Template by:
Free Blog Templates

Rabu, 30 Jun 2010

::|| BuMi & TaNah TaK tRima KaMaL aTarTuK TaPi MaLaYSia MEnYaNjUngINya!!!! ||::

TOKOH revolusi Turki, Mustafa Kemal Ataturk pernah berkata, perubahan sosial hanya boleh berlaku melalui tiga perkara.

Pertama apabila pendidikan diberi kepada wanita. Kedua apabila kebebasan diberi kepada wanita dan ketiga, apabila lelaki menukar pemikiran apabila hidup bersama wanita.

Bertitik tolak dari itu, Turki berubah dengan sekelip mata.

Kini, golongan wanita di republik ini semakin melakar kejayaan dalam pelbagai sektor dari bidang akademik sehinggalah ke bidang politik.

Kesempatan berada di kota Istanbul baru-baru ini membuka mata saya betapa tokoh revolusi negara ini, Ataturk, seorang tokoh yang amat

::|| pErHaTiaN kpd BloggEr & PeNuLis... TERHAD : 100 PeSeRta ||::

Khusus buat penulis,blogger,tahun 4,jom ikuti program ini.Terhad!!

Ahad, 27 Jun 2010

::|| MeNitiS Air Mata TatkALa mEmbaCa DoA ibU KpD aNakNya ||::

Ya Ghaffar, ya Rahim
Kau letakkan di rahim kami anak-anak ini
Kau amanatkan diri-diri mereka pada lindungan kasih-sayang kami
kau percayakan jiwa-jiwa mereka pada bimbingan ruhani kami
Kau hangatkan tubuh-tubuh mereka dengan dekapan cinta kami
Kau besarkan badan-badan mereka dengan aliran air susu kami

Tuhan kami, kami telah sia-siakan kepercayaan-Mu
kesibukan telah menyebabkan kami melupakan amanat-Mu
hawa nafsu telah menyeret kami untuk menelantarkan buah hati kami
tidak sempat kami gerakkan bibir-bibir mereka untuk berzikir kepada-Mu
tidak sempat kami tuntun mereka untuk membesarkan asma-Mu
tidak sempat kami tanamkan dalam hati mereka kecintaan kepada Nabi-Mu

gambar: ibu dan abah penulis serta adik (sekadar hiasan)


Kami berlomba mengejar status dan kebanggaan
meninggalkan anak-anak kami dalam kekosongan dan kesepian
Kami memoles wajah-wajah kami dengan kepalsuan
membiarkan anak-anak kami meronta dalam kebisuan
Kami terlena memburu kesenangan
sehingga tak kami dengar lagi mereka menangis manja
sambil memandang kami dengan

Sabtu, 26 Jun 2010

::|| tArBiaH MaKaNaN RoHaNi ||::

Pentarbiahan demi pentarbiahan dilalui.Tarbiah bukanlah segala-galanya tapi segala-galanya bermula dengan tarbiah.Sungguh beruntung bagi mereka dikalangan kita yang tidak lekang dengan tarbiah.Tarbiah itu penting kerana menjadi salah satu makanan rohani kita untuk lebih dekat diri kita kepada Al-Khaliq.

Allah s.w.t berfirman:
''Dan orang-orang yang berjihad dalam membela agama kami,maka pasti akan kami tunjukkan mereka itu akan jalan kami dan sesungguhnnya Allah itu beserta orang-orang yang berbuat baik'' [[ Al-Ankabut:69]]

Allah s.w.t berfirman:
''Maka barangsiapa yang mengerjakan kebaikan seberat timbangan debu,ianya pasti akan mengetahuinya''
[[ Al-Zalzalah :7]]

Setiap hari kita dihidangkan dengan jamuan kelalaian dan setiap hari juga kita diselangi sengan kesedaran lantas apabila lahirnya kesedaran tanpa diundang,maka secara tidak lansung rintih penyesalan menyelubungi.Namun apa yang perlu kita sedar bahawa kesedaran yang hadir pada awal waktu lebih baik daripada akhir-akhir waktu.
Saya tidak mahu membawa cerita sejarah islam,kerana kadang-kadang manusia mutakhir ini,bila dilontarkan hujah dan golongan orang kafir,baru wujud rasa kepercayaan.Saya tidak katakan semua begitu cuma KEBIASAANNYA.


Seperti contoh yang boleh kita ambil ialah solat dari segi saintifik .Rasulullah s.a.w.

Jumaat, 25 Jun 2010

::|| CaRi JoDoH VeRsi EnGLisH ||::



Wali Band sebuah kumpulan penyanyi dari Indonesia.Kali ini bukan Wali Band yang nyanyi tapi Fabrizio.Sekadar santai dan nak berkongsi bersama duyuful kiram.Saya terjumpa di youtube dan ingin berkongsi bersama duyuful kiram.Lucu pun ada , kelakar pun ada.hihihi ...

Di bawah ini ,saya sediakan sekali videoklip Mari Selawatan By Wali Band serta lirik...

Khamis, 24 Jun 2010

::|| kETiKa viDEo BErKaTa : LIHAT !!! FAHAMKAN !!! ||::

video

 Sila klik butang play di atas 
 Ketika video berkata .........

Rabu, 23 Jun 2010

::|| NaMa SaYa aDa Kt BuKiT AmaN???? ||::

Salam Perjuangan buat duyuful kiram.Baru sebentar tadi saya buka laman penulisan saya.Dan saya dapati ada sedikit statement yang diberikan pada saya di shoutbox saya yang mengatakan " MUHD :nama ustzh ade dekat bukit aman tau,kuat sgt politik ni "
Ermm..saya yakin ini adalah doktrin yang cuba dibuat sebagai  satu provokasi  terhadap saya.Apabila saya nilai semula penulisan saya,tiada diskriminasi antara blogger-blogger yang lain.Alhamdulillah atas statement tersebut kerana saya akan anggap

Selasa, 22 Jun 2010

::|| BgMna MengHiLangKn Label make you own & view all image d PhoToBucKet ||::


Salam perjuangan buat sahabat-sahabat yang terus cekal dan bersemangat dalam meneruskan perjuangan di dunia alam maya.Sepertimana yang telah disampaikan oleh Prof. Dr. sheikh Yusof Al-qardhawi yang dipetik daripada Kitab Feqhul Jihad
"Menggunakan internet untuk menyampaikan maklumat Islam,menyampaikan suara Islam dan memperlihatkan Islam merupakan satu jihad utama".

Sedikit perkongsian ilmu buat mereka yang acapkali mengguna photobucket sebagai mainan utama dalam slide show. Kebiasaanya bila kita pamer kan di blog,di bawah slide tersebut ada tertera '' Make your own ''  dan '' view all image ''.Cuma sahabat pergi ke edit catatan dan delete di bahagian

Ahad, 20 Jun 2010

::|| SeNaRai 9 SyUHaDa MaVi MarMaRa BeSeRtA GaMBaR ||::


KUALA LUMPUR, 15 Jun: Pada 31 Mei lalu, seramai sembilan sukarelawan dari Turki telah syahid sewaktu dalam perjalanan menghantar bantuan kemanusiaan kepada saudara seagama di Palestin.

Mereka dibunuh oleh tentera Israel laknatullah ketika angkatan kuffar itu menyerang kapal Turki M.V. Mavi Marmara yang sedang dalam misi menyampaikan bantuan kemanusiaan kepada penduduk Gaza, Palestin yang sedang dikurung dalam sebuah penjara yang sungguh besar.

Berikut merupakan senarai syuhada yang telah gugur sepanjang misi menyampaikan bantuan tersebut sebagaimana laporan laman web Haluan Palestin:



1. Ibrahim Bilgen, 61, seorang jurutera elektrik dari Siirt, Turki. Ahli Chamber of

::|| MuhYiDdiN : UpSr & pMr aKaN MaNSuH ||::


Kementerian Pelajaran membayangkan kemungkinan akan memansuhkan Ujian Pecapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) di masa hadapan.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata beliau melihat ada kewajaran untuk berbuat demikian kerana aspek pembelajaran ketika ini dilihat lebih berorientasikan kepada peperiksaan sehingga tujuan utama untuk memberikan pendidikan holistik tidak dapat dilakukan sepenuhnya.

"Pihak kami sedang fikirkan sama ada akan kekalkan atau perlu hanya satu sahaja peperiksaan awam, seperti (contohnya) di peringkat SPM sahaja," katanya.

Muhyiddin yang juga menteri pelajaran memberitahu demikian ditemui selepas merasmikan mesyuarat perwakilan Umno bahagian Pagoh di Muar hari ini, lapor Bernama.

Menurutnya, periksaan UPSR dan PMR mungkin akan diteruskan, tetapi

::|| SamPai aTau TiDak BaCaaN aL-QuRan KpD ArWaH ||::


Dalam RiyadusSalihiin bab161:berdoa untuk mayyit sesudah dikuburkan dan duduk di sisi kuburnya sebentar untuk mendoakan serta memohonkan pengampunan untuknya dan membaca al-Quran, no.944; dihujung hadith ada tulisan yang berbunyi:
Imam as-Syafi'i rahimahullah berkata: "disunnahkan kalau di sisi mayit yang sudah dikuburkan itu dibacakan sesuatu dari ayat-ayat al-Quran dan jikalau dapat dikhatamkan al-Quran itu seluruhnya, maka hal itu adalah lebih baik."

dalam "13 masalah yang tidak pernah selesai diperdebatkan" karangan Abu Yusuf Abdurrahman, Penerbit:Ramadi li an-nasyr, Damam-Arab Saudi.pustaka al-kautsar; dalam bab10: hukum menghadiahkan pahala bacaan al-Quran kepada mayit, m/s137,pendapat empat mazhab berbunyi:

Madzhab Syafi'i:
Imam Syafi'i Rahimahullah berpendapat bahwa

Jumaat, 18 Jun 2010

::|| DaRiMaNa iLHaM ReKaaN BeNdEra PaS ||::


Almarhum Ustadz Hassan Shukri diberi tanggungjawab mencipta bendera PAS.
Sambil memerah fikiran serta mencari idea,.

Almarhum mengangkat tudung dakwat atas kertas dan terlihat bagaimana bulatan atas kertas tersebut, lantas memberi idea kepada

Selasa, 15 Jun 2010

::|| HaRi LaHiR & uCaPaN ||::

Photobucket


Semasa saya menarikan jari jemari saya di papan kekunci laptop ini,umur saya sudah berusia 24 thun 2 hari,Alfun syukran ditujukan buat ahli bait Zinnirah yang sama-sama meraikan hari lahir saya walaupun masing-masing sibuk dengan imtihan fasa-2.Ukhwah itu memang indah,Semoga ukhwah yang disimpul dan di ikat rapi akan berkekalan hingga ke akhir hayat.Selamat hari lahir juga buat ahli bait yang sama tarikh hari lahir dan bulan dengan saya iaitu junior bait kami Amirah Solehah bt Abd Kholil serta kakak rumah kami Kak Adibah Mohd Amin (Roomate).Syukran juga kepada housemate yang banyak  menolong saya menyediakan persiapan majlis.Award khas ditujukan kepada kak izzati,afifah dan kak adibah.Alhamdulillah berkat kerjasama sesama,majlis kecil-kecilan pada malam ulang tahun berjalan dengan lancar.Syukran atas hadiah yang diberikan.Sedikit kalam yang harus ditadabbur sesama kita apabila tiba hari kelahiran khas nya dan pada bila-bila masa amnya:
Sahabat.....hari ini hari lahirmu,hari ini juga usiamu bertambah, dan hari ini juga bertambah juga tanggungjawabmu,hari ini akan menjadikan dirimu lebih matang dek ujian-ujian yang mendatang,hari ini akan menjadi saksi ketabahan dirimu dalam mengahrungi onak dan duri,Allah telah memendekkan lagi jarakmu denganNya , semakin kurang tempoh untuk beramal,semakin kubur mempersiap tempat untukmu ,semakin bersedia malaikat maut datang menjemput,semakin dekat waktu amalanmu dihitung dan semakin hampir haruman firdausi atau azabnya jahanam.



Antara wish dari family dan kawan-kawan:

Ahad, 13 Jun 2010

::|| REJAB : PeNgErTiaN ,PErisTiwa,aMaLaN ||::

Pengertian

Rejab bermakna kebesaran atau kemuliaan dan ia membawa maksud bulan yang dibesarkan atau dimuliakan. Masyarakat Jahiliyah menamakan bulan ini dengan bulan Rejab kerana mereka memulia dan menghormati bulan ini dengan mengharamkan berperang di dalamnya. Dan Rasulullah SAW mengekalkan nama ini dan mengharamkan pertumpahan darah di bulan Rejab. Dan bagi umat Islam, kita memperingati dan memuliakan Rejab sempena dengan peristiwa besar yang berlaku kepada Rasulullah SAW iaitu peristiwa Isra' dan Mi'raj.


Peristiwa Penting

1.Hijrah Pertama Hijrah ke Habsyah (Ethiopia)
Pihak musyrikin Mekah meningkatkan tekanan dan

::|| SeLamAt uLaNg TaHuN ||::

Photobucket

Jumaat, 11 Jun 2010

::|| En. JaMaLudDiN MEnCeRitAkaN dEtiK2 SeRaNgAn KE aTas MaVI MarMArA ||::



Bersama Encik Jamaluddin Ilyas [ Yayasan Amal Malaysia ] menceritakan detik detik LL4G ke atas Mavi Marmara .Beliau juga salah seorang dari 3 rakyat Malaysia yang terkena serangan . Rupanya Israel ini pengecut!!! Allahummansuril islam wal muslimin.

Khamis, 10 Jun 2010

::|| DoNuT kENtaNg gEBu Yg RiNgKaS ||::



Jom buat donut gebu,sedap dan murah perbelanjaan.Saving sikit duit dari beli kat kedai.Apa kata duyuful kiram cuba try test resepi donut di bawah ini.Buat sendiri lagi puas hati.Jauh dari syubhah.

Bahan :
  • 4 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan susu suam
  • 1 biji telur
  • 1 sudu besar yis - mas satukan dengan susu suam
  • 3 sudu besar gula
  • 3 sudu besar marjerin / butter
  • 1 cawan kentang rebus - lenyek hingga halus
  • 1 sudu teh garam
Cara - cara :
  1. Tepung gandum digaul dengan marjerin dan kentang lenyek sehingga rata.
  2. Telur dipukul sedikit dan dicampur dengan

Selasa, 8 Jun 2010

::|| KeNaPa 8 juN DiKENaLi sEBaGai HaRi HaK aSaSi MaHAwaSisWa MaLaySia ||::

Sebuah kumpulan pro-Mahasiswa - Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) - akan menghantar satu "deklarasi" kepada pihak kerajaan dan pembangkang supaya mengetengahkan isu berkaitan penglibatan mahasiswa dalam politik esok.

Pengerusinya Shazni Munir Mohd Ithnin berkata, penyerahan itu dibuat di parlimen pada tengah hari esok bersempena dengan 'hari hak asasi mahasiswa' yang jatuh pada hari ini.

"Ini supaya mereka (wakil kerajaan dan pembangkang) teliti kandungan deklarasi sebagai kandungan untuk dibahas di parlimen," katanya.

Kumpulan itu menjadikan setiap 8 Jun sebagai hari bagi mengenang penglibatan tujuh mahasiswa dalam perhimpunan anti-ISA pada tahun 2001 yang

::|| EtiKa DiEt RASULULLAH S.A.W ||::

Dalam Islam, Allah telah memilih Rasulullah SAW untuk menjadi model peranan kepada seluruh alam sejagat. Baginda juga turut membawa perkara yang boleh disifatkan sebagai penyempurna akhlak manusia (makarimal akhlak). Di antara perbuatan Rasulullah yang perlu diikuti dan hayati bersama adalah dari aspek etika diet Rasulullah ataupun tatacara pemakanan sihat Rasulullah SAW.
Antara tatacara pemakanan sihat Rasulullah SAW adalah:
  • Rasulullah tidak minum susu sewaktu baginda memakan daging.
  • Rasulullah tidak makan daging bersama ikan.
  • Rasulullah tidak minum susu sewaktu baginda menjamah ikan.
  • Rasulullah tidak minum susu sewaktu

Ahad, 6 Jun 2010

::|| UMNO - mELayU HaRBi ||::


Dalam sebuah kerajaan Islam, orang bukan Islam itu ada dua istilah yang diberi, [1] Zimmi, dan [2] harbi.

Dua istilah ini wujud, apabila wujud jizyah. Adapun di Malaysia, unsur jizyah ini tidak wujud, justeru, istilah zimmi dan harbi tidak pernah timbul di Malaysia.

Namun, dari sudut bahasa arab, Harbi bermakna 'perang'. Apabila ada golongan yang menyerang Islam, maka golongan itu disebut sebagai 'Harbi'. Sama ada, serang itu menggunakan senjata, mata pena atau bentuk ceramah. Apabila menyebut 'serang Islam', pasti ia berusaha agar Islam tidak

::|| KeNaLi 4 RuKuN YahUDi RaNcaNgaN MeNgUaSai DuNia ||::

"Penganut agama Yahudi hari ini mempercayai empat rukun yang telah dipinda serta disesatkan adalah seperti berikut :
1. Yahudi menganggap mereka adalah bangsa yang dipilih oleh Allah SWT manakala bangsa-bangsa lain adalah ‘binatang-binatang’ yang dijadikan rupa manusia yang membolehkan mereka melakukan apa sahaja termasuk membunuh bangsa lain.

2. Yahudi berhasrat untuk mendirikan Haikal Sulaiman iaitu kuil yang mereka dakwa pernah didirikan oleh Nabi Sulaiman a.s. dan tapak kuil itu ialah Masjidil Aqsa yang menjadi tempat Israk Nabi Muhamad s.a.w.

3. Bangsa Yahudi mahu mendirikan

::|| jOm TRY!! - AyAm GoReNg aLa-aLa KFC ||::


Assalamualaikum duyuful kiram.Sedikit perkongsian buat sahabat-sahabat yang gemarkan makan makanan segera seperti ayam KFC.Sahabat boleh buat sendiri kat rumah cara membuat ayam goreng ala-ala KFC.Resepi ini di ambil dari http://mas-dapurmas.blogspot.com/

Bahan untuk perap ayam :

Jumaat, 4 Jun 2010

::|| dEMo BaNTa iSRaEL PaDa 4JuN - LeBih 50 riBu HaDir!! ||::




KUALA LUMPUR, 4 Jun: Lebih 50 ribu menyertai perarakan dari Kg. Baru ke Keduataan Amerika siang tadi bagi membantah kekejaman tentera Zionis Israel menyerang konvoi kemanusian antarabangsa ke Gaza awal minggu ini.
Himpunan anjuran Pakatan Rakyat bersama NGO itu diketuai Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.
___________
3.48 petang: Perhimpunan disudahi dengan bacaan doa oleh Ustaz Nasharudin Mat Isa dan bersurai secara aman.

3.38 petang:
Ustaz Nasarudin Mat Isa dalam sidang medianya berkata, perhimpunan ini melangkaui agama dan kaum bagi menyatakan bantahan kepada Washington berhubung tindakan kejam Israel Zionis.
Perhimpunan ini juga katanya menunjukkan sokongan rakyat Malaysia terhadap perjuangan rakyat Palestin yang tidak pernah rela di atas pengainayaan zionis Israel.

3.32 petang: Penyerahan memorandum selesai

Khamis, 3 Jun 2010

::|| iLMu BaRu ||::

Assalamualaikum duyuful kiram.Khususnya ditujukan kepada sahabat-sahabat diperlembahan Nil.Semoga lebih tabah melalui liku-liku onak duri menghadapi perbagai tribulasi ,baik dari sudut keletihan mentelaah kitab untuk imtihan atau pun menjadi salah seorang PEMIKIR yang mana ianya merupakan satu liabiliti sebagai seorang penuntut ilmu dan sebagai hamba Allah,apabila di lihat kondusi umat Islam yang terdekat ini ialah konvoi pejuang-pejuang Islam ke Palestine.Betapa Zalimnya Zionis terhadap saudara-saudara kita yang dibunuh dan diserang.
Tapi kita perlu ingat bahawa serangan yang di lemparkan itu hanyalah mainan psikologi zionis terhadap kita supaya tiada siapa yang berani menghantar lagi bekalan dan bantuan kepada saudara kita di Palestine.MAKA,jangan kita terpedaya dek serangan psikologi zionis, tunjukkan semangat JIHAD kita....ALLAH suruh kita berJIHAD walau

Selasa, 1 Jun 2010

::|| KEpIngaN LeNsa KaMera LifELiNe 4 GaZa ||::

::|| 12 rAkyAt MaLaySia Di ataS KaPal MaVi MarMaRa , BERNAMA tiDo keRrR ||::


“Sweden, Sepanyol, Denmark dan Greece juga memberikan reaksi segera dengan memanggil duta Israel. Perancis meminta insiden ini segera disiasat. Malaysia?

“Sehingga jam 9 malam, 31 Mei 2010, semakan menerusi web Bernama, tidak ada satu pun kenyataan dari mana-mana pemimpin Malaysia mengenai serangan durjana Israel ini,” kata E
xco Kelantan, Datuk Husam Musa


31 Mei – Berikut adalah nama-nama rakyat Malaysia yang

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails