Template by:
Free Blog Templates

Khamis, 24 Disember 2009

::|| iNfOmaTioN ||::





" Ya Allah ,permudahkanlah kami dalam menduduki imtihan duniamu,Jadikanlah debaran jiwa kami disebabkan risau jika gagal melamar redhamu , dengar lah rintihan kami.
Ya Allah ,terimalah air mata kami sebagai penyejuk kemurkaanMu,belailah jiwa kami disaat kami terluka lemah agar terhindar kami dari mengharap selainmu"

Salam imtihan buat duyuful kiram yang berada di perlembahan sungai nil.. Admin akan meneruskan penulisan selepas imtihan.Doakan admin dan student yang lain dipermudahkan segala urusan dan cermerlang dalam imtihan dunia & akhirat.Cekal kan hati ya...Istiqomah....

*** SELAMAT BERIMTIHAN***

Ahad, 20 Disember 2009

::|| aDakah kiTa berEtiKa daLam DuniA pENuLisaN BLog??? ||::


Kalau kita lihat hari ni, ramai pengguna internet di Malaysia yang telah mempunyai blog. Tak kiralah blog itu berdomain percuma ataupun berbayar. Ramai yang berlumba-lumba nak jadi blogger.

Tetapi berapa ramaikah yang betul-betul faham apa yang harus mereka tulis? Bagaimana cara sebenar untuk menulis? Apakah benda yang patut dan tidak patut di tulis di dalam blog dan adakah blog itu sebagai satu platform untuk mengutarakan pendapat atau ketidakpuashatian diri sendiri?

Sebagai rakyat Malaysia, kita diberikan hak kebebasan untuk bersuara. Harus diingat, bukan hanya di parlimen sahaja kita boleh bebas bersuara. Ramai yang tidak jelas akan perkara itu. Dalam artikel 10 (1)(a) jelas menyatakan hal tersebut.

Walau bagaimanapun, sebagai rakyat Malaysia dan juga seorang blogger, kenalah berpegang teguh pada ajaran agama, tatasusila dan budaya . Janganlah sampai menghasut, menghina dan menjatuhkan maruah. Itu tak elok. Gunakanlah kebebasan yang diberikan sebaiknya.

Kini, telah diwujudkan beberapa kod etika untuk dipatuhi oleh blogger. Sebelum ni, mungkin kita tak berapa jelas atau langsung tak tahu pun tentang etika blogger ni. Apa bendanya etika-etika ni semua?

Kod etika blogger.

1. Penulis blog perlu jujur dan adil dalam mengumpul, melapor dan menterjemahkan maklumat.

2. Tidak memplagiat hasil tulisan.

3. Mengenal pasti sumber yang boleh dipercayai.

4. Tidak menerbitkan maklumat tidak tepat.

5. Membezakan antara maklumat sokongan, komentari dan fakta.

6. Mengakui sebarang kesilapan dan membuat pembetulan dengan segera.

7. Menerangkan tujuan blog dan membuka perbincangan mengenainya kepada penulis blog lain dan orang ramai.

8. Memberitahu sebarang aktiviti yang diadakan, kerjasama dan juga agenda peribadi mengenai blog.

9. Berhati-hati dalam menyiarkan maklumat sensasi yang boleh memberi kesan pada mana-mana pihak.


Sumber kod etika : Utusan Malaysia Online


p/s: adakah saya atau blogger yang lain mengikuti etika di atas????? mesti patuhi ATAU tidak??




Sabtu, 19 Disember 2009

::|| pEriStiWa 10 MuHaRam ||::


10 Muharam -Dinamakan juga Hari Asyura.Pada hari tersebut banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah demi menegakkan keadilan dan kebenaran.

Bertanya para sahabat :"wahai Rasulullah ! Apakah kelebihan 10 Muharam berbanding dengan hari-hari yang lain?" Sabdanya:

  1. Allah menciptakan alam,langit, bintang dan sebagainya.
  2. Allah menciptakan gunung-ganang pada 10 Muharam.
  3. Diciptakan lautan pada 10 Muharam.
  4. Diciptakan Qalam (pena untuk menulis amal manusia) pada 10 Muharam.
  5. Diciptakan Arasy,Luh Mahfudz pada 10 Muharam.
  6. Diciptakan Nabi Adam A.S pada 10 Muharam.
  7. Dimasukkan Nabi Adam ke dalam syurga pada 10 Muharam.
  8. Dilahirkan Nabi Ibrahim A.S pada 10 Muharam.
  9. Diselamatkan Nabi Ibrahim A.S dari api Namrud pada 10 Muharam.
  10. Diselamatkan anak Nabi Ibrahim A.S iaitu Nabi Ismail dari sembelihan pada 10 Muharam.
  11. Ditenggelamkan Firaun pada 10 Muharam.
  12. Diampunkan kesilapan Nabi Daud A.S pada 10 Muharam.
  13. Dilahirkan Nabi Isa A.S pada 10 Muharam.
  14. Dikeluarkan Nabi Yusuf A.S dari perut ikan Nun setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam pada 10 Muharam.
  15. Disembuhkan penyakit Nabi Ayub A.S pada 10 Muharam.
  16. Diangkat Nabi Isa A.S ke langit pada 10 Muharam.
  17. Diterima taubat Nabi Adam A.S pada 10 Muharam.
  18. Dianugerahkan takhta kerajaan kepada Nabi Sulaiman A.S pada 10 Muharam.
  19. Awal-awal hujan yang turun dari langit pada 10 Muharam.
  20. Awal-awl rahmat diturunkan pada 10 Muharam.
  21. Diselamatkan bahtera Nabi Nuh A.S daripada tenggelam sesudah bumi ditenggelamkan selama 6bulan pada 10 Muharam.

Dari Abu Hurairah R.A katanya Rasulullah SAW bersabda : "Seutama-utama puasa sesudah puasa Ramadhan ialah puasa bulan Muharam dan seutama-utama sesudah solat fardhu ialah solat malam" (Sahih Muslim)

Abu Musa Al Madani meriwayatkan dari Ibnu Umar R.A :" barangsiapa yang berpuasa pada Hari Asyura adalah seperti berpuasa setahun dan siapa yang bersedekah pada Hari Asyura adalah bagiku bersedekah setahun " ( Riwayat Albazzar)

Jumaat, 18 Disember 2009

::|| aZaM TaHun BaRu ||::


::|| MaaL hiJraH ::||


Kullu sanah wa antum toyyibin buat sekalian duyuful kiram sempena Sambutan Awal Muharam Maal Hijrah(1431 H).Dengan lahirnya tahun baru ,akan lebih memantapkan lagi norma-norma kehidupan kita sebagai khalifah di muka bumi Allah ini.Bahkan sebagai dai`e yang melebarkan sayap perjuangan Rasulullah SAW.Apakah azam duyuful kiram sempena 1431 H?Dan adakah terlaksana misi-misi serta method-method yang hendak dicapai?Atau kalian tidak mempunyai azam?Mengapa setiap kali bermulanya tahun baru,tidak kira tahun baru masihi atau tahun baru hijrah,pasti kedengaran disetiap corong telinga memperkatakan azam.Apa itu azam? Azam adalah sebuah keinginan .Ia lahir daripada kesedaran seseorang untuk membuat anjakan paradigma kepada sesuatu keadaan yang lebih baik dan akhirnya membenihkan cita-cita .Apa yang paling penting ialah ketetapan niat kita adalah untuk berhijrah kepada yang lebih baik dan sesungguhnya hijrah menuju Allah dan RasulNya membawa kepada kejayaan yang hakiki.

Sedia maklum kita fahami bahawa umat islam menyambut Maal Hijrah setiap tahun bagi mengingati perjuangan Rasulullah SAW dan sahabat dalam peristiwa hijrah mekah ke madinah.Hijrah adalah peritiwa penting bagi sejarah Islam.Menurut konteks yang difokuskan dalam sirah Rasulullah SAW,hijrah membolehkan baginda mengatur strategi yang lebih berkesan bagi umat islam menggembleng usaha dan mengukuhkan kekuatan umat islam.Khalifah Umar Al-Khattab menetapkan adalah hari pertama bagi setiap tahun baru islam (Kalendar Hijrah) ialah Muharam.

Cuba kita perhatikan fenomena yang berlaku disekeliling kita.Adakah benar-benar kita melanksanakan dan mentadabbur esensi konteks maal hijrah tersebut?Hijrah bagi umat islam bukan sekadar membilang detik masa atau mengadakan pertunjukkan hiburan dan bunga api , apatah lagi mabuk sehingga melupakan tatasusila sebagai seorang MANUSIA.Sandaran yang dilakukan oleh Baginda Rasulullah SAW telah meleset sama sekali dengan apa yang diraikan pada zaman sekarang.Sekadar minoriti yang benar-benar memahami perjuangan nabi kita.Semoga dengan berbekalkan minoriti ini ,islam akan bangkit dan menyebarluaskan rantai-rantai perjuangan Rasulullah demi Ad-dinullah.Jelas disini , membuat resolusi pada diri amatlah dituntut melakar perubahan lantas melaksankannya hanya kerana allah ,segala urusan bermula dan berakhir dengan izin Allah dan dengan keagungan rahmatNya.

Konsep yang dikaitkan dengan hubungan hijrah dan kejayaan akan mendapat rahmat Allah.Firman Allah SWT yang bermaksud " Sesungguhnya orang yang beriman dan berhijrah dan berjihad dijalan Allah,mereka itulah yang boleh mengharap rahmat dariNya".(surah Al-Baqarah:218)
Semoga dengan sedikit entri saya pada kali ini menjadi santapan rohani buat sekalian duyuful kiram.Sedikit aktiviti yang mahu dikongsi bersama.Saya bersama sahabat saya obit dan timah,kami ada menulis azam pada awal tahun lepas.Setiap lembaran azam itu,masih belum dibuka.InsyaAllah,ada kelapangan dalam waktu terdekat,kami akan melontarkan bibit-bibit azam yang kami pernah nukilkan lewat tahun lepas.Perancangan membuka helaian bibi-bibit azam itu bertempat di nadi Sungai Nil.Semoga dengan cara ini juga menjadi salah satu elemen kredit ukhwah kami yang disulam dengan kasih sayang sesama.Sempena bulan Muharam yang penuh mulia ini,saya sebagai blogger ZHULIANA.BLOGSPOT.COM mengucapkan selamat menyambut tahun baru Hijrah (1431H).semoga kita dijauhkan dari perkara yang tidak mendatangkan manfaat bahkan mendekatkan lagi diri kita dengan mentaqarubkan diri kepada Allah SWT.Sabda Nabi SAW" orang yang berhijrah itu ialah mereka yang meninggalkan apa-apa yang dilarang Allah keatasnya" (Hadis riwayat Bukhari&Muslim)



Dari kanan: azam obit,azam saya,azam timah ...hikhikhikhik..chaiyoo chaiyoo

Selasa, 15 Disember 2009

::|| taDHiaH ||::




Tajuk penulisan saya pada kali ini ialah TADHIAH.Tadhiah yang diberi maksud dalam bahasa melayu ialah pengorbanan.Semoga dengan penulisan saya yang bertajuk tadhiah ini memberi sedikit sebanyak santapan rohani dalam setiap sanubari duyuful kiram.Berbalik kepada tajuk yang saya utara kan ,salah satu pengorbanan yang suka saya bentangkan dalam post saya ialah rentetan dari kisah para nabi kita iaitu kisah Nabi Ibrahim AS bersama anaknya Nabi Ismail AS.Apabila kita menghayati kisah tersebut,dapat kita lihat betapa besar dan tingginya pengorbanan yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim AS untuk menjalankan perintah Allah iaitu menyembelih anaknya Nabi Ismail AS.Disini juga , pengorbanan jiwa remaja iaitu Nabi Ismail As yang merelakan dirinya untuk disembelih.Jelas terbukti bahawa ini merupakan bukti kecintaan para nabi kepada ALLAH SWT.Terang lagi bersuluh bahawa istifadah yang dapat diambil dari perjuangan Nabi Ismail bahawa generasi muda harus meniru semangat yang dibawa oleh nabi kita yang mengabdi diri nya kepada orang tua nya demi kerana ALLAH SWT .Generasi masakini dan selamanya perlu melahirkan jiwa-jiwa seperti Nabi Ismail yang sedia berbakti ,mengorbankan dirinya untuk kedua ibu bapa.

Pengorbanan terhadap kedua ibu bapa adalah sangat perlu dan amat dituntut bagi menghargai segala jerit perih yang di limpahkan kepada kita selaku anak.Duyuful kiram,ingatlah betapa besarnya kasih sayang ibu bapa terhadap kita ,mereka memberi perhatian amat serius mengenai tempat tinggal ,makan minum,pendidikan ,serta penjagaan kita pada setiap masa tanpa keluh kesah.Firman ALLAH SWT " Dan tuhanmu memerintahkan agar kamu jangan menyembah melainkan hanya kepada-Nya dan hendaklah berbuat baik kepada kedua orang tua .Dan jika salah satu daripada keduanya atau kedua-duanya berusia lanjut dalam pemeliharaanmu ,maka sesekali janganlah kamu menyatakan kepada keduanya perkataan 'ah' dan jangan lah kamu membentak keduanya .Dan ucapkanlah kepada keduanya perkataan mulia dan rendahkanlah dirimu terhadap keduanya dengan penuh kasih sayang dan ucapkanlah " wahai tuhanku ,sayangilah mereka keduanya ,sebagaimana keduanya menyayangi aku waktu kecil"( surah Al-Israa : Ayat 23-24 )

Konklusi yang dapat kita ambil,terdapat dua dimensi yg diutarakan,pengorbanan nabi kepada Sang Pencipta serta pengobanan kedua ibu bapa .Semoga dengan dua dimensi ini dapat menyelinap disetiap sanubari kita sebagai esensi utama ketika kita alpha dan jauh dari muhasabah diri.Justeru itu ,dengan ada nya nikmat yang paling berharga bagi kita iaitu nikmat iman dan nikmat islam , akan meningkatkan lagi prestasi ibadah kita dan tanggungjawab kita selaku khalifah di bumi Allah.Sedangkan kita sedia maklum iman kita kadang berada di atas dan kadang berada dibawah atau lebih dikenali sebagai iman yazid wa yanqus .Maka dengan kondusi iman kita yang sering di uji,moga-moga kita dalam pemerhatian ALLAH SWT dan jauh dari perkara yang boleh membawa kebencian dari Sang Pencipta.

Sabtu, 12 Disember 2009

::|| SataY N iKaN BkaR ||::

"Siap untuk dijamu.Sedap hingga menjilat jari..yummy yummy"



Alhamdulillah pada 12/12/09 selepas isyak ,lebih kurang jam 6.30 mlm(waktu egypt),saya bersama housemate naik ke suttuh(bahagian atas rumah) dengan membawa alatan-alatan untuk membuat BBQ.Walaupun kesejukan yang semakin meliar mengigit tubuh kami,syukur alhamdulillah kerana kami diberi kelapangan melakukan aktiviti santai .Sungguhpun kami satu rumah tetapi masing-masing sibuk dengan time-table tersendiri.Almaklumlah bahang imtihan semakin terasa disetiap sanubari .Tujuan utama yang tersirat malam BBQ ini adalah untuk merapatkan tali ikatan ukhwah sesama housemate.Untuk memudahkan persiapan BBQ pada malam tersebut, masing-masing menjalankan tugas yang telah dirangka.Saya???? tugas saya ialah menyediakan bahan-bahan untuk diperap dan membuat kuah kacang.Ups...hampir terlupa saya nak khabarkan pada duyuful kiram bahawasanya menu BBQ kami ialah satay daging dan ikan bakar.Obit dan timah ditugaskan memotong daging.Dan housemate selebihnya menyediakan bahan pembakar,mencucuk satay,siang ikan serta membakar.Agak sukar untuk berjumpa beramai-ramai satu rumah kerana masing-masing sibuk dengan study tapi berkat tasamuh antara housemate,alhamdulillah kami bercadang untuk membuat BBQ pada malam yang telah ditetapkan dan dipersetujui.Dengan pertemuan begini ,selain merehatkan otak yang sedikit kepenatan kerana study, banyak perkara yang dapat kami kongsi bersama dari sudut pelajaran,yang mana housemate saya terdiri daripada majoriti cabang Faculty di bawah Universty Al-Azhar iaitu antaranya Faculty Syariah Islamiah,Usuluddin,Bahasa Arab dan Takhasus Qiraat.Dan tidak lupa juga masing-masing mengeluarkan modal idea dengan membincangkan hal-hal isu semasa.Semoga pertemuan pada malam tersebut memberi impak yang bermanfaat kepada kalian.Disini, sedikit wish untuk housemate saya,alfun syukran buat kalian kerana sudi meluangkan masa dengan seribu senyuman yang paling manis dan dihiasi dengan gelak tawa yang girang pada malam yang terindah buat kita semua.Jangan lupa trade mark bait kita, "Apa yang penting????? KERJASAMA.." Ermmm antara kenangan yang kelakar sangat ialah kami menggunakan kipas bilik sebagai kipas pembakar BBQ.hehehehe..Hidangan jamuan selera kami pada malam tersebut ialah satay, ikan bakar,kuah kacang serta buah anggur sebagai dessert.





"Satay dan ikan yang sedang dibakar"


"Untuk menjimatkan masa kami"


"Peace!! apa yang penting??? KERJASAMA..hehehehe "

Khamis, 10 Disember 2009

::|| taKe sEriUs ||::

Rancangan Kuffar Hancurkan Islam.

  1. Lenyapkan sistem pemerintahan Islam
  2. Menghapuskan Alquran
  3. Hancurkan akhlak muslim,fikiran,hubungan mereka dengan Allah dan bebaskan mereka mengikut hawa nafsu
  4. Lenyapkan kesatuan kaum Muslimin
  5. Ragukan kaum Muslimin terhadap agamanya
  6. Lemahkan bangsa Arab
  7. Dirikan negara diktator di dunia Islam
  8. Pisahkan kaum Muslimin dari menguasai perindustrian dan biarkan mereka hancur dengan barangan Barat
  9. Singkirkan tokoh-tokoh Islam dan tamatkan Gerakannya
  10. Rosakkan wanita dan kembangkan pergaulan bebas

::|| syUkraN uSraTi ||::


Salam sayyidul ayyam buat duyuful kiram .Bagaimana iman kita pada hari ini?mudah-mudahan lebih baik dari semalam walaupun pada hakikatnya iman kita yazid wa yanqus.Erm...rasa nya sudah lama saya tak update kan blog saya.Bukan nya sibuk tapi ada beberapa perkara dan urusan yang harus diselesaikan tapi insyaAllah dengan izin Allah,saya akan sentiasa mengisi post-post yang terkini.Sedar tidak sedar,imtihan fasa pertama semakin hampir,lebih kurang sebulan lagi.Sebenarnya ada seperkara yang saya nak berkongsi kegembiraan bersaa duyuful kiram,keluarga saya hadiahkan pada saya sebuah laptop ,yang mana sebelum ini notebook saya menghadapi sedikit kerosakan.Alfun syukran buat keluarga tersayang, InsyaAllah bi iznillah , saya akan gunakan sebaik nya.Dan paling seronok sekali dalam berbagai kiriman,kiriman yang paling bermakna bagi saya ialah dapat melihat fenomena keluarga saya yang dipetik dari lensa kamera berbentuk gambar dan video.Rindu sangat pada kalian.Anak buah saya dah semakin membesar.Comel macam umi dan ayah nya.Wish dari saya,alfun syukran buat keluarga tersayang.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails