Template by:
Free Blog Templates

Sabtu, 28 Mei 2011

Lirik Nasyid Ashabul Kahfi By Raihan

Tercatat sudah dalam sejarah
Tujuh pemuda yang beriman
Melarikan diri kedalam gua
Demi menyelamatkan iman

Disangka tidur hanya sehari
Rupanya 309 tahun
Zaman bertukar beberapa kurun
Di bumi bersejarah Urdhu

Begitulah kuasa Ilahi
Kepada ashabhul kahfi
Tiada mustahil di dunia ini
Jika kita beriman dan bertakwa

Tercatat sudah dalam sejarah
Tujuh pemuda yang beriman
Tulang belulang berserakan
Tulah dari binatang tunggangan
Juga anjing yang dinjanjikan surga
Qitmir yang mulia

Tatajallah Qudratullah
'Ala Fittiatil min Ashabil Kahfi (2 kali)
Laisa fi qaudi muhallun 'alaih
Iza amannaaa...
* (Watta Qaina)

Ucapan Obama mempertaruhkan Amerika

Hamas melalui keterangan dari pemimpinnya, Dr. Ismael Radwan menolak ucapan Presiden Amerika, Barack Obama, dekat Washington berkenaan keselamatan Zionis dan persepakatan Palestin memburukkan lagi keadaan untuk pembaikan, yang disebut Radwan sebagai, “terdesak disebalik fatamorgana Washington yang mahu mempertaruhkan pendirian rapuh Amerika, dan sebaliknya menguatkan lagi kesatuan Palestin.”

Jumaat, 27 Mei 2011

From Egypt's 'Second Revolution' : Video... Photo's... Poster's




27 Mei Revolusi Kedua Mesir

Ribuan rakyat mesir berhimpun di Dataran Tahrir, Kota Cairo untuk melakukan demonstrasi ke atas pemerintahan Mubarak.

Para demontrasi menggelar tunjuk perasaan pada hari ini sebagai "Revolusi Kedua" dan menuntut mempercepatkan proses reformasi demokrasi di Mesir.

Difahamkan juga, demonstrasi yang dilakukan pada hari ini di sekitar Tahrir dan beberapa bandar utama Mesir. Dan pada waktu asar tadi, dihadapan rumah penulis di Mansoura, berlaku demontrasi secara aman.

Khamis, 26 Mei 2011

Burung yang bertamadun!!!

Lihat keseluruhan perjalanan burung bertamadun ini.... Apa yang anda dapat terjemahkan dalam diri anda atau lihat sahaja???


Mubarak dan 2 anaknya di bawa ke mahkamah

Khamis , 26/05/2011 – Pihak tertinggi Mesir hari ini mengarahkan agar bekas presiden, Hosni Mubarak dan 2 orang anaknya di bawa ke mahkamah. Mubarak dan 2 orang anaknya didakwa atas membunuh para demonstran, penyelewangan wang rakyat, terlibat dalam pembelian senjata oleh Zionis-Israel dan menerima komisen ke atas jual beli senjata. Turut didakwa ialah beberapa bekas pimpinan kerajaan Mesir yang terlibat dalam penyalahgunaan kuasa yang menyebabkan kematian para demonstran.


sumber: Palestinkini

Selasa, 24 Mei 2011

Kem Hafazan KEMBALI LAGI di musim cuti sekolah

sila klik iklan gambar untuk paparan yang lebih jelas

Bersempena cuti persekolahan pada hujung Mei 2011, Persatuan Ulama' Malaysia (PUM JOHOR) akan meneruskan tradisi Kem Hafazan dan Khemah motivasi untuk para pelajar berumur 7 tahun sehingga 17 tahun.

Melalui program ini, para pelajar akan dibimbing untuk menghafal surah-surah mengikut kemampuan masing-masing.Sepanjang program dijalankan, para peserta akan dilatih mengikut rutin harian dengan cemerlang.

Sebarang pertanyaan dan pendaftaran, hubungi Us. Halimi ( 013-3450068 )


Jumaat, 20 Mei 2011

Hamas: Pidato Obama Bukti Washington Terus Berpihak kepada Zionis Israel

Damaskus – PIP: Gerakan Perlawanan Islam Hamas menyatakan kecamannya terhadap isi pidato presiden Amerika Barack Obama soal Palestina karena berpihak secara jelas terhadap penjajah Israel dengan mengorbankan hak-hak nasional Palestina. 

Dalam salinan pernyataan tertulis yang diterima oleh Pusat Informasi Palestina hari ini Jumat (20/5) Hamas menegaskan, pidato Obama disampaikan sebagai kristalisasi standar ganda Amerika. “Pada saat Amerika bicara soal hak semua bangsa untuk hidup bebas dan menjaga harga diri, justru negara Adidaya itu melecehkan dan masa bodoh dengan hak-hak bangsa Palestina. Pada saat  yang sama Amerika menegaskan komitmennya menjaga keamanan dan identitas yahudisme negara Israel. Ini berarti, Amerika mendorong penjajah Israel untuk semakin bersemangat dalam menggelar aksi-aksi bodoh dan jahat terhadap bangsa Palestina, serta mendukung politik pembersihan etnis terhadap bansga Palestina di wilayah jajahan tahun 1948.” Tegas Hamas. 

Hamas juga menembahkan, pidato Obama kosong dari hal baru terkait isu Palestina, kecuali hanya fokus kepada sikap Amerika klasik berpihak kepada penjajah Israel. “Ini menunjukkan kebenaran sikap yang diambil Hamas yang berkalo-kali menegaskan bahwa perundingan dengan Israel hanyalah sia-sia dan fatamorgana yang dibuat oleh Washington.” Tukas Hamas. 

Hamas kembali menegaskan

Rabu, 18 Mei 2011

Inilah akibatnya jika mempunyai tanah...

Inilah akibatnya jika mempunyai tanah....


Hamas dan Fatah Sepakat Bentuk Pemerintahan Persatuan

Faksi Palestina Hamas dan Fatah telah menyetujui mekanisme untuk pembentukan pemerintah persatuan menyusul dua hari pembicaraan di antara kedua faksi yang saling bersaing tersebut.

Perundingan diadakan di ibukota Mesir, Kairo, untuk menentukan mekanisme pelaksanaan kesepakatan rekonsiliasi Palestina, kata pernyataan Mesir yang dikeluarkan oleh kantor berita resmi MENA hari Selasa kemarin (17/5).

Dua faksi menandatangani perjanjian kesatuan awal bulan ini dan berjanji untuk mengadakan pemilihan presiden dan legislatif dalam setahun mendatang.

"Pertemuan berlangsung dalam suasana yang positif, di tengah kerjasama dan pengertian dari kedua belah pihak yang mencerminkan keinginan mereka untuk mengakhiri perpecahan mereka secepatnya," kata pernyataan itu.

Bertaruh nyawa rakam imej letusan gunung berapi

IMEJ Skarphedinn Thrainsson dirakamkan di sebuah gunung berapi yang meletuskan lavar.
REYKJAVIK - Seorang jurugambar Iceland, Skarphedinn Thrainsson mempertaruhkan nyawanya untuk merakamkan gambar letusan kawah gunung berapi di seluruh dunia, lapor sebuah akhbar semalam.

Berada dekat dengan aliran lahar mencecah suhu 1,000 darjah Celsius menjadi perkara biasa buat dirinya untuk membuat rakaman gambar letusan gunung berapi yang menakjubkan.

"Anda merasa amat kecil dan lemah apabila berada berhampiran sebuah gunung berapi," kata jurugambar berusia 39 tahun itu yang pernah dihujani abu panas semasa dia merakamkan imej letusan gunung berapi.

Dia pernah merakamkan gambar menakjubkan semasa gunung berapi glasier Eyjafjallajokul di Iceland meletus pada tahun lalu.


sumber: KOSMO

Himpunan Munajat PMRAM sempena Nakbah Palestin

SEMUA DIJEMPUT HADIR

Mubarak akan minta maaf pada rakyat Mesir

KAHERAH 17 Mei - Bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak akan meminta maaf kepada seluruh negara dan memohon pengampunan tidak lama lagi, tiga bulan selepas beliau digulingkan dalam pemberontakan rakyat.

Hasrat Mubarak itu dilaporkan oleh akhbar bebas al-Shorouk, hari ini dengan memetik sumber kerajaan Mesir dan Arab.

"Mubarak sedang merangka sepucuk surat yang akan disiarkan di saluran televisyen Mesir dan Arab, untuk memohon maaf bagi pihak dirinya dan keluarganya atas sebarang kesalahan yang dilakukan terhadap rakyat," lapor al-Shorouk.

TAZKIRAH: WAHAI UMAT QURAN

‘Aqidah dan Wijhah hidupmu menyuruh engkau tampil ke depan, mengkhutbahkan, “Suara Langit” di bumi. Isilah fungsimu dengan kegiatan dan kesungguhan; jalankan Amanat ini dengan segala kepenuhan dan ketekunan. Dunia dan Kemanusiaan menunggu pimpinan dan bimbinganmu. Bumi menantikan “Cahaya Langit” yang mampu menyapu kegelapan. Jaga dan peliharalah jangan sampai “jambatan” ini runtuh, agar hubungan bumi dengan langit tidak patah atau terputus.


(1) Qum, Faanzir !

Bangkit dan berdirilah, susun barisan dan kekuatan,barisan dan kesatuan umat!

Canangkan seruan dan ancaman. Seruan kebenaran dan ancaman kebinasaan jika menolak atau menentang kebenaran. Gemakan sentiasa Kalam Ilahi, kumandangkan selalu suara dan seruan kebenaran. Sampai peringatan ini ke kuping segala Insan! Gempitakan kepada dunia dan kepada manusia ajaran agama Tauhid, ajaran Cita dan Cinta.


Selasa, 17 Mei 2011

Anak Palestin : Biar dunia yang menjawabnya!!!

Gambar Ahmad sebelum tragedi
"kami tak nak berperang, tak nak juga menyerang,pada kami sesiapa memiliki senjata  bererti kematian" kata-kata ini sering diulang si kecil (ahmad) sebelum ia dibunuh oleh Israel Laknatullah
Si kecil ini bernama Ahmad.Si kecil ini merupakan anak lelaki yang paling disayangi dalam keluarganya.Sifatnya yang sering tersenyum membuatkan keluarganya tidak dapat melupakannya.Ahmad seorang anak yang sangat pintar.Setiap mereka yang melihatnya, pasti akan menyukainya.Si kecil ini seorang anak yang sangat aktif dan sangat suka bermain bola sepak.Kakaknya marya, tidak pernah melupakan Ahmad ketika detik saat-saat akhir bersama-sama sebelum adiknya pergi meninggalkannya buat selamanya. Marya sering berkata dia akan tetap menunggu walaupun berada dalam kesulitan, tunggu.... menunggu ... dan terus menunggu... MENUNGGU UNTUK DUNIA MENJAWABNYA...
Gambar Marya sebelum tragedi

Dosa jangan ditambah, Iman jangan ditolak


Isnin, 16 Mei 2011

Lirik dan video Titian Kejayaan

Mengejar kejayaan
Mengharung rintangan
Dengan iringan doa restu
Ayah serta ibu, ku menjejak ilmu

Sedetik yang berlalu

Impianku satu
Gemilang diri, peribadi
Dengan ikrar janji, kata ditepati

Kejayaan diimpikan

Usaha kita perlukan
Kejayaan hasrat kita

Kecemerlangan satu wawasan

Yakini diri tempuh cabaran
Bersama kita buktikan

Zaman berzaman teguh harapan

Semurni impi kita pastikan
Berjaya hingga akhirnya

Kenali Zainab Al-Ghazali

Dilahirkan pada 1917 , Zainab Al Ghazali Al Jubaili merupakan pengasas
Jama'at Muslimat . Penubuhan Jama'at Muslimat pada tahun 1937 ini bertujuan
untuk memberikan pendidikan kepada wanita-wanita Islam disamping memberi
bantuan kepada ahli keluarga yang kehilangan tempat pergantungan setelah
ketua keluarga mereka dipenjarakan oleh pemerintah Mesir pada masa itu.


Dalam tahun 1937 ini juga, Zainab telah bertemu dengan pemimpin Ikhwanul
Muslimin pada masa itu iaitu As Syahid Hassan Al Banna yang sedang cuba
menubuhkan satu cabang khusus untuk muslimat dalam Ikhwanul Muslimin.
Jama'ah Muslimat kemudiannya dijadikan satu cabang dari gerakan Ikhwanul
Muslimin .

The Muslim Ummah

Allah adalah tujuan kami,
Rasulullah teladan kami
Alqur'an pedoman hidup kami,
Jihad adalah jalan juang kami
Mati di jalan Allah adalah
Cita-cita kami tertinggi

Beza muhrim dan mahram

Sering  kita mengungkap perkataan muhrim dan mahram tanpa tahu makna sebenarnya dengan jelas.
 
Di sini saya paparkan makna kedua-duanya.

Muhrim adalah perkataan Arab. Ia membawa maksud orang yang sedang melakukan ihram haji ataupun umrah.Orang ini dilarang melakukan beberapa perkara sepanjang menunaikan kedua-dua ibadat ini sebagaimana yang banyak didperkatakan di dalam kitab-kitab feqah.
 
Mahram pula bermaksud orang yang haram berkahwin dengan kita seperti adik kita, emak mertua kita dan lain-lain.

Ramai orang silap memahami penggunaan perkataan antara muhrim dan mahram. Kadang-kadang mereka mahu menyebut mahram tetapi mereka tersebut perkataan muhrim.

 Dengan penjelasan ini diharapkan masyarakat kita akan faham apa itu muhrim dan apa itu mahram.



sumber: http://halaqah.net

Ahad, 15 Mei 2011

Pidato Haneya:3 Kabar Gembira Tanda Keruntuhan Zionis

Gaza – PIP: Perdana menteri Palestina, Ismael Haneya menegaskan ada tiga tanda keruntuhan Zionis yang semakin dekat, ditengah perubahan kondisi Arab selain ada tiga sentral proyek untuk pembebasan.

Perubahan dan Kabar gembira kemenangan

Haneya yang berpidato dalam acara peringatan hari Nakbah yang mulai digelar sejak shalat shubuh tadi mengatakan, “Saat ini kita sedang memperingati 63 tahun prhara yang menimpa Palestina (Nakbah). Kita pun melihat ada perubahan siginifikan yang menjurus pada keruntuhan proyek Zionis di Palestina serta kemenangan bagi ummat. Tiga tanda-tanda runtuhnya Zionis adalah,

Rekonsiliasi


Salah satu perubahan penting yang menandai runtuhnya Zionis adalah

Stop the blooshed in Palestine

Stop!!
The Bloodshed In Palestine

Boycott Now!!
Stop the killing, stop supporting ISRAEL LAKNATULLAH

Untukmu jiwa-jiwa kami

Palestina Tercinta
by 
Shoutul Harakah
Untukmu jiwa-jiwa kami
Untukmu darah kami
Untukmu jiwa dan darah kami
Wahai Al-Aqsho tercinta

Untukmu jiwa-jiwa kami
Untukmu darah kami
Untukmu jiwa dan darah kami
Wahai Al-Aqsho tercinta

Kami akan berjuang
Demi kebangkitan Islam
Kami rela berkorban
Demi Islam yang mulia

Untukmu, Palestina tercinta
Kami penuhi panggilanmu
Untukmu, Al-Aqsho yang mulia
Kami kan terus bersamamu

Untukmu, Palestina tercinta
Kami penuhi panggilanmu
Untukmu, Al-Aqsho yang mulia
Kami kan terus bersamamu

Kami akan berjuang
Demi kebangkitan Islam
Kami rela berkorban
Demi Islam yang mulia

Gugurnya Syahid Pertama Inifadhah 3

Milad Samir Ayyash
Al-Quds - PIP: Seorang remaja Al-Quds pagi ini Sabtu (14 / 5) gugur syahid akibat luka yang diderita kerana tembakan Israel di kota suci tersebut. Ia menjadi korban syahid pertama dalam aksi Intifada 3 yang mulai meletus sejak kelmarin.

Sumber-sumber perubatan menyebutkan, kanak-kanak bernama Milad Samir Ayyash (14) dari baldah Silwan utara Masjid Al-Aqsa pagi ini gugur syahid di RS Sosial Islam "Al-Maqasid" di kampung At-Thour kerana luka yang dideritanya di bahagian perutnya oleh tembakan Israel dalam baku tembak terakhir Jumaat.

Isteri bekas presiden Mesir ditahan 15 hari

Isteri presiden Mesir Hosni Mubarak, yang digulingkan awal tahun ini, ditahan selama 15 hari bagi membantu siasatan berkaitan dakwaan rasuah, demikian menurut BBC hari ini.

Suzanne Mubarak akan ditahan di penjara Kaherah, lapor BBC yang memetik agensi berita Mesir Mena.

Suzanne, 70, dan suaminya disoal siasat berhubung dakwaan pemilikan kekayaan secara tidak sah.

Hosni yang memegang kuasa selama 30 tahun melepaskan jawatannya Februari ekoran kebangkitan selama beberapa minggu.


sumber: TKO

Sabtu, 14 Mei 2011

Lebih 50 kepingan gambar peristiwa NAKHBA

Satu Manifesto yang wajib kita lihat agar dapat memberi penjelasan dan expresi pada kita semua
WHAT WE'RE SICK!!!!!


Kepingan Lensa : Mereka dipaksa untuk hidup di dalam keadaan yang tidak berperikemanusiaan


Orang Islam Wajib Tahu Peristiwa NAKBA

Peristiwa Nakba yang menimpa Palestin 63 tahun yang lalu harus menjadi pengajaran yang penting bagi umat Islam sedunia.

Tanggal 15 Mei 1948, merupakan tarikh yang harus dipatri ke setiap jiwa-jiwa umat Islam di seluruh pelusuk dunia.Tarikh keramat ini merupakan detik hitam bagi seluruh penduduk asal bumi Palestin, orang Arab dan penduduk dunia Islam secara keseluruhannya.

Tanggal 15 Mei 1948 adalah tarikh bagi penubuhan negara haram Israel di atas bumi Palestin secara rasmmi yang didokongi sepenuhnya oleh  Amerika Syarikat. Tentera Zionis Israel telah melancarkan pembersihan etnik(Etnic Cleaning) iaitu tige per empat populasi daripada rakyat Palestin dihalau keluar dari kediamannya.
Athur Belfour

Sejarah kejatuhan bumi Palestin ke tangan Yahudi bermula apabila Britain melalui

ARAB PRESIDENTS : LOST THE LAST SEASON


ARAB PRESIDENTS : LOST THE LAST SEASON

Himpunan Juta Di Tahrir Sokong Palestin

Peristiwa berdarah: Selamat tinggal memori gelap 13 Mei

Lebih empat dekad peristiwa berdarah 13 Mei 1969 berlalu. Sejak sekian lama, dihantui oleh memori ngeri tragedi hitam tersebut.
Esok genap 41 tahun berlakunya insiden keganasan rusuhan kaum di mana di ibunegara Kuala Lumpur. Dan, mereka yang ditemui Malaysiakini, sekata bahawa sudah tiba masanya untuk mereka melangkah meninggalkan memori hitam itu.

Ahli-ahli politik dari semasa ke semasa menggunakan taktik untuk menakutkan rakyat dengan menyatakan bahawa ancaman seperti rusuhan kaum boleh berulang dan seterusnya menjejaskan perpaduan dan keharmonian negara.

12 Bentuk Penipuan Popular Di Malaysia Tahun 2006

Kuala Lumpur : Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman
mengenal pasti 12 jenis taktik paling popular yang digunakan golongan
penjenayah kolar putih. Dengan jumlah kerugian membabitkan RM16.5 juta
sepanjang tahun lalu, Timbalan Pengarah II (JSJK) Bukit Aman, Datuk
Abdul Razak Ab Ghani, menyifatkan kes jenayah penipuan di Negara ini
membimbangkan, manakala taktik penipuan semakin licik dan canggih.

"Saya ber pendapat sikap tamak masyarakat menjadi punca utama gejala
penipuan terancang sukar dibenteras sepenuhnya,

Biarpun tahap pendidikan rakyat kita membanggakan, namun kerana wang
mereka mudah gelap mata hingga ramai ditipu dengan air liur sahaja.,"
katanya.

Dua belas taktik penipuan paling popular sepanjang 2006 adalah seperti
berikut:

____________ _________ _________ __

1)Taktik: Jual beli tanah
Jumlah kes: 79
Jumlah kerugian: RM4.6 juta


Modus operandi:

Anggota sindiket berpura-pura hendak menjual tanah yang kononnya
berpotensi dijadikan tapak kilang atau tanah pertanian. Harga ditawarkan
lebih murah berbanding harga pasaran, menyebabkan ramai terpengaruh.

Mangsa ditunjukkan geran tanah sebagai bukti dan diminta membuat

Jumaat, 13 Mei 2011

Gambar Penjenayah Simbah Asid - WANTED -

"Perhatian!!! Motor Honda ex5. No WPV 4963 motor suspek simbah acid, got the information thru balai tun razak, please alert everyone for safety of our love one "

Modus operandi  atau Tektik yang dgunakan ialah baling telur untuk kotorkan cermin kereta, kemudian orang dalam kereta akan keluar...dan masa itulah penjenayah ini akan baling asid !! Berhati hati semua !
 Penjenayah Simbah Asid di, Kuala Lumpur!
Kenderaan : Motor honda ex5. No plate : WPV 4963
Acid splasher strikes with new victims

1. March 2 2011- Eight Year 4 and Year 6 pupils and a teacher of SK Bukit Bandaraya in Jalan Bangkung, Bangsar were splashed with a liquid by a motorcyclist clad in black.

2. March 24 2011- Two marketing executives were splashed with acid as they were walking along Jalan Tun Sambanthan at 5.30pm.

Imtihan 2011

Ya Allah,tambahkanlah bagiku rezeki yang banyak lagi halal, imam yang benar, ilmu yang bermanfaat, kesihatan yang elok, kecerdikan yang tinggi, hati yang bersih dan kejayaan yang besar.


Selamat menghadapi imtihan buat sahabat-sahabat yang berada di Perlembahan Nil.

Merancang kerja by Nowserheart

Rancang dengan apa yang ada di tangan
Bukan yang kita angan-angankan
Kita membina cita dan harapan
Bukan mimpi dan igauan

Perancangan perlu diperhati
Agar tertib rapi dan teliti
Matlamat dan caranya selari
Masa pun harus diambil kira

PM Turki: Facebook Produk Teknologi yang Buruk

Perdana Menteri Turki Recep Tayyip Erdogan angkat bicara soal jejaring sosial Facebook. Ia mengatakan, Facebook adalah produk teknologi yang sangat buruk, karena bisa memuat materi-materi tak bermoral yang bisa dilihat oleh semua orang.

"Facebook itu produk teknologi yang buruk. Laman-laman dalam Facebook tidak bagus dan mengerikan," kata Erdogan pada Kamis (12/5) dalam kampanye partainya di Balıkesir. Meski mengecam Facebook, di jejaring sosial itu terdapat laman Erdogan dan tercatat 777.000 orang yang "menyukai" laman Erdogan.


sumber: KOSMO

Rabu, 11 Mei 2011

TAZKIRAH: WAHAI UMAT QURAN

‘Aqidah dan Wijhah hidupmu menyuruh engkau tampil ke depan, mengkhutbahkan, “Suara Langit” di bumi. Isilah fungsimu dengan kegiatan dan kesungguhan; jalankan Amanat ini dengan segala kepenuhan dan ketekunan. Dunia dan Kemanusiaan menunggu pimpinan dan bimbinganmu. Bumi menantikan “Cahaya Langit” yang mampu menyapu kegelapan. Jaga dan peliharalah jangan sampai “jambatan” ini runtuh, agar hubungan bumi dengan langit tidak patah atau terputus.

(1) Qum, Faanzir !
Bangkit dan berdirilah, susun barisan dan kekuatan,barisan dan kesatuan umat!
Canangkan seruan dan ancaman. Seruan kebenaran dan ancaman kebinasaan jika menolak atau menentang kebenaran. Gemakan sentiasa Kalam Ilahi, kumandangkan selalu suara dan seruan kebenaran. Sampai peringatan ini ke kuping segala Insan! Gempitakan kepada dunia dan kepada manusia ajaran agama Tauhid, ajaran Cita dan Cinta.

Selasa, 10 Mei 2011

Tangkap ikan dengan tangan

SEKUMPULAN nelayan menangkap ikan dengan menggunakan tangan di Tasik Xiannv, China baru-baru ini.
TASIK XIANNV, China - Sekumpulan nelayan tidak menggunakan pukat untuk menangkap ikan tetapi hanya menadah tangan bagi mendapat haiwan itu di sini, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Keadaan itu berlaku kerana musim panas yang melanda di wilayah Jiangxi sekali gus menyebabkan paras air menjadi cetek, baru-baru ini.

sumber: KOSMO

Kafarah Puasa

Kafarah yang wajib kerana merosakkan puasa ialah membebaskan seorang hamba yang beriman, lelaki ataupun wanita.Sekiranya dia tidak mendapatinya, ataupun tidak mampu melakukannya, maka dia hendaklah berpuasa dua  bulan berturut-turut. Sekiranya dia tidak mampu juga, maka dia hendaklah memberi makan 60 orang fakir miskin. Bagi setiap orang miskin satu cupak makanan asasi. Sekiranya dia tidak mampu untuk melakukan semua perkara ini, kafarah itu tetap kekal sebagai kewajipan ke atasnya sehingga dia mampu melakukan salah satu daripadanya.

Dalilnya adalah Hadith yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari (1834), Muslim (1111) dan selain daripada mereka daripada Abu Hurairah r.a. katanya :
Sewaktu kami duduk disisi Nabi s.a.w tiba-tiba datang seorang lelaki berkata: "Wahai Rasulullah musnahlah aku". Tanya Baginda: "Kenapa kamu ini?". Jawabnya: "Aku telah berjimak denga isteriku sedangkan aku berpuasa" (dalam satu riwayat, pada bulan puasa). Tanya Baginda s.a.w. : "Apakah kamu memiliki hamba untuk dibebaskan?". Jawabnya: "Tidak". Tanya Baginda s.a.w : "Apakah kamu mampu berpuasa dua bulan berturut-turut?". Jawabnya : "Tidak". Tanya Baginda s.a.w lagi: "Apakah kamu memiliki makanan untuk 60 orang fakir miskin?". Jawabnya: "Tidak". Katanya: Lalu Nabi s.a.w diam sebentar. Sewaktu kami duduk dalam keadaan itu datang seorang yang membawakan kepada Nabi s.a.w satu bekas yang penuh didalamnya buah tamar, Tanya Baginda: "Dimanakah orang yang bertanya tadi?". Jawabnya: "Saya". Sabda Baginda s.a.w : "Ambillah tamar ini dan bersedekahlah dengannya". Kata lelaki ini: "Apakah untuk orang yang lebih fakir daripadaku wahai Rasulullah? Demi Allah tidak ada orang yang duduk di antara dua gunung ini(yang dimaksudkan adalah Madinah) keluarganya yang lebih fakir daripada keluargaku". Lalu Nabi s.a.w tersenyum sehingga nampak  gigi gerahamnya, sabda Baginda s.a.w : "Berilah makan ahli keluargamu".

Para ulama' berkata: Seseorang fakir yang mampu memberi makan, tidak boleh memberikan

15 Mei Aksi “Kembali ke Tanah Air” Menuju Perbatasan Libanon – Palestina

Beirut – PIP: Memperingati “prahara Palestina” (berdirinya Israel 1948) pada 15 Mei ini, sebuah aksi massa damai akan digelar menuju perbatasan Libanon – Palestina bersamaan dengan aksi massa di seluruh dunia Arab yang diperkirakan akan memblokade perbatasan Palestina dan mengepung Israel.
Asosiasi Wartawan kemarin mengumumkan inisiatif yang diambil oleh lembaga, partai, organisasi Libanon dan Palestina untuk menggelar aksi damai menuntut hak kembali pengungsi Palestina ke tanah air mereka. Pengumuman ini dihadiri oleh wakil Hamas, Ali Barkah dan koordinator aksi Hani Sulaiman.
Panitia Persiapan aksi ini, Khalid Zaidan membacakan pernyataan politik bahwa “aksi unjuk rasa damai menuntut hak kembali ini” bersamaan dengan aksi massa yang digelar di seluruh dunia dalam memperingati prahara pencaplokan Israel terhadap Palestina untuk menegaskan hak mereka untuk kembali ke wilayah Palestina secara keseluruhan. 

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails