Template by:
Free Blog Templates

Rabu, 31 Ogos 2011

Ke sini jua akhirnya....

1. Jgn bangga berkulit mulus kerana kulit terakhir kita = TANAH LIAT
2. Jgn bangga dgn rumah besar kerana rumah terakhir kita = KUBUR
3. Jgn bangga dgn baju mahal kerana baju terakhir kita = KAIN KAFAN
4. Jgn bangga dgn kereta&motor besar,kerana kenderaan kita yg terakhir = KERANDA
5. Jgn bangga dgn Minyak wangi berjenama, kerana wangian kita terakhir = KAPUR BARUS.


Egyptian who tore down Israeli flag rewarded

Egyptian who tore down Israeli flag rewarded

Peneroka Yahudi melanggar seorang gadis Palestin

 Seorang peneroka Yahudi telah melanggar seorang kanak-kanak Palestin berusia 12 tahun di Kota Lama Al-Khalil pada malam Isnin lalu, sumber-sumber tempatan melaporkan.

Mereka berkata bahawa Narmin Al-Tamimi telah dilanggar oleh sebuah kereta yang dipandu laju oleh rakyat Israel dan telah dibawa ke hospital di Al-Khalil selepas mengalami kecederaan.

Dalam kejadian berasingan, pasukan tentera Israel teruk memukul rakyat Palestin berusia 30 tahun di satu sekatan jalan raya berhampiran kampung Burqa Isnin lalu semasa beliau dalam perjalanan ke Nablus.

sumber: PALESTINKINI

Selasa, 30 Ogos 2011

Adakah mahasiswa.....

adakah mahasiswa hanya boleh memiliki pendirian yang selaras dengan kehendak parti Umno dan BN sahaja, sehingga apa-apa sahaja pandangan yang bertentangan dengan parti milik pemerintah ini secara automatik dikira salah dan mereka layak dilayan seperti penjenayah?
Adakah mahasiswa yang selalu dicanang sebagai bakal pemimpin masa depan negara hanya layak membisu apabila berhadapan dengan sesuatu isu?
Dalam kata lain, adakah mereka tidak punya hak untuk menyatakan pandangan mereka berkenaan sesuatu isu? Kalau benar mereka adalah bakal pemimpin masa depan negara, bukankah latihan kepimpinan itu perlu bermula sejak dari peringkat universiti?

Mesej Raya Presiden PAS

Assalamualaikum. Bagi pihak Parti Islam Se-Malaysia PAS, saya ingin mengucapkan selamat hari raya kepada seluruh umat Islam, dengan harapan kita telah menyempurnakan ibadah puasa dibulan ramadhan yang menjadi medah tarbiah untuk melahirkan manusia yang bertaqwa. Bukan sekadar kita dapat menunaikan kewajipan berpuasa dan mengisi ibadah lain di bulan ramadhan, tetapi dapat membentuk jatidiri kita bagi melaksanakan taggungjawab sebagai manusia di muka bumi ini.

Begitu juga dengan ibadah puasa yang telah kita laksanakan ini, dapat mendidik kita untuk dekat dengan Allah dengan mentaati Nya laksana malaikat yang taat, seterusnya menjadi manusia yang memiliki kekuatan roh dan jasad yang berbeza dengan binatang.

Selesaikan dengan mudah : error bX-fa9wwp on blogger

Permasalahan ini disebabkan adanya update pada blogger, pemecahannya sangat mudah...

1. Masuk ke http://draft.blogger.com/home dan login menggunakan acoount blogger anda.


2. ganti bahasa default yang anda gunakan saat ini dengan bahasa inggris.



3. Kembalikan bahasa anda



4. Selesai, dan anda dapat login kembali melalui www.blogger.com.
This problem is caused by an update on the blogger, the solution is very easy ... 

1. Sign in to http://draft.blogger.com/home and login using your blogger acoount.  
2. change the default language that you use today with the English language.
3. Restore your language and complete.
4. Done, and you can log back through www.blogger.com.

Rabu, 17 Ogos 2011

Baca, fahami, beritahu mereka yang masih lalai


Baca, fahami, beritahu mereka yang masih lalai...

Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri.

Kongkongan Politik : Sebab Utama Musibah Menimpa Umat Dahulu Dan Sekarang

Musibah pertama yang menimpa umat Islam dalam sejarahnya ialah pengabaian terhadap kaedah syura dan bertukarnya Khilafah Al-Rasyidah kepada sistem beraja yang zalim. Sebahagian sahabat menamakannya sebagai sistem Kisra atau Kaisar. Ini bermakna jangkitan sistem empayar Diktator telah menular kepada umat Islam daripada kerajaan-kerajaan beraja (Monarki) yang dianugerahkan oleh Allah kepada umat ini. Sepatutnya umat Islam menjadikan nasib mereka sebagai pengajaran dan menjauhkan diri dari maksiat dan kekejian yang menjadi sebab runtuhnya kerajaan-kerajaan mereka. Tetapi alangkah sedihnya mereka telah memindahkan perkara paling buruk dalam kehidupan politik mereka iaitu sistem diktator dan sombong di bumi ke dalam negara umat Islam yang sepatutnya dipimpin oleh mereka yang tidak sombong dan tidak melakukan kerosakan di muka bumi.

Apa yang menimpa Islam, umat dan dakwahnya pada zaman moden ini adalah sebahagian daripada hasil penerusan dasar pemerintahan diktator yang menguasai manusia dengan mata pedang dan emasnya (material). Syariat ditangguhkan, sekularisme dipaksakan dan manusia dipaksakan dengan budaya barat menerusi kekerasan dan paksaan serta menggunakan kuku besi sebagai senjata. Dakwah Islamiah dan Gerakan Islam dipukul, para penyeru serta pendokongnya ditangkap dan diburu dengan kejam menerusi pemerintahan diktator pada satu ketika dan ketika  yang lain bertopengkan Demokrasi palsu. Inilah yang diarahkan oleh kuasa yang memusuhi Islam secara terang-terangan ataupun menerusi balik tabir.

Jumaat, 12 Ogos 2011

Negara Berkebajikan: Jahil feqah politik jadi punca


"Negara Berkebajikan bukan Welfare State
 
Orang yang jahil terhadap feqah politik Islam terus menyatakan bahawa Negara Berkebajikan yang ingin dibawa oleh PAS adalah sama dengan pentadbiran kerajaan Malaysia yang ada pada waktu ini.

Malah, kata Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, ada yang menyatakan bahawa Negara Berkebajikan adalah sama dengan istilah welfare state yang diamalkan di negara Britain dan Sweden atau liberal welfare state yang diamalkan di Amerika Syarikat.

Justeru, katanya buku kecil Konsep Asas Negara Berkebajikan perlu lahir untuk memberikan penjelasan bahawa Negara Berkebajikan yang ingin dibangunkan oleh PAS adalah tidak sama dengan negara kebajikan (welfare state) yang difahami oleh kalangan pengamal sains sosial dan sains politik pada waktu ini.

“Apa yang ingin ditekankan dalam buku ini ialah bahawa pemahaman terhadap konsep Negara Berkebajikan perlu bermula dengan memahami makna, dasar, konsep dan cara pelaksanaannya melalui sumber asasi ajaran Islam iaitu al-Quran dan as-Sunnah yang menjadi panduan kepada seluruh agenda PAS mengikut perlembagaannya [Fasal 5(1) dan Fasal 7(1)] dan bukan hanya slogan politik pilihan raya semata-mata,” jelasnya dalam buku tersebut.

Menutup aurat bukan membalut aurat

Wahai Ayah, anakmu tidak akan menjadi sebab dirimu dicampak ke neraka....
Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak mempedulikan anak-anak perempuannya didunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja. Maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.

Duhai lelaki yang bergelar ayah, bagaimanakah hal keadaan anak perempuanmu sekarang?
Adakah kau mengajarnya bersolat? puasa? menutup aurat? pengetahuan agama?

Jika tidak cukup salah satunya, maka bersedialah untuk menjadi bahan bakar neraka jahanam.

Duhai anak-anak perempuan, sanggupkah kita melihat ayah kita menjadi bahan api?

Khamis, 11 Ogos 2011

Wajah Syuhada HAMAS Palestin

Semua menjadi saksi
Atas langkah keberanianmu
Kita juga menjadi saksi
Atas keteguhanmu

Ketika yahudi-yahudi membantaimu
Merah berkesimbah ditanah airmu
Mewangi harum genangan darahmu
Membebaskan bumi jihad palestina

Perjuangan telah kau bayar
Dengan jiwa, syahid dalam cinta-NYA

 Rasulullah saw bersabda:
"Bagi orang yang mati syahid ada 6 keistimewaan iaitu:
diampuni dosanya sejak mulai pertama darahnya meluncur keluar, melihat tempatnya didalam syurga, dilindungi dari azab kubur, dan terjamin keamanannya dari malapetaka besar (Qiamat), merasakan kemanisan iman, dikahwinkan dengan bidadari, dan diperkenankan memeberikan syafa’at bagi 70 orang kerabatnya"
(Hadis Riwayat at-Tirmidzi, Ibnu Majah, dan Ahmad)

Rabu, 10 Ogos 2011

Sahabat muslimahku : Jaga peribadimu!!!!

"Remaja hilang dipercayai dibawa diculik oleh rakan lelaki yg baru dikenalinya melalui laman sosial facebook...oleh itu kepada anak gadis diluar sana sentiasalah berhati-hati dan waspada dgn kenalan facebook anda...semoga anak gadis ini ditemui selamat sama2lah kita berikhtiar..."
dipetik dari facebook Jom tutup aurat dan jaga akhlak








DELUSI KALBUKU BUAT DIRIKU DAN SAHABAT SEMUSLIMAHKU


Assalamualai’kum saudari muslimahku yang dirahmati… Moga barakahNya menyubur mekar dalam kehidupan kita, insyaAllah.

Wanita solehah itulah bidadari cinta yang didambakan oleh penghuni syurga. Tanyalah kepada wanita disekeliling kita, hatta kepada seorang pengemis wanita yang, hati pasti terusik lantas mengiyakan gelaran wanita solehah yang diidamkan. Dangkalnya aqal wanita apabila dipersoalkan mengapa nabi hanya dilantik di kalangan lelaki... aduhai wanita muslimah, kau tetap tidak disisihkanNya. Malah Dia menganugerahkan kepadamu, keistimewaan yang tiada tandingan dengan lelaki. Lihatlah dirimu, carilah keistimewaan itu. Di situlah letaknya kebesaran dan keagunganNya.

Isnin, 8 Ogos 2011

Ustaz Azhar Idrus - Kebodohan wanita dalam berInternet


Jika wanita yang cantik itu ibarat permata maka wanita yang budiman adalah ibarat perbendaharaan kekayaan

Wanita Palestin Gugur Kandungan Selepas Lemas Gas Pemedih

Seorang perempuan Palestin yang mengandung ugur pada Sabtu apabila kanister gas pemedih mata masuk ke dalam rumahnya di bandar lama Al-Khalil.

Sumber tempatan berkata bahawa tentera Israel menembak gas pemedih mata tanpa sebab secara rambang ketika serangan di kejiranan Palestin, dan sebahagian kanister itu terjatuh di rumah wanita itu. Mereka berkata perempuan itu keguguran selepas lemas tersedut gas pemedih mata dan dikejarkan ke hospital untuk rawatan.
Insiden ini menimbulkan kemarahan rakyat Palestin di bandar itu, kata sumber tersebut.


sumber: PALESTINKINI

Sabtu, 6 Ogos 2011

Semangat Badar - Suara Mahasiswa Suara Keramat

  Peristiwa Badar Al-Kubra, yang merupakan peperangan pertama bagi umat Islam. Tanggal 17 Ramadhan tahun 2 Hijrah adalah satu peristiwa yang cukup penting kerana peristiwa tersebut menjadi penentu sama ada yang hak akan berada di atas kebatilan atau yang batil akan berada di atas yang hak.

   Antara semangat Badar yang perlu kita contohi selaku golongan pemuda ialah dua orang tentera Badar Kubra yang dikenali sebagai Muaz Bin Amru r.a(14 tahun) dan Muawwidz bin Afra' r.a(13 tahun).Beliau merupakan yang terlalu muda dikalangan mujahiddin Badar Kubra ketika itu sudahpun mempunyai jiwa juang yang tinggi.Keduanya memiliki semangat yang kental dan bergegas menyertai kaum muslimin yang berangkat menuju ke Lembah Badar.

   Meskipun usia mereka yang masih muda belia, tetapi cita-cita mereka jauh lebih hebat dan lebih besar daripada cita-cita pemuda yang lain, terutamanya jika dibandingkan dengan pemuda dizaman sekarang.

Khamis, 4 Ogos 2011

Rahsia zuhud

Hasan al-Basri ketika ditanya tentang rahsia zuhudnya, dia menjawab:

"Aku tahu rezekiku tidak akan diambil orang lain, kerana itulah kalbuku selalu tenang. Aku tahu amal perbuatanku tidak akan dapat ditunaikan orang lain, kerana itulah aku sibuk mengerjakannya. Aku tahu Allah mengawasiku, kerana itulah aku selalu merasa malu Dia melihatku dalam keadaan maksiat. Aku tahu kematian itu sudah menungguku, kerana itulah aku selalu menambah bekal untuk hari pertemuanku dengan Allah."

Isnin, 1 Ogos 2011

Subhanallah - Indahnya suasana ini



Apabila menghadapai kesulitan & kesusahan, kembalilah kpd Allah melalui SOLAT & SABAR.

"Jadikanlah sabar & solat sebagai penolongmu..." (al-Baqarah: 45).

Ali bin Abi Talib r.a menyatakan keadaan Rasulullah S.A.W, "Pada mlm berlaku perang Badar, semua kami tertidur kecuali Rasulullah, Baginda solat & berdoa sampai pagi."

Jom tadabbur :

Seorang kanak-kanak menangis ketika melihat unggun api terbakar. Lalu khalifah Harun ar-Rasyid bertanya, "Mengapa menangis?" Kanak-kanak itu menjawab,"Aku takutkan api neraka". Khalifah yang adil itu memujuk, "Anak kecil sepertimu tidak akan dimasukkan ke dlm api neraka." Kanak-kanak itu menjawab,"Aku... lihat ketika org menyalakan api, mereka akan memasukkan ranting-ranting kecil dahulu. Setelah ranting kecil itu terbakar, barulah dimasukkan kayu-Kayu yg besar. Aku takut hal yg sama berlaku di neraka kelak. Adakah aku umpama kayu kecil itu?" Mendengar jawapan itu, khalifah turut menangis.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails