Template by:
Free Blog Templates

Rabu, 27 Januari 2010

::|| pErKauNan isLam ||::


Telah menjadi adat resam bagi setiap penuntut ilmu akan menempuhi satu medan perjuangan yang merupakan kayu ukur terhadap ilmu yang dipelajari ,yang mana medan ini akan menghasilkan satu impak yang sangat besar dalam jiwa setiap penuntut ilmu.Medan itu dikenali sebagai peperiksaan.Mungkin ketika ini,tatkala duyuful kiram sedang membaca entri saya,sedang berlegar-legar di dahi minda masing-masing menunggu apa yang bakal diperolehi natijah dari perahan dan hadaman mental didewan peperiksaan tempohari.InsyaAllah , mudah-mudahan segala usaha kita akan dipandang Allah dan dikurniakan natijah yang terbaik daripada Allah.

'' Kitab Feqah Muqarran ( Perbandingan Feqah ) Fakulti Syariah di Mansoura ''

Untuk fasa yang akan datang,madah imtihan saya ialah Perbandingan Feqah Islam dalam Bab Perakaunan Islam.Antara cabang-cabang yang harus dilumatkan serta di ambil cakna sepertimana yang telah disyarah oleh doktor falsafah saya di dalam kitab nya ialah:

  • RIBA
  • MUDHORABAH
  • AR-RAHNU
  • AS-SARF

Sedikit pengetahuan secara umum itu dapat saya ambil di dalam website BANK ISLAM:

RIBA:
Peningkatan dalam transaksi pinjaman atau pertukaran aset ribawi, terakru kepada pemilik (pemberi pinjaman atau penjual) tanpa memberi nilai kaunter yang setara atau pampasan sebagai pulangan kepada pihak yang satu lagi. Riba adalah dilarang menurut Syariah.

Dalam pemberian pinjaman, terdapat lebihan pembayaran dikenakan oleh pemberi pinjaman atau janji oleh peminjam selain daripada pinjaman (dikenali sebagai riba qardh)

Dari segi perdagangan, ia lebih merupakan perbezaan dalam berat dalam pertukaran emas mengikut sukatan ketulenan berbeza, contohnya 10 gram daripada 750 emas dengan 8 gram daripada 835 emas (dikenali sebagi riba fadhl); atau perbezaan dari segi masa antara pembayaran dengan penyerahan dalam kadar pertukaran mata wang asing, contohnya pembayaran atau RM10,000 pada 1 Januari 2008 dan penghantaran USD3,800 pada 2 Januari 2008 (dikenali sebagai riba nasiah).


MUDHORABAH :
Suatu perjanjian antara pemodal (rabbul mal) yang memberi 100% modal untuk perniagaan dengan usahawan (mudharib) yang menguruskan perniagaan dengan menggunakan kepakarannya. Di bawah kontrak ini, keuntungan yang diperoleh akan dibahagikan antara mereka mengikut nisbah yang dipersetujui sebelumnya, sementara sebarang kerugian akan ditanggung sepenuhnya oleh pemodal.
AR-RAHNU:
Menjadikan aset sebagai jaminan atau cagaran terhadap hutang. Cagaran akan digunakan untuk menyelesaikan hutang apabila penghutang ingkar. Cagaran juga akan digunakan sebagai satu nama sejenis pinjaman dengan cagaran atau perniagaan pajak gadai.

AS-SARF:
Satu kontrak pembelian dan penjualan mata wang.
'' contoh-contoh kitab rujukan yang ada di bilik saya''

Ahad, 24 Januari 2010

::|| aLaM taDiKa ||::


Alhamdulillah hari ini merupakan hari terakhir saya berimtihan untuk fasa pertama.Semoga dengan usaha saya ini dipandang oleh Al-Khaliq.Ermmm rindu pada penulisan di blog.Ermm macam-macam nak di post kan tapi kepala bercelaru dek kerana masih tiada lagi point-point cuma tajuk-tajuk entri kian berlegar-berlegar di kotak fikiran saya.Untuk pertama sekali ucapan yang paling istimewa buat adik kesayangan saya Mohd Zulfathi Haziq bin Ambok Dalek yang baru menjejaki kan kaki ke alam persekolahan.Sungguhpun ditahap alam tadika,tidak harus dipandang enteng kerana disitulah tempat mengenali apa itu ilmu .Ilmu itu juga begitu luas dan mempunyai cabang-cabang yang boleh dicungkil disetiap lapisan segi.Apapun jawapan kalian,esensi nya adalah ilmu yang diredhai oleh Allah Taala agar mendapat keberkatan .Eh,jauh pula sasaran entri saya,hehehhe... ucapan untuk adik saya ,semoga tidak jemu menuntut ilmu,semoga dapat membahagiakan kedua ibu bapa serta keluarga dan masyarakat.Dan paling penting ,semoga menjadi anak yang soleh dan menjadi pejuang Ad-Dinul Islam dan menjadi salah seorang jundullah.InsyaAllah saya akan teruskan penulisan saya untuk hari seterusnya.Minta pandangan atau cadangan duyuful kiram untuk entri seterusnya.Mana tahu ada cadangan yang bernas utarakan untuk entri akan datang.Salam ceria buat duyuful kiram yang setia dan terus sudi membaca entri saya.

Jumaat, 22 Januari 2010

::|| Tunku Ibrahim angkat sumpah ||::


JOHOR BAHRU 22 Jan. - Tunku Mahkota Johor, Tunku Ibrahim Ismail Sultan Iskandar yang dilantik sebagai Pemangku Raja hari ini bersumpah untuk memerintah dengan adil dan saksama.

Lafaz pemasyhuran itu dilakukan pada pukul 5.10 petang dalam satu upacara di Istana Besar di sini.

Tunku Ibrahim Ismail, 52, dilantik oleh Jumaah Majlis Diraja Johor setelah menerima laporan kegeringan Sultan Johor, Sultan Iskandar Sultan Ismail daripada tiga pakar perubatan di Hospital Pakar Johor di sini.

Pada sidang akhbar pukul 11.20 malam ini, Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman mengumumkan kemangkatan Sultan Johor pukul 7.15 malam.

Pemasyhuran Tunku Ibrahim Ismail dibuat mengikut Fasal 9 (1)(b) dan 9 (2) Bahagian Pertama Undang-undang Tubuh Negeri Johor 1895.

Lafaz pemasyhuran itu adalah seperti berikut:

"Bahawa adalah saya, Tunku Ibrahim Ismail Ibni Sultan Iskandar pada masa memegang jawatan Pemangku Raja bagi Negeri dan Jajahan Johor Darul Ta'zim dan segala takluknya bersumpah dengan iman bahawa saya mengaku akan memerintah dengan adil saksama dan timbang rasa kepada semua rakyat dan penduduk-penduduk negeri Johor dan saya bersumpah dan mengaku akan memelihara dan menghormatkan agama Islam dan adat istiadat Melayu dan berpegang kuat dengan Undang-undang Tuboh Kerajaan Johor dan juga Undang-undang Negeri,"

Putera sulung Sultan Johor dengan isteri pertama, Josephine Ruby Trevorrow itu diputerakan pada 22 November 1958 di Hospital Sultanah Aminah (HSA).

Tunku Ibrahim Ismail yang berjiwa rakyat telah dilantik sebagai Tunku Mahkota Johor di Istana Besar Johor Bahru pada 3 Julai 1985.

Hasil perkongsian hidup dengan Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah, pasangan itu dikurniakan enam cahaya mata, lima putera dan seorang puteri iaitu Tunku Ismail Ibrahim, Tunku Aminah, Tunku Idris, Tunku Abdul Jalil, Tunku Abdul Rahman dan Tunku Abu Bakar.

Tunku Ibrahim Ismail mendapat pendidikan asas di Taman Didikan Kanak-kanak Tuanku Ampuan Mariam, Johor Bahru sebelum memulakan pelajaran formal di Sekolah Temenggong Abdul Rahman (1) Johor Bahru.

Tunku Mahkota Johor itu kemudiannya melanjutkan pelajaran di Trinity Grammer School di Australia mulai 1968 hingga 1970.

Tunku Ibrahim Ismail juga pernah mendapat pendidikan di Maktab Sultan Abu Bakar (English College Johor Bahru) pada 1971-1975.

Di samping itu, Tunku Ibrahim Ismail turut menerima pendidikan agama di Sekolah Agama Bukit Zaharah dan Sekolah Agama Air Molek Johor Bahru.

Setelah tamat persekolahan, Tunku Mahkota telah dihantar ke Pusat Latihan Tentera Darat (Pulada) Kota Tinggi selama tiga bulan untuk menerima latihan asas ketenteraan.

Kemudian Tunku Ibrahim Ismail ke Fort Benning, Georgia, Amerika Syarikat (AS) untuk latihan ketenteraan (Airborne dan Infantery Offices Basic Course) dan kemudian menyambung latihan di Fort Bragg, AS.

Tunku Mahkota turut menjalani latihan penerbangan helikopter di Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Kluang dan seterusnya ke Fort Wracker, AS untuk latihan lanjutan di Advanced Helicopter Flying's School dan menerima anugerah 'sayap' penerbangannya.

Selain itu, Tunku Ibrahim Ismail juga pernah melanjutkan pengajian di bidang undang-undang dan diplomasi dari Universiti Tufts, AS.

Dalam bidang kesukanan, Tunku Mahkota gemar bermain polo selain menunggang motosikal berkuasa tinggi dan sinonim dengan program Kembara Mahkota Johor yang melawat ke seluruh pelosok negeri ini.

** sumber: Utusan Malaysia Online.

Isnin, 11 Januari 2010

::|| biLa uPiN & iPiN mEnGUaSai JiWa ||::


'' HaAAaaa .... BeTuL bEtuL BeTuL bEtUL...... "

cUmEL tak??????

Jumaat, 8 Januari 2010

::|| GerEja tErBakAr diBaLiNg bOm pEtRoL ||::



Sebuah gereja dibaling dengan bom petrol mengakibatkan tingkat bawahnya terbakar, kata sumber gereja.

Insiden tersebut berlaku sewaktu memuncak kontroversi berhubung penggunaan perkataan Allah oleh satu penerbitan Katholik.

Dua lagi gereja di Lembah Kelang dipercayai turut jadi sasaran dalam tempoh 12 jam lalu, termasuk Gereja Assumption di Jalan Templer Petaling Jaya dan Life Chapel di Seksyen 17, Petaling Jaya.

Manakala Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan menafi cakap-cakap yang mendakwa ada lagi gereja yang menjadi sasaran. Ianya ekoran khabar angin yang mendakwa sebuah gereja di Kampung Subang turut jadi sasaran.

Polis juga menafikan khabar angin yang mendakwa kenderaan yang memaparkan simbol Katholik, telah dipecahkan oleh orang yang tidak dikenali di Bangsar.

Seorang pegawai jabatan bomba berkata semua balai diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga bagi memantau kebakaran di rumah-rumah ibadat, menjelang bantahan besar-besaran tengah hari ini anjuran beberapa NGO Islam.

Bangunan tiga tingkat Gereja Metro Tabernacle di Desa Melawati, Kuala Lumpur, adalah sebahagian pergerakan Assemblies of God, terbakar kira-kira tengah malam tadi, kata pemimpin gereja itu, Peter Yeow, 62.

Beliau memberitahu AFP bahawa ada saksi yang ternampak empat orang - yang datang menaiki motosikal - memecahkan kaca dan membaling bahan api ke dalam bangunan gereja.

Tiada sebarang kecederaan berlaku dalam kejadian tersebut. Gereja itu yang terletak di bahagian hujung lot rumah kedai di situ, dihadiri kira-kira 1,500 setiap minggu."Api memusnahkan bahagian pentadbiran gereja tersebut. Kita tidak tahu sama ada dewan sembahyang di tingkat tiga juga mengalami kerosakan," katanya sambil menggesa gereja lain supaya meningkat kawalan keselamatan.

Anuar Harun, yang mengetuai operasi memadam kebakaran tersebut berkata, pakar forensik sedang bekerjasama dengan polis dan unit anjing untuk menyiasat kebakaran tersebut.

"Kami sedang menyiasat punca kebakaran. Kami tidak boleh memberi lagi maklumat. Ia isu sensitif," katanya ketika ditanya sama ada ianya kes khianat dengan api.

"Kita telah meminta semua balai bomba supaya bersiap sedia bagi menghadapi sebarang kebakaran di tempat ibadat," katanya kepada AFP.

Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Sabtu Othman berkata polis menemui satu spanar dan satu bekas minyak tanah di tempat kejadian, bersama dengan dua helmet yang terbakar.

Katanya, polis menyiasat kejadian itu mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman sehingga 20 tahun penjara atau denda.

Sementara itu, Gereja Assumption yang terletak di sebelah Hospital Assunta, dipercayai turut menjadi sasaran kira-kira jam 4 pagi tadi.

Pegawai gereja itu berkata, bom petrol dibaling ke dalam kawasan perkarangan gereja, tetapi botol tidak pecah dan tidak berlaku kebakaran.

Gereja ketiga di Seksyen 17, Petaling Jaya juga menjadi sasaran malam tadi, menyebabkan kerosakan berlaku di bahagian luar luar bangunan Gereja Life Chapel.

sumber:Malaysiakini

::|| Ulasan :: iSu Kalimah Allah ||::


Menitikberatkan permasalahan yang berlaku dalam konteks isu Kalimah Allah ini adalah menjadi satu priority bagi para pendaie bagi menyelesaikan dengan segera sebelum meletuskan konflik dan kekeliruan dikalangan masyarakat Malaysia khususnya dan seluruh negara amnya.Ape yang diketahui umum,manifesto yang disiarkan disegenap pelusuk media,Hakim Datuk Lau Bee Lan telah pun memutuskan mengikut Perkara 11 (4) dalam Perlembagaan Persekutuan bahawa Mahkamah Tinggi membenarkan Kalimah Allah digunakan dalam majalah mingguan Terbitan Gereja Khatolik ,Herald.Tujuannya sebagai memberi tunjuk ajar dan pendidikan penganut agama Kristian .Dan beliau juga menegaskan ,mengikut Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan ,adalah menjadi satu kesalahan bagi bukan Islam menggunakan Kalimah Allah untuk menyebarkan agama itu kepada orang Islam tetapi bukan menjadi satu kesalahan bagi bukan Islam menggunakan Kalimah Allah kepada bukan Islam bagi tujuan keagamaan.

HURAIAN:
Sebelum kedatangan Islam,masyarakat dahulu juga mempunyai Allah mereka sendiri,Islam agama yang syumul dan sempurna ,maka dari manifesto yang diutarakan ,kita jangan mudah dan cepat melatah ,Allah bagi mereka adalah triniti,tuhan yang mempunyai anak.Dan Allah kita adalah Allah yang Esa.Dan nama-nama Allah kita ada 99.Nama-nama yang terpuji yang selayaknya kita fahami dan hayati.

Menuntut satu deklarasi bahawa manifesto yang diutarakan itu,berhubung kait dengan kenegaraan kita lantas difokuskan kepada masyarakat Malaysia,tindakan mereformasikan fikiran agama adalah tidak wajar dan apabila digunakan Kalimah Allah kepada penganut Kristian.Tertarik saya dengan penulisan dari saudara Faizal di http://ezoegypt.blogspot.com/ yang mengatakan '' Aqidah umat Islam di Malaysia tidak seampuh masyarakat di Mesir .Dikhuatiri dangan perkongsian Kalimah Allah dengan kefahaman yang berbeza antara kedua-dua penganut boleh membawa kemurtadan beramai-ramai umat Islam di Malaysia''.
Biarpun penggunaan Kalimah Allah mengikut hukum bagi penganut /pengamal agama Samawi ianya tidak menjadi satu kesalahan .Namun dikhuatiri Kalimah Allah disalah ertikan demi kepentinagn mereka.

Menurut sumber rujukan yang saya dapati di jaringan-jaringan internet,isu Kalimah Allah ini sudah lama dibicarakan sejak bulan Mac pada tahun 2008.Dan dibangkitkan semula pada bulan Mac 2009.Dan sehingga yang terbaharu pada Januari 2010.Meluluskan dan membenarkan penggunaan Kalimah Allah ,seolah-olah mereka menyifatkan Allah seperti Allah mereka.Ya!! memang benar Allah mereka tidak sama dengan Allah kita,dan sedia maklum juga,Allah mereka triniti dan Allah kita yang Esa.Dan apa yang kita ketahui ,penggunaan Kalimah Allah ini telah pun digunakan sejak berkurun lama lagi.PERSOALANNYA: Kenapa perlu dibangkitkan sekarang? Kenapa terjemahan itu dilakukan ketika era zaman sekarang? Kenapa tidak dari bertahun dulu?

Tindakan provokasi seperti ini harus diketengahkan supaya dapat mengelakkan kekeliruan pada masyarakat di negara kita.Kebarangkalian ,dibimbangi mereka menggunakan keistimewaan Kalimah Allah untuk mengelirukan dan digunakan demi kepentingan sendiri.Dan saya tidak mengatakan Kalimah Allah lansung tidak boleh digunakan oleh penganut Kristian kerana apabila difikir pada satu sudut lagi,dengan Kalimah Allah ,boleh menarik mereka mendekati agama Islam tetapi dikhuatiri peratusan itu amatlah sedikit.Allah S.W.T berfirman :[ ''Katakanlah : Hai Ahli Kitab,marilah (berpegang) kepada satu kalimat (ketetapan) yang tidak ada perselisihan antara kami dan kamu,bahawa tidak kita persekutukan Dia dikalangan sesuatupun dan tidak (pula) sebahagian yang lain sebagai Tuhan selain Allah.Jika mereka berpaling maka katakanlah kepada mereka " Saksikanlah bahawa kami adalah orang-orang yang berserah diri (kepada Allah)''Surah Ali Imran :64]

Justeru itu,selayaknya ,Isu ini harus diselesaikan dengan segera supaya tidak menjadi isu yang boleh menjejaskan keharmonian kaum dan agama dalam negara ini.Dan selaku Majlis-majlis agama disetiap negeri bangkitla dalam memainkan peranan ,yang mana Majli-majlis agama mempunyai tanggungjawab menjaga Agama di setiap negeri.

Selasa, 5 Januari 2010

::|| SAKSIKAN!! : viDeO iSLaM Di puNcAk pENgHiNaaN ||::

video



PESANAN ADMIN: bagi sesiapa yang meminati video ini untuk menjadi bahan semangat perjuangan demi Islam, boleh tinggalkan email di ulasan entri ini..insyaAllah saya akan send kan pada duyuful kiram...InsyaAllah sedikit masa lagi saya akan mengeluarkan pandangan saya rentetan dari permasalahan isu Kalimah Allah digunakan bagi none muslim... Nantikan entri saya ya..buat masa ini,saya jarang di depan laptop...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails