Template by:
Free Blog Templates

Khamis, 27 Januari 2011

BANNED : Facebook dan Twitter

Antara pencetus kebangkitan rakyat dua negara ini di genggami INTERNET.Sumber utama seperti laman Twitter dan Facebook menjadi metode utama untuk melaungkan suara rakyat dan ahli muzaharat (demontrasi)




p/s : Patutlah tadi saya buka FB  tak boleh. Rupanya telah pun di banned.Sejauh  mana mereka banned.Nampak nya laman-laman ini telah memakan tuannya.

Gambar para demonstran ANGER IN EGYPT setiap muhafazah


Gambar para demonstran ANGER IN EGYPT   di Tanta, Tahrir, Damanhur, Doki,Alexanderia, Mansoura,Shoubra dan Fayyoum 

p/s : Bagi sahabat-sahabat di Egypt, boleh copy paste gambar ni tanpa perlu meminta izin dari saya. Sebarkan untuk keselamatan kita bersama.

MANIPULATED STORIES

Knowledge is power and the more you know the easier your mind will be free from the MANIPULATED STORIES THAT WILL be repeated ad nauseum later

Putra Hosni Mubarak larikan diri??

Kaherah, 26 Januari: Gamal Mubarak, Putra Presiden Mesir Hosni Mubarak yang dianggap sebagai penggantinya telah melarikan diri ke Britain bersama keluarganya, Webiste Akhbar al-Arab melaporkan.



sumber : http://www.freerepublic.com/focus/f-news/2663729/posts

Tunisia : Gambar Bouzizi membakar dirinya

Aksi Bouazizi telah menjadi pencetus ilham bagi negara-negara jiran. Selama 15-18 Januari 2011, sudah 10 orang membakar diri sebagai bentuk protes kepada pemerintah. Mereka berasal dari Mesir, Aljazair dan Mauritania. Dua orang dilaporkan tewas, sisanya dalam keadaan kritis.

Video pemuda berani semasa demontrasi di Egypt



Perhatikan video seorang pemuda yang begitu berani ketika demonstrasi di Mesir baru-baru ini.Trak penyembur air terkena tepat pada mata pemuda tersebut.Rakyat mula menuntut kebenaran.Terima kasih Mohamed Bouazizi,Tunisia kerana membuka mata dunia.Kini rakyat Mesir pula bangkit setelah sekian lama ditindas oleh kerajaan boneka Amerika iaitu pimpinan Husni Mubarak.Bagaimana dengan Malaysia???

Jumaat, 21 Januari 2011

Amalan manakah yang Allah terima?

Amalan manakah yang Allah terima?
".Seperti biasa selesai majlis ilmu, si penceramah akan turut serta membantu petugas2 majlis mengemas kembali dewan majlis. Ketika beliau sedang menyusun kerusi, seorang petugas menghampiri beliau sambil berkata "Tuan, biarkan saja kami yg melakukannya kerana tuan masih penat berceramah tadi". Dengan senyum beliau menjawab, "Tidak mengapa, walaupun aku yg menyampaikan ilmu tetapi aku khuatir amalan manakah yg Allah terima dariku, sama ada kerana aku menyampaikan ilmu atau kerana aku menyusun kerusi2 ini" assyahid Imam Hasan al-Banna

Khamis, 20 Januari 2011

Resepi Tau Fu Fa paling simple

Kandungan kacang soya dalam taufu fa banyak mengandungi protein yang berfungsi sebagai zat pembangun tubuh. Ia baik untuk perkembangan sel-sel otak pada kanak-kanak. Protein kacang soya juga menyihatkan tubuh, meningkatkan stamina dan penghasilan sel tubuh yang baik.

Bagi sahabat yang belajar di Egypt, kebanyakan dari sahabat, pasti rindukan makan Tau fu fa seperti di Malaysia.Saya ada cara mudah untuk membuat Tau fu fa yang dapat saya perolehi di laman internet. Hasilnya sama macam Tau fu fa sebenar.Mengikut resepi yang disediakan, sahabat boleh gantikan air gula merah dengan asal iswid , agar-agar pula boleh diganti dengan geletin beli athor atau supermarket.Ada dua jenis geletin, serbuk atau jenis berkeping.

Agar-agar Tau fu fa

Bahan-bahan:
- 500ml tanpa gula Air soya Beans

- 10ml + 2 sudu besar air panas Agar-agar kering / Geletin

- gula merah / gula perang secukupnya

CARA-CARA:

- Masak agar-agar dengan air soya bean, masukkan gula dan kacau sehingga sebati dengan api yang sederhana.

- Sejukkan sebentar dan boleh lah tuang di dalam bekas, sejukkan di dalam freez.Apabila hendak makan, ambil sesudu demi sesudu letak  di dalam mangkuk dan

Hadith berkaitan jangan saling membenci


Rasulullah s.a.w bersabda: Janganlah kamu benci membenci, dengki mendengki dan sindir menyindir. Jadilah kamu hamba-hamba Allah yang bersaudara. [Bukhari & Muslim]

Sesungguhnya persaudaraan Islam terbit dari ketinggian akhlak, sementara tafarruq (perselisihan) merupakan akibat dari rendahnya akhlak. Akhlak yang bagus membuahkan rasa saling cinta, saling sayang, dan saling memberikan manfaat. Kerana it...u, cinta melahirkan ukhuwah. Ukhuwah yang telah digambarkan secara mengharukan oleh Bilal, Amar dan Zaid, atau Umar, Ali dan Usman, yang bersanding dan bercinta kerana Allah. Kasih sayang di antara mereka merupakan gambaran janin ukhuwah yang dikandung dalam perut iman, dan terlahir dari ibu yang bernama iman.

Jauh lebih baik

“Sepotong roti kering yang engkau makan di kala sihat. Secawan air sejuk yang engkau minum dengan hati bersih. Sebuah rumah sempit yang engkau huni dengan lapang dada, serta sebuah mushaf (Al-Quran) di tangan yang sentiasa engkau telaah lalu diamalkan isinya… Jauh lebih baik daripada tinggal di sebuah istana yang megah, namun setelah itu engkau dicampakkan ke dalam neraka Hamiah.”

Di sini ( dunia ) kita menanam
Di sana ( akhirat ) kita menuai

Bertarung nyawa daki air terjun beku


MENGGUNAKAN alat pendakian, Christian Pondella mendaki air terjun beku di Eidfjord, Norway, baru-baru ini. 
 
EIDFJORD, Norway - Dua pendaki sanggup bertarung nyawa untuk mendaki air terjun yang menjadi ais di sini yang menjadi beku akibat cuaca amat sejuk, lapor sebuah akhbar semalam.

Mereka sanggup bertarung nyawa mendaki air terjun yang setinggi 198.12 meter itu.
Seorang jurugambar, Christian Pondella dari California dan Will Gadd mendaki air terjun beku itu baru-baru ini.

"Air terjun itu amat cantik menyebabkan saya menghabiskan banyak

Rabu, 19 Januari 2011

Pendaratan Di Bulan Oleh Angkasawan USA Satu Penipuan?

LONDON - Hampir 40 tahun selepas angkasawan Amerika Syarikat (AS), Neil Armstrong menjejakkan kaki ke bulan, kesangsian berhubung peristiwa bersejarah itu semakin hangat diperkatakan, lapor sebuah akhbar.

Sebahagian besar orang percaya bahawa pendaratan di bulan merupakan satu penipuan terbesar dalam sejarah manusia. Siaran televisyen yang menunjukkan

Penjara setahun atas remaja 15 tahun

Sebuah mahkamah Israel pada hari Ahad menghukum penjara satu tahun seorang remaja laki-laki Palestin berumur 15 tahun di Baitulmuqaddis kerana melempar batu ke arah polis penjajah Israel. 

Sumber-sumber tempatan berkata bahawa Hakim Mahkamah di Maskobeh menolak permintaan peguam Motez Al-Rajabi, dari bandar Silwan di Baitulmuqaddis dijajah, untuk membebaskannya dengan jaminan. Sumber mengatakan bahawa tuduhan anak itu melempar batu ke arah polis Israel akibat gangguan terbaru di Silwan. Puluhan anak-anak Jerusalem telah dihumban ke dalam penjara Israel pada 2010 untuk sebab yang sama.



sumber: PALESTINKINI

Isnin, 17 Januari 2011

Apakah itu al-Wahn?

Diriwayatkan daripada Thauban r.a., bahawa Rasulullah SAW bersabda, yang bermaksud:

"Setelah aku wafat, setelah lama aku tinggalkan, umat Islam akan lemah. Di atas kelemahan itu, orang kafir akan menindas mereka bagai orang yang menghadapi piring dan mengajak orang lain makan bersama."

Maka para sahabat r.a. pun bertanya, "Apakah ketika itu umat Islam telah lemah dan musuh sangat kuat?"

Sabda Baginda SAW: "Bahkan masa itu mereka lebih ramai tetapi tidak berguna, tidak bererti dan tidak menakutkan musuh. Mereka adalah ibarat buih di laut."

Sahabat bertanya lagi, "Mengapa seramai itu tetapi seperti buih di laut?"

Jawab Rasulullah SAW, "Kerana ada dua penyakit, iaitu mereka ditimpa penyakit al-Wahn."

Sahabat bertanya lagi, "Apakah itu al-Wahn?"

Rasulullah SAW bersabda: "Cintakan dunia dan takut akan kematian."

Rabu, 12 Januari 2011

43rd Cairo International Book Fair

Tarikh
26 Januari 2011- 6 Februari 2011

Jam
9.00 pagi - 7.00 petang

Lokasi
Cairo International Conference Centre ( CICC )
Kaherah, Mesir (Tahun ini tidak di adakan di tapak Maarad)

Tetamu kehormatan : China
=========================================

Cairo International Book Fair (CIBF) atau lebih dikenali dikalangan student di Egypt sebagai Maarad Kutub merupakan Pameran yang terbesar bagi masyarakat di wilayah Arab dan di Benua Afrika. Pameran ini dianggap sebagai sebuah tempat pertemuan penting bagi golongan penerbit, penulis, penterjemah  serta pengedar buku/kitab yang datang dari negara-negara Arab.

Pameran Kitab ini diadakan pada setiap tahun.Statistik yang

15 Januari : Kelahiran Wikipedia

Wikipedia merupakan sebuah projek untuk menghasilkan ensiklopedia kandungan bebas yang boleh disunting oleh sesiapa jua. Dimulakan secara rasmi pada 15 Januari 2001 sebagai pelengkap untuk Nupedia, sebuah projek yang serupa tetapi ditulis oleh pakar-pakar.

Wikipedia telah bertumbuh dengan begitu pesat sehingga menjadi sebuah projek sejagat dan menyebabkan penamatan Nupedia. 

Pada tahun 2006, Wikipedia mengandungi berjuta-juta rencana dan halaman yang disumbang oleh beratus-ratus ribu penyumbang dari seluruh dunia.

Selasa, 11 Januari 2011

Umrah Tarbawi: Daftar Segera sebelum 31 Jan 11

Insyaallah, 11 - 22 Mac akan dilangsungkan Umrah Tarbawi anjuran Akademi Tarbiyah Pemuda dan Lajnah Ekonomi Dewan Pemuda PAS Malaysia dengan kerjasama Al Quds Travel Sdn Bhd.

Ianya adalah aktiviti julung kali dianjurkan oleh DPP Malaysia ke arah mencapai objektif berikut :

    * Memantapkan tahap taqarrub [dekat diri] kepada Allah
    * Membina kekentalan spiritual [ ruhani ]
    * Menjernih fikrah Islami [ pemikiran Islam ]
    * Menghayati seerah perjuangan Rasulullah saw
    * Menunaikan kewajipan umrah

Pimpinan DPP Malaysia yang akan memimpin Umrah Tarbawi 2011 ini ialah :

    * Ustaz Nasrudin bin Hassan at Tantawi
    * Ustaz Azman Shapawi bin Abd Rani
    * Ustaz Nik Abduh bin Nik Abdul Aziz

[ dan beberapa tokoh ulama' dan pimpinan PAS Pusat yang akan

Apa nak jadi New York ??? Ini trend pun ada ka???

NEW YORK - Ratusan penduduk di bandar ini tidak memakai seluar panjang dan skirt petang kelmarin semasa menaiki tren bawah tanah walaupun dalam suhu yang sejuk.

Mereka cuma memakai seluar dalam dan seluar pendek selain pelbagai jenis baju bagi meraikan ulang tahun ke-10 hari menaiki tren tanpa memakai seluar panjang.
SEJUMLAH orang mengambil bahagian dalam hari tanpa seluar panjang di New York

Terdapat seorang lelaki yang memakai baju kot dan bertali leher tetapi cuma berseluar pendek manakala sebahagian wanita hanya memakai seluar dalam pelbagai warna.

Trend itu bermula pada 2002 apabila

Isnin, 10 Januari 2011

Kelebihan Epal hijau

Amalan memakan sebiji epal hijau setiap hari sememangnya digalakkan. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan. Ini kerana ia bukan sekadar mempunyai pelbagai khasiat malahan ia juga mampu mengurangkan kadar kolesterol dalam badan.

Epal hijau mengandungi zat besi, magnesium, potasium, kalsium, soldium, vitamin C, vitamin A dan vitamin B serta merupakan sumber serat yang mudah larut. Kita digalakkan memakan epal bersama dengan kulitnya kerana sebahagian kandungan vitamin C terletak di bawah kulitnya.

Epal hijau boleh membantu mencegah:

    * Pembinaan kolesterol dalam dinding salur darah.
    * Mengurangkan risiko penyakit jantung.
    * Membantu kesihatan membran paru-paru.
    * Membantu kesihatan tulang dengan menambah bahan kimia (boron) pada mineral tulang.
    * Membantu kesihatan sistem kardiovaskular dengan mengekalkan tahap kolesterol darah.
    * Membantu mengekalkan berat badan.
    * Mengurangkan tekanan penyakit asma.
    * Mengurangkan risiko barah.

Bagi mereka yang mempunyai masalah sembelit atau

Ehud Barak : Kamu adalah Pembunuh kanak-kanak

Seorang pemuda Palestin memotong ucapan di Universiti Tel Aviv oleh Ehud Barak sambil memanggil Menteri Perang Israel itu pembunuh kanak-kanak.

Barak sedang memberi ucapan tentang Iran dan situasi politik di Timur Tengah di hadapan pegawai akademik dan ketenteraan daripada Israel dan luar negara semasa dia diganggu dengan banyaknya oleh peserta demonstrasi menentang polisi Israel terhadap penduduk Palestin.

Peserta demonstrasi mengangkat imej penduduk Palestin yang terbunuh dan cedera pada perang Gaza yang berlangsung pada akhir 2008 sehingga 2009, dan menjerit kepada Barak: “Kamu ialah pembunuh kanak-kanak Palestin dan penipu! Kamu hanya mencuba untuk

Biarkan video yg meluahkan : Awan Lindungi Pesawat Ustaz Fadhil Noor

 

Kehebatan ulama' tersebut sehinggakan di dalam perjalanan terakhir beliau ke alam barzakh pun masih lagi "berdakwah" sehinggakan Pilot terbabit dengan izin Allah memeluk Islam.

Jumaat, 7 Januari 2011

And who is next?

Someone asked the Prophet (PBUH) :"who deserves my service most after Allah? The Prophet said: "Your mother." The person asked again: "And who is next?" The Prophet said: "Your mother" The person asked futher. "And who is next?" The Prophet replied "your mother" The man asked once more, "And who next?" The Prophet (PBUH) said: "your father"

Khamis, 6 Januari 2011

Jentera PAS perlu Berakhlak , Bermaklumat



"Salah satu unsur yang menyebabkan ketidakmenangan sesuatu perjuangan itu apabila maksiat itu dilakukan oleh kita yang bejuang di atas jalan untuk menegakkan kebenaran"

Bahasa Arab akan Diusahakan Menjadi Bahasa Nasional di Turki

Dr. Muhammad Adl, presiden komuniti Arab-Turki untuk Kebudayaan, Ilmu pengetahun dan Seni (Tasca), dalam pernyataannya mengatakan bahawa lembaganya akan berupaya untuk Bahasa Arab diterima sebagai bahasa rasmi di Turki dalam masa 10 tahun akan datang.

Kenyataan tersebut disampaikan Adl selama simposium yang diadakan oleh Majlis Dunia Psikiatri Islam di Kaherah.

"Tasca yang merupakan salah satu lembaga dari komuniti masyarakat di Ankara, sedang mencari

Rabu, 5 Januari 2011

Genggam Diploma pada usia 78 tahun

USIA sudah meningkat dan bersara bukan penghalang seseorang meneruskan keinginan menimba ilmu, sekali gus membuktikan jika ada kemahuan, kejayaan boleh dicapai meskipun kelihatan mustahil.
Itulah yang dibuktikan pesara kerajaan Mohamed Hasan, 78, yang sanggup mengorbankan waktu lapangnya untuk meneruskan pengajian di Pusat Berterusan Universiti Malaya (UMCCed).

Meskipun kelihatan payah kerana faktor usia dan kesihatan, beliau yang mengambil Diploma Eksekutif Kaunseling dan berasal dari Kuala Lumpur ini tidak pernah patah semangat demi memastikan impiannya tercapai.
"Usia hanya angka dan tidak sesekali mematahkan semangat saya untuk

Selasa, 4 Januari 2011

SAFAR : Peristiwa dalam Islam Dan Amalan Khurafat

Bulan Safar adalah bulan kedua mengikut perkiraan kalendar Islam yang berdasarkan tahun Qamariah (perkiraan bulan mengelilingi bumi). Safar ertinya kosong. Dinamakan Safar kerana dalam bulan ini orang-orang Arab sering meninggalkan rumah mereka menjadi kosong kerana melakukan serangan dan menuntut pembalasan ke atas musuh-musuh mereka. Antara peristiwa-peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam pada bulan ini ialah Peperangan Al-Abwa pada tahun kedua Hijrah, Peperangan Zi-Amin, tahun ketiga Hijrah dan Peperangan Ar-Raji (Bi'ru Ma'unah) pada tahun keempat Hijrah.

Di dalam bulan ini juga ada di kalangan umat Islam mengambil kesempatan melakukan perkara-perkara bidaah dan khurafat yang bertentangan dengan syariat Islam. Ini kerana menurut kepercayaan turun-temurun sesetengah orang Islam yang jahil, bulan Safar ini merupakan bulan turunnya bala bencana dan mala- petaka khususnya pada hari Rabu minggu terakhir. Oleh sebab itu setiap tahun mereka akan melakukan amalan-amalan karut sebagai cara untuk menolak bala yang dipercayai mereka itu.

Antara amalan khurafat yang pernah muncul di alam Melayu ialah

Gerhana matahari separa di Asia Barat dan Eropah

GERHANA matahari separa yang dapat dilihat di Gaza semalam.  
 
Langit musim sejuk bertukar menjadi gelap di Switzerland kerana fenomena gerhana matahari separa yang bermula di Asia Barat dan melitupi hampir seluruh Eropah pada pagi semalam.

Sebuah akhbar melaporkan, keadaan di bandar raya ini menjadi gelap seperti senja semasa orang ramai berpusu-pusu keluar dari tren dan bas untuk ke tempat kerja.

Gerhana itu dapat dilihat dengan jelas di Geneva dan beberapa kota lain di Switzerland menjelang pertengahan waktu pagi sebelum langit beransur cerah.

Gerhana itu buat pertama kalinya dilihat adalah di langit Baitulmuqaddis manakala gerhana

Isnin, 3 Januari 2011

Statistik di seluruh Dunia

Menurut statistik, sekurang-kurangnya terdapat 963 juta orang kelaparan setiap malam, hampir satu billion orang hidup setinggan, seorang wanita mati setiap minit akibat kompilasi kandungan, 1.3 billion orang tiada kemudahan asas kesihatan, dan 2.5 billion orang tiada kemudahan sanitasi yang baik.  Dan 20 ribu kanak-kanak mati sebagai kesannya - di seluruh dunia

Ahad, 2 Januari 2011

2010: Jumlah penduduk Yahudi lebih ramai dari jumlah penduduk Palestin

Biro Pusat Statistik Palestina (PCB) menyatakan bahwa jumlah rakyat Palestina yang hidup dalam diaspora (menyebar di berbaagai wilayah) pada akhir tahun 2010 adalah 11 juta.

Distribusi rakyat Palestina menurut laporan tersebut adalah sebagai berikut: 4,1 juta warga Palestina di wilayah Palestina yang diduduki (2,5 juta berada di Tepi Barat dan 1,6 juta di Gaza), 1,4 juta warga Palestina di Palestina yang diduduki 1948, 5 di negara-negara Arab dan 600 ribu di negara-negara lain.
Laporan tersebut juga menyatakan bahwa

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails