ali Yang Sibuk Buat Road Tour Seluruh Negara Selamatkan Akidah Umat Islam Sedangkan Benda Yang Besar Macam Nie Pun Kamu Buat-Buat Tak Nampak... Tahniah Kerajaan 1Malaysia Yang Benar-Benar Perjuangkan "Melayu".. Wartawan Hina Islam Boleh Kamu Halau Masuk Malaysia... Artis Wanita Ini Kamu Berikan Tempat Istimewa Untuk Dia Buat Konsert... Tahniah Sekali Lagi Kerana "Prihatin" Dengan Umat Islam Yang Dihina......

Rabu, 22 Februari 2012

Dengar ceramah melalui VCD atau Youtube dapat PAHALA? - Us. Azhar Idrus


Sebarkan...

Apakah Benar Engkau Pejuang

Engkau ingin berjuang,
Tapi tidak mampu menerima ujian
Engkau ingin berjuang,
Tapi engkau rosak oleh pujian
Engkau ingin berjuang,
Tapi tidak sepenuhnya menerima pimpinan

Engkau ingin berjuang,
Tapi tidak begitu setia kawan
Engkau ingin berjuang,
Tapi tidak sanggup berkorban
Engkau ingin berjuang,
Tapi ingin jadi pemimpin
Engkau ingin berjuang,
Menjadi pengikut agak segan

Engkau ingin berjuang,
Tolak ansur engkau tidak amalkan
Engkau ingin berjuang,
Tapi tidak sanggup menerima cabaran
Engkau ingin berjuang,
Kesihatan dan kerehatan,
Tidak sanggup engkau korbankan
Engkau ingin berjuang,
Tapi tidak mampu menerima ujian

Engkau ingin berjuang,
Tapi engkau rosak oleh pujian
Engkau ingin berjuang,
Tapi tidak sepenuhnya menerima pimpinan,
Engkau ingin berjuang,
Masa tidak sanggup engkau luangkan

Engkau ingin berjuang,
Karenah isteri tidak kau tahan
Engkau ingin berjuang,
Rumahtangga lintang-pukang
Engkau ingin berjuang,
Diri engkau tidak engkau tingkatkan

Engkau ingin berjuang,
Disiplin diri engkau abaikan
Engkau ingin berjuang,
Janji kurang engkau tunaikan
Engkau ingin berjuang,
Kasih sayang engkau cuaikan
Engkau ingin berjuang,
Tetamu engkau abaikan

Engkau ingin berjuang,
Anak isteri engkau lupakan
Engkau ingin berjuang,
Ilmu berjuang engkau tinggalkan
Engkau ingin berjuang,
Kekasaran dan kekerasan engkau amalkan

Engkau ingin berjuang,
Pandangan engkau tidak diselaraskan
Engkau ingin berjuang,
Rasa bertuhan engkau abaikan
Engkau ingin berjuang,
Iman dan taqwa engkau lupakan

Ya sebenarnya apa yang
Engkau hendak perjuangkan...

Qardhawi Seru Bangsa Arab Bela Al-Aqsa

Dr. Yusuf Al-Qardhawi, ketua persatuan ulama dunia sekaligus sebagai ketua dewan pendiri Al-Quds Institution Internasional menyeru bangsa Arab agar melindungi Masjid Al-Aqsa dan menghalang semua ancaman Yahudi yang ingin menghancurkan Masjid Al-Aqsa untuk membangunkan kuil impian mereka.

Dalam pada itu, Qardhawi memperingatkan, kumpulan-kumpulan Yahudi radikal atas penodaan mereka terhadap Al-Aqsa, selain berulangkalinya serbuan mereka ke Al-Aqsa. Beliau menegaskan bahawa Al-Aqsa adalah “garis merah” yang tidak boleh diganggu sama sekali.


Ketua ulama dunia ini menyeru agar rakyat Palestin sama ada yang ada di Tebing Barat maupun di Semenanjung Gaza, bangsa Arab Mesir, Jordan, Syria serta negara tetangga untuk melakukan intifadah melindungi Al-Aqsa dan membebaskannya dari penjajahan Zionis. 

Beliau juga mengingatkan Zionis bahawa umat Islam ketika ini sedang mengalami musim kebangkitan Arab. Mata dan telinga mereka senantiasa tertuju pada Yahudi. Mereka tidak tidur.

sumberL PALESTINKINI

Doa Untuk Anak Nakal - Us. Azhar Idrus



Dengar

Israel Menegaskan Tidak Akan Minta Maaf Atas Serangan Terhadap Freedom Flotilla

Pemerintah Israel menegaskan kembali penolakan meminta maaf atas tindakannya menyerang kapal Freedom Flotilla yang menyebabkan kematian rakyat Turki pada Mei 2010 lalu.

Wakil PM Israel, Silvan Salom dalam keterangannya kepada media Turki, Anatolia, “kami telah menyatakan berulangkali bahawa kami menginginkan hubungan baik dengan Turki, namun demikian jika Turki terus mendesak kami untuk meminta maaf atas terbunuhnya sukarelawan Turki, maka kami tidak akan melakukannya”.

Silvan menambahkan, jika anda bertanya apa yang harus dilakukan untuk mengembalikan hubungan Israel-Turki, maka jawabannya seperti yang dikatakan tokoh Amerika, bahawa tarian Tanggo memerlukan dua orang, inilah yang harus difahami pihak Turki. Silvan mendakwa bahawa Turki sebagai pihak yang mengubah dasar dan sikap terhadap Israel.

Berkait hal ini, wakil PM Israel menyatakan, pentingnya mengakhiri krisis diplomasi antara Israel dan Ankara, dan membuka lembaran baru hubungan antara dua pihak. Silvan menyebutkan bahawa Turki merupakan negara muslim pertama yang membuka hubungan diplomatik dengan Israel.

sumber : PALESTINKINI

Khamis, 16 Februari 2012

Jangan Lihat Islam Dari Kacamata Barat

Pemimpin Umno diseru agar jangan melihat Islam dari kacamata barat apabila mendakwa Agama Islam di negara ini sudah banyak tercemar dan pegangan kepada ajarannya telah menjadi luntur akibat Islam diperalat untuk kepentingan politik duniawi.

Menegaskan perkara ini, Naib Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Dato’ Dr Mahfodz Mohamed, menjelaskan politik adalah sebahagian daripada Islam, dan tanpa politik dalam Islam maka Islam itu akan tercemar dan tidak sempurna.

Katanya lagi, mereka yang berpendapat Islam dan politik adalah berbeza dan terpisah,dianggap terpengaruh dengan pandangan sekular.

“Nabi Muhammad s.a.w membawa Islam secara menyeluruh termasuk adanya politik dalam ajarannya, oleh kerana itulah rakyat Madinah dapat menerima kehadiran Nabi Muhammad s.a.w selepas Baginda ke sana.”
“Maknanya kalau dalam Islam tidak ada politik, maka sudah tentulah Islam tidak ada kuasa! Apatah lagi Islam akan dicemari mereka yang tidak tahu tentang Islam,” katanya.

Kata beliau lagi, Baginda tidak memisahkan Islam dengan politik dalam ajaran dan kehidupannya, akhirnya Baginda dihormati oleh kaum dan penganut agama lain.

Beliau berkata, apa yang berlaku pada hari ini, persepsi Islam tercemar kerana orang Islam memahami Islam secara salah dengan mengutip sumber Islam berdasarkan apa yang diajar oleh barat.


Sumber : Harakah

Rabu, 15 Februari 2012

Anak pengarah filem Oscar peluk Islam di Iran

KUALA LUMPUR, 15 Feb: Penerbit filem Amerika Syarikat, Sean Stone (gambar), anak kepada pengarah terkenal Oliver Stone, yang pernah memenangi Oscar telah memeluk Islam pada Selasa lalu di Iran, di mana beliau sedang membuat satu dokumentari, lapor AFP.

“Kemasukan ke Islam bukan bermaksud membuang Kristian mahupun Judaism, kepercayaan yang saya dilahirkan dengan. Ia bermaksud saya telah menerima Mohammad dan juga nabi-nabi yang lain,” kata beliau dalam satu perbualan telefon ringkas daripada Isfahan, di mana beliau memeluk Islam di pejabat ulama terkenal Ayatullah Mohammad Nasseri Dowlatabadi.

Bapa Sean Stone ialah seorang Yahudi, manakala emaknya ialah seorang Kristian.

Pemuda 27 tahun itu tidak menyatakan mengapa beliau memilih untuk memeluk Islam.

Berdasarkan laporan media Iran, Fars news, Sean Stone telah menjadi seorang Muslim dengan nama pertamanya Ali.

Sean pernah berlakon dalam beberapa filem bapanya, dan pernah mengarah beberapa siri dokumentari.

Tahun lepas, timbul spekulasi hangat bahawa bapa Sean akan merealisasikan cita-citanya untuk membuat sebuah filem blockbuster mengisahkan Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad.

Pengarah kontroversi, yang pernah memenangi tiga Oscar turut berada di republik tersebut mencari lokasi yang sesuai untuk penggambaran.

Pada 2010, seorang ahli personaliti Barat yang popular, wartawan dan juruhebah Britain Lauren Booth, ipar kepada bekas perdana menteri Britain Tony Blair turut memeluk Islam setelah lawatannya ke Iran.

Sebab Bahaya Merokok

Bukan Amalan ISLAM... Nak Tahu Kenapa?

Sebabnya :

✔ Mana ada orang hisap rokok bermula dgn BISMILLAH..!
✔ Mana ada selepas habis merokok ucap ALHAMDULILLAH..!
✔ Menyalakan api adalah kesukaan SYAITAN...!
✔ Membazir adalah amalan SYAITAN...!
✔ Merosakkan kesihatan diri, ditegah ISLAM...!

SAUDARA - SAUDARIKU SEKALIAN... BERHENTILAH MEROKOK.....
Hidup lebih sihat tanpa merokok...Alhamdulillah.. hargailah nyawa anda & nyawa insan yang tersayang ... Mereka amat memerlukan anda !!!

Selasa, 14 Februari 2012

Valentine Day's Dan Revolusi Syria

Dalam keadaan muda-mudi Malaysia yang leka menyambut Hari Kekasih yang jelas bertentangan dengan Islam, rakyat Syria pula terpaksa bermandikan darah mereka menentang kezaliman Rejim Bashar Asad.

Ternyata muda-mudi Syria telah membeli syurga dengan darah-darah mereka manakala muda-mudi di Tanah Air kita terus hanyut dibuai mimpi yang tidak berkesudahan.

Ahad, 12 Februari 2012

Up Date : Syria

TERKINI~Saudara-saudaraku yang dihormati, terdapat berita yg sedang bertiup kencang dari Syria menyatakan bahawa Basyar Al-Asad telah mengarahkan rakyat yang beragama Syiah Nusairi agar keluar dan berpindah dari wilayah Hama dan Homs seberapa segera..Arahan ini berkemungkinan akan disusuli siri pengeboman yang paling dahsyat dlm zaman moden ini yang bakal dilakukan terhadap dua wilayah tersebut, mengulangi apa yang dilakukan oleh ayahnya Hafez Al-Asad pd tahun 1982 yg mengakibatkan lebih 40 ribu Islam Sunni terkorban pada waktu itu..

Jika berita ini benar, maka tiada apa yg kami mahu lafazkan di sini kecuali dengan tangisan yg penuh ikhlas utk merayu kpd Sang Pencipta kita, ALLAH agar menyelamatkan saudara seaqidah kita di Hama dan Homs dari semua itu..

Sumber : Rakyat Malaysia Bersama Revolusi Syria

Ulang Tahun Para Ulamak - Imam Hassan Al-Banna Dan Ustaz Azhar Idrus

Hari ini dalam sejarah, 12 Februari 1949. Imam As-Syahid Hassan al-Banna syahid dibunuh. 63 tahun beliau telah meninggal jasa dalam dunia dakwah sehingga orang tertarik dengan gerakan Islam. Ikhwan Muslimin yang diasasnya menjadi antara gerakan Islam terhebat dunia. Dikagumi lawan dan kawan. Jasamu yang besar pada Islam moga Allah membalasnya. Mujahid sepanjang zaman. Al-Fatihah

Rabu, 8 Februari 2012

Keistimewaan Demokrasi



Keistimewaan Demokrasi ialah ia menemui hasil daripada pengalaman pertentangan panjang dengan kezaliman dan kediktatoran pemimpin dan raja-raja method dan halacara yang dianggap hingga hari ini sebagai jaminan yang paling ideal bagi memberikan perlindungan kepada rakyat daripada kezaliman. Walaupun ia tidak akan terlepas daripada setiap hasil usaha manusia.

Tidak menjadi suatu kesalahan kepada manusia terutama ahli fikir dan pemimpin mereka untuk memikir dan meletakkan method dan halacara yang lain agar dapat mencapai apa yang lebih tepat dan ideal. Tetapi untuk memudahkan usaha tersebut dan supaya dapat dilaksankan dalam realiti kehidupan manusia, kami berpendapat bahawa kita mesti mengambil sedikit sebanyak jalan yang dilakukan oleh Demokrasi yang dianggap mesti dalam melaksanakan keadilan, syura, menghormati hak manusia dan berhadapan dengan kezaliman raja-raja yang meninggikan diri di atas muka bumi ini.

Seorang Warga Palestin Mati di penjara Iraq

Sumber Palestin mendedahkan seorang rakyat Palestin telah mati dalam penjara Iraq. Imad Abdul Salam yang mati di sebabkan seksaan yang amat dasyat. Imad yang sudah 30 tahun menetap di Iraq telah ditangkap dan dipenjarakan ketika Amerika menyerang masuk Iraq. Ratusan rakyat Palestin kini berada di sempadan Iraq apabila mereka lari dari hukuman.

sumber: PALESTINKINI

Intipati Demokrasi bertepatan Dengan Islam

Sesungguhnya intipati Demokrasi bukannya definisi, dan istilah akedemik ialah : Orang ramai memilih pemerintah yang mentadbir urusan mereka. Tidak boleh dipaksakan kepada mereka pemerintah atau sesuatu sistem yang tidak dipersetujui oleh mereka. Mereka juga berhak memberi teguran kepada pemerintah apabila berlaku kesalahan dan berhak memecat dan menukarkannya jika dia menyeleweng. Rakyat tidak boleh dipimpin dengan paksa mengikut aliran dasar ekonomi, sosial, peradaban atau politik yang mereka tidak kenali dan tidak persetujui. Apabila perkara tersebut ditentang oleh sebahagian  manusia, ganjarannya ialah pengusiran, penangkapan bahkan penyeksaan dan pembunuhan.


Inilah intipati Demokrasi yang sebenarnya. Manusia telah mendapati ungkapan dan cara yang praktikal untuk sistem ini seperti pilihanraya, pungutan suara, hak memerintah bagi golongan majoriti, berbilang parti politik, hak golongan minoriti untuk membangkang, kebebasan akhbar, sistem kehakiman dan sebagainya.


Adakah initipati Demokrasi seperti yang disebutkan di atas bertentangan dengan Islam? Dari manakah datangnya pertentangan ini? Apakah dalil yang kukuh mengenai dakwaan ini daripada Al-Quran dan As-Sunnah?


Intipati Demokrasi Bertepatan Dengan Islam


Realitinya, seseorang yang meneliti intipati Demokrasi pasti akan dapat mendapati bahawa ia adalah berasal daripada Islam yang sebenarnya. Islam melarang seseorang yang dibenci dan tidak disukai menjadi Imam dalam sembahyang. Dalam suatu hadith Rasulullah saw pernah bersabda yang bermaksud:


“Tiga golongan yang sembahyangnya tidak akan diangkat walaupun sejengkal ….. dan disebut golongan yang pertama : Lelaki yang mengimamkan satu kaum sedangkan mereka membencinya….”(Riwayat Ibnu Majah)


Sekiranya inilah pandangan Islam dalam soal sembahyang, maka bagaimanakah pula dalam perkara yang berkaitan dengan kehidupan dan politik? Dalam satu hadith yang sahih Rasulullah saw telah bersabda:


“Sebaik-baik pemimpin kamu adalah mereka yang kamu menyayanginya dan dia menyayangimu, kamu berdoa untuknya dan dia berdoa untukmu. Sejahat-jahat pemimpin pula adalah siapa yang kamu membencinya dan dia membencimu, kamu melaknatinya dan dia melaknatimu” (Riwayat Muslim)

Sumber rujukan : Kitab Feqh Daulah Menurut Perspektif Islam

Sedetik Berlalunya Imtihan Fasa Satu 2012

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails