Template by:
Free Blog Templates

Sabtu, 26 November 2011

'Transformasi' Najib menuju diktator

KUALA LUMPUR, 25 Nov: Akta Perhimpunan Aman yang dibentangkan oleh Perdana Menteri pada persidangan Dewan Rakyat, kelmarin, jelas bertujuan untuk menghalang himpunan diadakan oleh rakyat negara ini.

Realiti itu terserlah apabila di dalam akta tersebut dikenakan pelbagai syarat yang tidak munasabah untuk membolehkan rakyat negara ini mengadakan perhimpunan berbanding kawalan sedia ada di bawah Seksyen 27 Akta Polis 1967.

Pengarah Jabatan Undang-Undang Dan Hak Asasi Manusia (Juham), Dewan Pemuda PAS Malaysia, Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi berkata, akta itu hanyalah mempunyai nama yang menarik, tetapi hakikatnya Kerajaan BN secara jelas mencabul hak rakyat untuk berhimpun.

Subhanallah... Hebatnya Pesanan Nabi

Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan.

Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah. Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek.

Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).

Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.

Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.

Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja.

Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil.

Zionis Israel bimbang perkembangan Ikhwanul Muslimin di Mesir

Sabtu ,26/11/2011 - Sumber-sumber dalaman mendedahkan kebimbangan Zionis Israel akan perkembangan positif dan sokongan rakyat Mesir terhadap Ikhwanul Muslimin terutamanya pada pilihanraya umum yang akan datang. Perkembangan ini boleh menjejaskan hubungan Israel dan Mesir. Pihak tentera Zionis telah meletakkan kumpulan khusus di sempadan Mesir-Israel bagi memantau situasi semasa.
Terdapat juga pandangan yang menyatakan tembok sempadan akan ditutup selamanya.


sumber : PALESTINKINI

Mansuhkan ISA !!!

KERAJAAAN harus Gentleman . Dah mansuh ke belum ? Jangan pergula-gulakan kami.

Jumaat, 25 November 2011

Salam Maal Hijrah

ISTIQOMAH DALAM DIRI ITU PERLU. BANGKITLAH DARI KEIMANAN YANG LENA . UMAT ISLAM MESTI CEMERLANG. SATU FIKRAH, SATU AMAL. SEBAGAI PENUNTUT ILMU ALLAH, MESTI SELALU BERFIKIR DAN MESTI MEMILIKI WAWASAN KEILMUAN DAN KEISLAMAN YANG LUAS. SETIAP URUSAN MESTI DILAKUKAN DENGAN PROFESIONAL, BERSUNGGUH-SUNGGUH, BERKORBAN DAN SERIUS.

Medan Tahrir sekitar 23 November 2011 - 25 november 2011










Ahad, 13 November 2011

Zainab al-Ghazali

Tanggal 3hb August 2005, ummat Islam kehilangan salah seorang pejuang wanita Islam yg paling hebat di zaman ini; Zainab al-Ghazali.

Dilahirkan pada 1917
, Zainab Al Ghazali Al Jubaili merupakan pengasas Jama'at Muslimat . Penubuhan Jama'at Muslimat pada tahun 1937 ini bertujuan untuk memberikan pendidikan kepada wanita-wanita Islam disamping memberi bantuan kepada ahli keluarga yang kehilangan tempat pergantungan setelah ketua keluarga mereka dipenjarakan oleh pemerintah Mesir pada masa itu.

Jumaat, 11 November 2011

Gambar Mike Tyson Pergi Haji

1. Labbaik Allahumma Labbaik:
Kami memenuhi dan akan melaksanakan perintah-Mu ya Allah.

2. Labbaika la syarika laka labbaik:

Tiada sekutu bagi-Mu dan kami insya Allah memenuhi panggilan-Mu.

3. Inna al hamda wa an ni’mata laka wa al mulka la syarika laka:

Sesungguhnya segala pujian, nikmat dan begitu juga kerajaan adalah milik-Mu dan tidak ada sekutu bagi-Mu.

Gambar2 Artis Yang Telah Berhijrah

Gambar2 Artis Yang Telah Berhijrah, Anda Pula Bagaimana?

Ketua Pegawai Ketenteraan Israel : “Mulakan serangan ke atas Gaza!”

Ketua Pegawai Ketenteraan Israel, Benny (Benjamin Gantz, memerintahkan para tentera untuk memulakan serangan tindak balas berperingkat untuk menentang semula serangan dari arah Semenanjung Gaza ke sempadan kawasan Israel, TV Israel melaporkan.

Gantz menyatakan bahawa Israel tidak akan komited tehadap gencatan senjata dengan kumpulan pertahanan di Semenanjung Gaza, dan akan meneruskan untuk menyerang Gaza bagi menghadkan keupayaan kumpulan pertahanan itu. The Jerusalem Post melaporkan di laman sesawangnya pada Isnin malam, bahawa tentera- tentera mestilah sentiasa bersedia untuk pemusnahan dan serangan balas secara mengejut di bahagian kawasan itu, dan pihak Israel mestilah sentiasa memastikan keselamatan dan kesejahteraan negara dan rakyatnya.

sumber: PALESTINKINI

Isnin, 7 November 2011

Petua Daging Cepat Empuk, Cara Potong Daging, Dan Hilangkan Bau Daging


1) Semasa merebus atau memasak daging,masukkan sebatang camca kecil ke dalam periuk. Dipercayai camca ini menyerap lebih haba / kepanasan yang membantu proses melembutkan daging.

2) Anda juga boleh menggunakan satu tin air coca-cola. Perap bersama air coca-cola selama 1 jam.Kebiasaannya perap menggunakan air coca-cola ini di gunakan oleh penjual satey. Sejauhmana kebenaran daging tersebut lembut, saya tidak ketahuinya.

3) Masukkan panadol ke dalam rebusan daging. Petua ini biasa saya dengar diamalkan di majlis kenduri yang biasanya memasak daging dalam jumlah yang banyak. Namun sejauhmana keberkesanannya tidaklah dapat saya pastikan.

Resepi : Bingka Carrot Simple!



Bahan-bahan:

Carrot      : 1 kg
Gula         : 1 cawan
Minyak    : 1 cawan
susu cair : 1 cawan
telur         : 1 biji
tepung     : 2 cawan

Cara-cara :

-Carrot di potong kecil-kecil
-kemudian direbus sehingga empuk
-kemudian dikisar sedikit-sedikit
-kemudian satukan kesemua bahan mengikut peringkat
-kemudian bakar selama 1 jam
-sedia untuk dihidang
-sesuai dihidang ketika minum petang

Kawasan Tobah Ramly - Walidain

Kawasan Rumah Sewa Di Cairo






Kotak kreatif

Kotak kargo selepas di renovate

Membazir amalan syaitan.Gunakan bahan disekeliling dengan kreatif

Rakyat Mesir di tahan berikutan kes di kedutaan Zionis

Sabtu , 05/11/2011 - Pihak kehakiman Mesir telah mendakwa seramai 73 orang rakyat Mesir di sebabkan insiden serangan di kedutaan besar Zionis. Mereka telah dihukum 6 bulan penjara. Kejadian berlaku apabila tentera Zionis di kedutaan itu menyerang rakyat Mesir yang berada di kawasan kedutaan itu. Rakyat Mesir telah mengadakan demonstrasi aman di kawasan itu. Hasil dari kejadian itu, pegawai kedutaan Zionis telah bertindak meninggalkan pejabat kedutaan.

Ekonomi : Negara Perlukan Pemimpin Berakhlak

1. Pengurusan ekonomi amat penting bagi sesebuah negara untuk meletakkan rakyatnya dalam keadaan sejahtera, dan harmoni disamping memacu pembangunan dan kemajuan negara tersebut.

Kejayaan dan kecemerlangan dalam pengurusan ekonomi sangat bergantung kepada keupayaan pengurus dan pentadbirnya. Tentunya nilai tertinggi pada graf keupayaan pengurus dan pentadbir itu ialah akhlaknya selain kemahiran, kreativiti, inovasi dan pengalaman.


2. Seringkali masaalah ekonomi yang dihadapi oleh negara kita bukanlah berpunca dari penurunan kadar bahan mentah atau sumber pendapatan, justeru umum menyedari bahawa negara kita antara negara yang makmur dengan limpahan rezeki kurniaan Allah swt dalam pelbagai kategori seperti pertanian, perlombongan dan sebagainya. Masaalah yang dihadapi dalam pengurusan ekonomi negara ialah ketirisan, salah guna dana negara, pembaziran, rasuah dan penipuan. Inilah masaalah akhlak yang saya maksudkan.

3. Sebagai penyelamat ummah dan tamaddunnya, Nabi kita Muhammad saw telah diutuskan oleh Allah swt dengan membawa nilai akhlak yang tinggi dan sempurna selepas aqidah tauhid. Akhlak ini menjadi prinsip untuk melahirkan insan yang soleh, berintegriti dan seterusnya untuk membentuk sebuah masyarakat baik dan kerajaan yang adil serta telus [ Good Governance ]

Khamis, 3 November 2011

Kenyataan Media YAB Datuk Al-Mursyidul Am PAS : Program Seksualiti Merdeka Perlu Dihalang



  1.  Saya amat terkejut dengan penganjuran program Seksualiti Merdeka yang sedang dirancang oleh beberapa NGO dan individu sebagaimana yang sedang diiklankan melalui laman web http://seksualitimerdeka.org .
  2. Jika program tersebut benar-benar bermatlamatkan untuk mengiktiraf hak sesetengah pihak yang mempunyai kecenderungan seks yang songsang termasuklah golongan gay dan lesbian, ia perlu dicegah dan ditentang. Ini merupakan penghancuran terhadap kehidupan beragama yang kesemuanya mengharamkan amalan homoseks.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails