Template by:
Free Blog Templates

Sabtu, 27 November 2010

Maafkan kami Ya Rasulullah


Bayangkan…,
Apabila Rasulullah SAW dengan diizinkan Allah tiba-tiba muncul mengetuk pintu rumah kita........
Beliau datang dengan tersenyum dan muka bersih di muka pintu rumah kita, Apa yang akan kita lakukan? Mestinya kita akan amat sangat berbahagia, memeluk Beliau erat-erat dan lantas mmpersilakan Beliau masuk ke Ruang tamu kita. Kemudian kita tentunya akan meminta dengan  agar Rasulullah SAW sudi menginap beberapa hari di rumah kita.
Beliau tentu tersenyum........

Tapi barangkali kita meminta pula Rasulullah SAW menunggu sebentar di depan pintu kerana kita teringat akan lukisan ‘wanita tidak menutup aurat’ yang kita gantung di dinding ruang tamu, sehingga kita terpaksa juga memindahkannya ke belakang secara tergesa-gesa. Barangkali kita akan
memindahkan Frame kaligrafi  Allah dan Muhammad yang ada di sudut tepi bilik dan meletakkannya di ruang tamu.
Beliau tentu tersenyum......

Atau barangkali kita teringat Video, CD, dan koleksi filem yang

Video ini mesti lihat


Ya Allah....menitis air mata tatkala setiap kali melihat video ini,betapa tingginya pengorbanan Rasululllah saw.Memang jauh beza pengorbanan Rasululullah saw berbanding umat mutakhir ini.

Klip Video ini adalah dari filem 'The Message' (Tahun: 1976), lakonan Anthony Quinn (sbg Hamza) dan Irene Papas (sbg Hind).Hayati video ini agar bertambah lagi kecintaan kita kepada Allah dan Rasulullah saw.



p/s : kepada sesiapa yang perlukan transfer di email kalian, sila berikan email anda, insyaAllah saya akan cuba send.Mohon sebarkan kepada semua.

Jumaat, 26 November 2010

Kutip Knowledge : Kenali Tokoh Tokoh Islam


Ibn Al-Nafis
Nama : Alauddin Abu Al Hassan
Gelaran : Ibn Al Nafis
Tarikh Lahir : 607 Hijrah / 1210 Masihi
Sumbangan : Menemui sistem peredaran darah manusia

Ibn Rushd
Nama : Ibn Rushd
Gelaran : Dikenali sebagai Averoes dikalangan ilmuan barat
Meninggal dunia : 1198 di Magribi
Sumbangan : Penulis Ilmu Pengetahuan Feqah, Kedoktoran, Logik, Fizik,Biologi.

Ibn Khaldun

Nama : Wali Al Din Abd Bin Muhammad
Gelaran : Ibn Khaldun
Tarikh Lahir : 27 Mei 1332 Masihi,Tunisia
Meninggal Dunia : 19 Mac 1406 Masihi, Kaherah
Sumbangan : Bapa Sosiologi Islam, Falsafah Islam.

Abu Qasim

Nama : Abu Al Qasim Khalaf Ibn Al Abbas
Gelaran : Abu Qasim
Tarikh Lahir : 936 Masihi
Meninggal dunia : 1013 Masihi
Sumbangan : Pakar Bedah Moden

Ibn Yunus
Nama : Abu Al Hassan Ali Ibnu Abdur Rahman
Gelaran : Ibn Yunus
Asal : Kaherah
Tarikh Lahir : 348 Hijrah / 358 Masihi
Meninggal dunia : 399 Hijrah / 1009 Masihi
Sumbangan : Tokoh ilmu kaji cuaca

Kata-kata Mantan PM Britain (1808-1898)

William Ewart Gladstone (1808-1898) Mantan PM Britain pada zaman Victoria " Selagi mereka (umat Islam) berpegang dengan Kitab ini , selama itulah mereka bangkit dan kita tidak dapat menundukkan mereka.Oleh itu pisahkan mereka dari kitab ini " . (ucapan beliau sambil mengangkat Al-Quran dalm Parlimen Britain ketika membincangkan penentangan umat Islam terhadap penjajahan)





p/s : BACA AL QURAN.... BACA AL QURAN..... BACA AL QURAN..... 


Israel luluskan bangunkan Dataran Buraq


 Antara Perancangan penghapusan Identiti Islam di Masjid Al Aqsa!!!

Rabu, 24/11/2010 – Menteri Hal-Ehwal Agama Palestin di Gaza, Dr. Talib Abu Sha’ar memberi amaran bahawa projek bernilai NIS 85 yang diluluskan Israel minggu ini untuk membangunkan Dataran Buraq Masjid Aqsa (dikenali sebagai Tembok Meratap bagi kaum Yahudi) adalah bertujuan memadamkan sejarah Islam di wilayah itu.

Belanjawan yang diperuntukkan untuk pembinaan dan

Khamis, 25 November 2010

Komite Fatwa Al-Azhar: Ikut Pemilu Sama dengan "Fi Sabilillah"

Ketua komite fatwa Al-Azhar menyatakan bahwa berpartisipasi dalam pemilu merupakan "kewajiban agama" dan tidak ikut berpartisipasi dalam kegiatan tersebut berdosa secara hukum Islam. Mesir akan memulai pemilu parlemen pada 28 November pekan depan dan beberapa kekuatan oposisi telah siap terjun dalam arena pemilu tersebut.

Syaikh Marzouk Syahat, ketua komite fatwa Al-Azhar dalam fatwa singkatnya mengatakan bahwa "seseorang yang keluar dari rumahnya, berniat untuk berpartisipasi dalam pemilu, ia berada di jalan Allah sampai dia kembali," seperti yang dilaporkan situs berita Mesir.

Fatwa ini meruapakan fatwa yang terbaru dalam

Khamis, 18 November 2010

Tragedi berdarah Memali

makam syuhada memali
Baling terus melakar nama dengan berlakunya peristiwa Memali pada 19 November 1985, peristiwa pembunuhan yang tragis, tanpa mendapat keadilan daripada sistem perundangan yang ada, darah yang yang tumpah seolah darah kerbau tanpa nilai.

Dalam sejarah perjuangan melawan ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri) Ibrahim Mahmud (yang dikenali dengan nama Ibrahim Libya) dan penduduk kampung Memali adalah antara mereka yang paling berani – dengan keras menentang penahanan tanpa bicara hingga derita raga dan jiwa serta terkorban kehilangan nyawa mereka. Maka pergilah mereka meninggalkan kita sebagai syuhada dan pengorbanan yang cukup besar sekali.

Salah seorang tenaga pengajarnya telah

Ahad, 14 November 2010

::|| MESTI BACA : SMS yang menakutkan dari seorang lelaki ||::

Satu lagi pembacaan saya yang membuatkan saya tersentak. SMS ini memang sengaja ditulis dengan penulisan seorang lelaki. Ceritanya memperlihatkan bagaimana seorang muslimat di'rosak' dengan mudah hanya dengan kata-kata manis! Wahai sahabat-sahabatku... Moga Allah peliharamu daripada semua ini...


**********************************************************************


1. salam. Blh sy kenal awk? Sy tertarik dgn prwatakan sopan awk. Dah lama sy prhatikn awk. Awk dak baik n sy trtarik la dgn tudung labuh awk. Sy harap kite bleh brkenalan.. ukhuwah fillah org kate..sy x terer sgt arab ni…

2. Trima kasih krn mnerima sy. Sy akan try sedaya upaya sy mnjaga awk dan mgikut syariat. Sy tau sy bukan baik sgt, tp demi Allah, sy cuba buat yg trbaik utk awk…

3. Ingat tau, jaga aurat leklok..jgn bagi org lain nmpk..kuar ngan kwn2 tau.. jgn sorg2..blk contact sy ek..sy doakan awk selalu..

4. awak,nape x contact sy. Sy risau awk kuar lama2..ye..mmg sy xde hak pun..sy tau sy percaye awk, tp sy x tau la nk kate cmne. Kite slalu nmpk dari jauh je ek.Tp sy rasa awk mcm dkt je ngan sy. Mgkn ni org kate cinta kot, wak..awk cinta sy x? xnk bgtau.. tp sy tau awk cinta sy..awk da malu nk jln tmpt sy lepak sbb malukan?..kih3. .tq.. i love u too..

5. Wak,selain family, Allah dan rasulnyer.. awk sayang sape ek? Sape saya dlm hati awk?

6. Wak wak..dr kawan kite just pggl sy awk je..mcm x special plk diri sy utk

Khamis, 11 November 2010

::||PENTING : Arak alaf baru dan Cara kesan kulit babi di kasut ||::

Jolly Shandy : Arak Alaf Baru yang mengelirukan!!

    * Beer type : Beer mix


    * Alcohol by volume (ABV) : 1%


    * Produced by : Carlsberg Malaysia


    * Available since :  2007




PERHATIAN SEMUA!!! Carlsberg baru sahaja mengeluarkan dua produk minuman tin terbarunya bernama JOLLY SHANDY berperisa LEMON dan ORANGE .

Malah corak dan warna tin minuman tersebut seolah2 sama seperti

Rabu, 10 November 2010

::|| Syukran ||::

sahabat yang menunjukkan kebaikan kepadamu adalah sahabat yang baik....
dan...sahabat yang menunjukkan keburukanmu adalah sahabat yang paling baik....

::|| 7 Kunci kejayaan orang yang berjaya ||::

 

7 kunci kejayaan orang yang berjaya

ANDA INGIN JADI ORANG YANG BERJAYA?

apakah anda penakut?
apakah anda pemalas?
apakah anda orang pesimis?
apakah anda takut gagal?

Orang sukses adalah orang yang terus mencuba, meskipun telah mengalami banyak kegagalan.
Ia memandang kehidupan sebagai peluang untuk mencapai kejayaan.
Bagaimana dan mengapa mereka boleh menjadi teratas di bidang masing-masing, dari sukan, pendidikan, hingga ke perniagaan.

Apa sebenarnya yang mereka ketahui dan

Selasa, 9 November 2010

::|| BLoGgEr MeNGaKu "TuHaN" DiTaNgKaP Di tEBiNg BaRaT ||::

Penduduk sebuah bandar konservatif di wilayah utara Tebing Barat terkejut ketika pasukan keselamatan menahan seorang blogger kontroversial yang postingannya di Facebook telah menimbulkan kemarahan umat Islam.

Sebuah sumber petinggi di badan perisikan umum Palestin mengatakan kepada MNA bahawa tahanan, yang tidak dikenalpasti namanya itu, ditangkap di Qalqiliya. Dia menolak untuk memberikan butiran khusus dan tidak akan mengenalpasti nama tahanan. Namun, MNA telah menggali sinformasi dari sumber-sumber keselamatan lain yang menyatakan bahawa orang yang mengaku "tuhan" tersebut adalah seorang mahasiswa berusia 25 tahun.

Sumber mengatakan bahawa perkhidmatan

Isnin, 8 November 2010

::|| Dr. yUSoF QaRdHaWi RaSe tENtERaM DgN pERJuaNgaN PAS ||::


Itulah antara kata-kata yang diucapkan oleh Sheikh Dr Yusof Qaradhawi kepada pimpinan PAS sewaktu Tokoh Maal Hijrah 1431H itu mengunjungi pejabat PAS Pusat untuk pertemuan tertutup dengan pimpinan PAS Pusat.

Banyak lagi pandangan beliau tentang perjuangan Islam di Malaysia, ikuti tulisan sahabat saya Exco Pemuda PAS Pusat, Sdra Abdullah Hj Karim yang turut sama dalam pertemuan tersebut.

"Assalamualaikum,Alhamdulillah, saya berkesempatan hadir dlm pertemuan tertutup pimpinan PAS dengan tokoh ulamak terkemuka Dr Yusuf Qaradhawi (DYQ) di pejabat PAS Jalan Raja Laut, pada hari ahad 20-12-2009 yg lalu. Antara pimpinan yang hadir ialah Presiden Pas, Timbalan Presiden, Setiausaha Agung, AJK-AJK PAS Pusat dan juga wakil dewan-dewan.

Didalam pertemuan lebih sejam itu, DYQ telah memberikan

::|| kENaLi PaRLiMeN iSRaEL ||::

Knesset terletak di Givat Ram, di atas bukit barat Baitulmaqdis, yang sebelum Perang Arab-Israel 1948 merupakan sebuah kawasan pendudukan Arab yang dikenali sebagai Sheikh Badr. Bangunan ini ditaja oleh James A. de Rothschild sebagai hadiah kepada Israel. Sebelum pembinaan tempat tetap, mesyuarat Knesset dijalankan di beberapa tempat:

   1. 14 Februari 1949: Bangunan Agensi Yahudi, Baitulmaqdis.
   2. 8 Mac 1949-14 Disember 1949: Panggung

::|| kELEbiHaN N pERiSTiWa BuLaN ZuLHiJJaH ||::

Ramai dari kita yang telah maklum kelebihan 10 Malam-malam Terakhir Ramadhan. Tetapi adakah ramai dikalangan umat kita yang maklum kelebihan 10 Hari-hari Pertama dalam bulan Zulhijjah? Imam al Bukhari Rahimahullah meriwayatkan daripada Ibnu ‘Abbas r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda, Tiada suatu hari pun, amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari-hari ini – iaitu 10 hari Zulhijjah. Para sahabat baginda bertanya, ‘Tidak juga Jihad pada jalan Allah (mengatasi kelebihan Hari-hari tersebut)? Ujar Baginda, Tidak juga Jihad di jalan Allah kecuali seorang yang keluar dengan jiwa raga dan hartanya dan tidak membawa pulang apa-apa pun (kerana habis disumbangkan untuk memenangkan agama Allah).

Imam Ahmad r.a. dari Ibnu Umar r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Tiada suatu haripun, amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari-hari 10 Zulhijjah ini, oleh kerana itu perbanyakkanlah padanya tahlil (La Ilaha Illa Allah), takbir (Allah Akbar) dan tahmid (Alhamdu Lillah).

Ibnu Hibban di dam kitab Sahihnya meriwayatkan dari Jabir r.a. bahawa baginda s.a.w bersabda, “Seutama-utama hari adalah hari Arafah”.

Amalan yang dianjurkan padanya


1. Menunaikan ibadah haji dan umrah yang

Ahad, 7 November 2010

::|| ZaiD ToLak SeMua jaWaTaN DaLaM PKR ||::

Calon timbalan presiden PKR, Datuk Zaid Ibrahim membuat pengumuman mengejut untuk menarik diri daripada bertanding jawatan berkenaan.

Selain itu, Zaid yang juga pengerusi perhubungan PKR Wilayah Persekutuan juga mengumumkan beliau meletakkan semua jawatannya dalam PKR.


“Saya tawar diri menyertai parti ini atas kepercayaan saya boleh membawa politik progresif; memupuk dan memperkembangkan demokrasi dan ketelusan di negara ini. Saya sebenarnya silap,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Zaid, sepanjang pemilihan PKR, membuktikan bahawa

::|| aMaLaN mEmoToNg KuKu ||::

Perlu diketahui bahawa memotong kuku adalah amalan sunat.

Berkata Saidatina Aisyah bermaksud:
Sepuluh perkara dikira sebagai fitrah iaitu memotong misai, memelihara janggut, bersugi, memasukkan air ke hidung, memotong kuku, membasuh sendi-sendi, mencabut bulu ketiak, mencukur bulu ari-ari, bersuci dengan air (beristinja), berkata Zakaria: Aku lupa yang ke-10 kecuali berkumur.
(Riwayat Muslim).

Dari Anas bin Malik bermaksud:
Sudah ditentukan waktu kepada kami memotong misai, memotong kuku, mencabut bulu ketiak dan mencukur bulu ari-ari agar kami tidak membiarkannya lebih daripada 40 malam.
(Riwayat Muslim).

Menurut Imam Shafie:
Sunat memotong kuku sebelum mengerjakan solat Jumaat sepertimana disunatkan

Jumaat, 5 November 2010

Makluman Facebooker : Sila UNLIKE Fanpage “I’m Proud To Be A Muslim”

PERHATIAN PENTING BUAT PARA FACEBOOKER !!! Fanpage Facebook “I’m Proud To Be A Muslim” menghina Islam.Jadi, kepada sesiapa yang telah 'LIKE' fanpage ni sila 'UNLIKE'. Fan Page ini dibuat oleh musuh Islam dan banyak gambar-gambar lucah.

Musuh-musuh Islam sering mencari peluang untuk menjatuhkan Islam.Apakah kalian tiada perasaan bertanggungjawab?


::|| MoHD NoR DeRis KuRaNg aJaR DgN Tok GuRu Nik aZiz ||::



Dialog paling power " Aku tok ser salam dengan mu, tapi kalu mu masuk UMNO aku boleh berdakap dengan mu "

Semasa Beliau dalam jemaah PAS (sekitar 80-90 an ) .Beliau adalah juara mengkafirkan UMNO,Kini beliau bersama UMNO,PAS pula yang hendak dikafirkannya,Fikirkanlah wahai rakyat....

“Di sana ada golongan sufi yang melampaui batas dalam menilai ilham. Bahkan ada di kalangan mereka yang mengiranya sebagai jalan mengetahui kebenaran yang tidak akan silap. Mereka mencerca ulama syariat yang berpegang kepada dalil dan tidak menerima sesuatu dakwaan tanpa bukti daripada hujah yang baik atau akal atau

Khamis, 4 November 2010

::|| gEMpAR : DaTuK sERi NaJiB DiMaSuKKaN HoSPiTaL HKL ||::

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini malam tadi untuk pemeriksaan lanjut selepas beliau mengalami rasa tidak selesa dalam perut, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican.

Beliau berkata dalam satu kenyataan dikeluarkan lewat malam tadi bahawa endoskopi telah dilakukan ke atas Najib dan ia menunjukkan ulser dan gastritis ringan.
"Beliau telah mula diberi

::|| tEMpaHaN HaiWan QoRBan Di BuKa SeKaRaNg ||::

Bersempena dengan Hari Raya Aidil Adha yang bakal tiba tidak lama lagi,pihak mahasiswa/wi dari Badan Kebajikan Pelajar Johor Mesir (BKPJM) menawarkan perkhidmatan tempahan haiwan korban dengan harga berpatutan . Kambing seekor RM400, Kambing biri biri seekor RM600, Lembu 1 bahagian RM600 dan Unta 1 bahagian RM500.Bagi sahabat2 yang berada di bumi Malaysia yang ingin membuat tempahan haiwan korban  boleh terus hubungi saya zhuliana di number +2011 637 0690  atau email saya wadiha86@yahoo.com (id ym : wadiha86)

atau

boleh layari di  http://www.mybkpjm.org/

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails