Template by:
Free Blog Templates

Jumaat, 27 November 2009

::|| sEBirU HaRi iNi ||::


Sebiru Hari Ini
Album : Sepotong Episode

Munsyid : Edcoustic

Sebiru hari ini, birunya bagai langit terang benderang
Sebiru hati kita, bersama di sini
Seindah hari ini, indahnya bak permadani taman surga
Seindah hati kita, walau kita kan terpisah
reff:
Bukankah hati kita telah lama menyatu
Dalam tali kisah persahabatan ilahi
Pegang erat tangan kita terakhir kalinya
Hapus air mata meski kita kan terpisah
Selamat jalan temanTetaplah berjuang
Semoga kita bertemu kembaliKenang masa indah kita
Sebiru hari ini
Seindah hari ini, indahnya bak permadani taman surga
Seindah hati kita, walau kita kan terpisah
reff 2x
Seindah hari ini, indahnya bak permadani taman surga
Seindah hati kita, walau kita kan terpisah

Ermm.. best sangat lagu ini.Terkenangkan sahabat-sahabat perjuangan.Bicara kita adalah bicara sufi,tanpa suara dan kata-kata,kerana penghubung kita adalah bicara hati,bertemu berpisah kerana Allah.Lagu ini ditujukan pada semua sahabat-sahabat yang mengenali saya dan especially ex-student SMKJ(upsr 98) , MAAHAD PONTIAN (spm 03) , MAAHAD JOHOR (stam 04)..

Sabtu, 21 November 2009

::|| DadEH cHoCoLatE ::||

dadeh dah siap...nyummy nyummy



Petang tadi saya buat dadeh...First time buat..Alhamdulillah...senang je rupanya... jom share resepi.... Dadeh salah satu makanan dessert kegemaran saya.
RESEPI DADEH COKLAT:

- susu 1 kilo
-1 mug air
-1/4 agar-agar yang biasa dalam pek
-tepung coklat 4 camca besar

-gula sesedap rasa


**SELAMAT MENCUBA**

::|| HoUsEmaTE ||::


Sanah helwa ya jamilah....sanah helwa ya jamilah.....sanah helwa ya ahli baiti Aeshah.... 20 november 1987 adalah tarikh kelahiran housemate saya yang bernama Aeshah bte Abdul Ghani.Pada tarikh yang cukup bersejarah ini,dimana tarikh seorang ibu sedang berjihad bertarung nyawa demi melahirkan seorang pejuang muslimah.Maka 20 november 2009 genap usia pejuang muslimah itu berumur 22 tahun.Sedikit kalam taujihat dari saya buat ukhti aeshah...

"Kanvas perjuangan ini terlukis wajah muslimah yang kiasan rindunya tidak akan lemah walau dihunus seribu mehnah dan cabaran hidup.Selamat ulang tahun buat ukhti aeshah,semoga panjang umur ,dan semoga kita sabatkan hati kita dan istiqomah dalam meneruskan rantai-rantai perjuangan ad-dinul islam."



**celebrate malam tu ,kami wat laksa dan kek tapi dik cah malu malu kucing. ahaks....kekekekeke.**

Jumaat, 13 November 2009

::|| muHaSaBaH ||::


Sedang saya mentelaah kitab dan ditemani dengan angin sepoi sepoi bahasa yang masuk melalui jendela bersebelahan meja study saya yang mana ketika ini kondusi hati saya bercampur baur,sedih,gembira,semangat,futur dan bermacam - macam lagi.Saya ambil keputusan untuk berkongsi sedikit rasa bersama duyuful kiram di dalam blog saya.Dek kerana terkenangkan sahabat seperjuangan saya yang telah pun menghabiskan pengajiannya di Univeriti Al Azhar sebagai pemegang Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Syariah Islamiah.Sedih kerana perginya seorang sahabat yang banyak membantu saya dalam pelajaran serta bergurau senda yang mana menghilangkan sedikit rasa rindu pada keluarga malaysia.Selamat menempuh alam baru iaitu alam pekerjaan semasa di malaysia.Selamat berjuang sahabatku Noraini bte Osman.Semoga ikatan ukhwah kita berpanjangan.Apa yang saya doa dan harapkan agar sahabat saya ni dapat menangkis pemikiran pemikiran sekular yang berleluasa di malaysia..Gunakan ilmu yang dipelajari dalam menyebarkan dakwah demi Ad-Dinullah.
Erm... terfikir sejenak,bilakah saya akan jumpa sahabat saya ini lagi.Mungkin semasa masing-masing dah bekerja dan kebetulan bertugas ditempat yang sama? atau mungkin terserempak ketika bersiar-siar semasa membeli belah? atau mungkin juga berjumpa ketika sama-sama mengikuti program jemaah.Segala nya mugkin...Berat rasa hati untuk saya teruskan menaip tapi demi memujuk hati dan memberi semangat pada hati saya dan sahabat yang lain..Saya teruskan juga penulisan saya ini.Bila mengenangkan dugaan dan cabaran dalam menghadapi liku-liku pejuangan,hampir menitis air mata saya tapi sedikit pun tak menghalang diri saya terus meneruskan pengajian dibumi barakah ini. Sekali kaki melangkah bermakna bekas-bekas masa yang sudah dilalui tidak mungkin dijejaki kembali.Sedetik masa berlalu, sedetik pula usia maju. Setiap yang tiba melalui detik-detik masakan nyata dan pasti diterima. Andainya kaca yang tiba, kacalah rupanya, tak munkin lagi diganti dengan masa, sekalipun darah terburai dari mata dek tangisan.Firman Allah: Demi masa.Sesungguhnya manusia berada dalam kerugian.
Buat diri saya dan sahabat-sahabat perjuangan di bumi anbiya' ini ,teruskan perjuangan,jangan mengalah,jangan leka,jangan cuai,jangan lalai,jangan berangan pelik-pelik.USAHA SELAGI MAMPU.Gunakan masa muda kita ini dengan mencari dan menggali ilmu.Barangkali jika perkara lalai yang kerap kita lakukan akan menjangkiti minda kita.Jika kita lambat ubati,maka penyakit lalai itu akan berterusan menjadi barah.Al wiqayatul khair minal Ealaj.Mencegah lebih baik dari mengubati.Ingat!! anak muda kena bangkit di usia fajar bukan di usia senja.Ayuh sahabat-sahabat,kuburkan sahaja bencana yang menimpa.Kerana segala-galanya sudah menjadi abu-abu sejarah,ditiup bayu berterbanganlah ia. Sedangkan kejayaan esok masih menyintai kita.Hadapilah hari esok dengan dada yang lapang,penuh harapan cemerlang.Anggaplah kegagalan yang tiba sebagai percubaan.Dan percubaan penentu kejayaan.Manakala menderita dalan percubaan adalah suatu perjuangan yang tidak membuahkan kejayaan yang diidam-idamkan.Segala laku dan langkah yang kita kerjakan bukanlah penyambung hayat. Tapi sebagai rantai yang merantai bagi satu-satu kehidupan. Putus satu cederalah semua, malahan mungkin merobohkan istana harapan yang dimimpikan. Oleh itu awasilah dalam menggunakan masa.


Sahabat-sahabat ,jangan katakan yang kita berada di zon yang selamat.Ambillah peluang menggali khazanah ilmu selagimana kita berada di bumi anbiya' ini yang mana merupakan bumi mesir banyak melahirkan ulama' - ulama' dan cendikiawan yang bijak pandai.Di universiti adalah medan kita mencari ilmu,pencetus rasa dan kesedaran,pendidik jiwa dan semangat,pengasah minda dan intelektual.Jenayah terbesar dalam sesebuah institusi pengajian apabila tidak dapat melahirkan para intelektual yang punya kekuatan dan aura tersendiri dengan pakej lengkap seorang "ULUL ALBAB".Jangan kita tergolong dari golongan orang yang lalai lantas memberi fitnah kepada masyarakat.Nauzubillah.
Hari ini hilang pergi,esok harinya datang menjadi ganti. Roboh istana cinta bukanlah kecewa dan hampa. Tapi runtuh bangunan cita-cita rosaklah kehidupan bahagia yang diidam-idamkan. Tersinggung rasa dek cinta hanya sementara. Tapi hampa jiwa dek cita-cita bermakna selama-lamanya kecewa.Dari itu wahai sahabat-sahabat, biarlah istana cinta musnah buat seketika, akan kita bina dihari muka. Pantaskan kaki mengejar cita-cita, kerana cita-cita cepat dilari masa. Dan bila masa pergi ia tak boleh menoleh lagi. Usaha adalah penentuan dan takdir adalah suratan.Peringatan ini tujukan untuk saya khususnya dan sahabat@duyuful kiram amnya.Semoga coretan entry kali ini dapat memberi sedikit santapan hati kita di kala semangat itu hilang.Semangat yang hilang,kita cari pulang.

Selasa, 10 November 2009

::|| kaRtuN ||::

Ape khabar duyuful kiram??? Dah lama saya tak up date blog,ketika saya menarikan mata pena ini,saya dalam kondusi yang kurang sehat.Demam selsema.Mungkin cuaca yang kurang stabil.Tapi insyaAllah ,saya gagahkan juga diri saya untuk meneruskan penulisan ini.Erm....nak cerita apa ya...?? Haa... baru baru ini saya terlibat dengan program yang di anjurkan di markaz dpm Mansoura iaitu program karikatur yang mana ianya bertujuan mengasah minat mahasiswa yang memiliki kemahiran melukis.Taklifan yang diamahkan ialah Adhoc persiapan dan teknikal.Buat barisan adhoc yang terlibat,saya mohon maaf diatas kesulitan-kesulitan yang berlaku semasa perjalanan program.Tapi syukur alhamdulillah program tersebut mendapat sambutan dari mahasiswa/wi di Mansoura.Tak sangka rupanya ramai mahasiswa di bumi mesir ini berkemahiran melukis.Bukan sahaja di pihak ikhwah,bahkan dipihak akhwat juga yang tidak kurang hebatnya.SAYA???? ermmm ..... saya tak berapa mahir dalam kemahiran melukis ini,tapi jangan tak percaya bahawa melukis kartun juga adalah salah satu hobi saya ketika di waktu lapang.hehehehe....(lukis kartun cincai muncai je)..


lukisan saya...Comel tak??hehehhe....


Buat sahabat sahabat yang mengikuti bengkel karikatur dan sahabat yang diluar sana yang mempunyai kemahiran melukis,serlahkan bakat anda.Semoga dengan kemahiran yang dianugerahkan oleh Allah S.W.T menjadi satu wadah wasilah kita dalam menyebarkan dakwah islamiah kerana karikatur juga adalah salah satu elemen yang acapkali digunakan oleh pihak musuh untuk melakukan propaganda dan percubaan dalam merosakkan kesyumulan islam.

Jumaat, 6 November 2009

::|| SuBhaNaLLaH ||::




::|| taLkiN ||::

Maksud (dalam RUMI) talkin yang selalu dibaca utk orang yg meninggal dunia.

Masa baca tu, sebut2lah nama sendiri yer...., kalau tak terasa meremang, sama2lah kita lebihkan amal ibadat. Bukanlah perkara yang mudah setelah mambaca atau menghafalnya begitu sahaja sesungguhnya hanya amalan baik yg kita lakukan selama hidup di dunia yg akan menjadi penyelamat, InsyaAllah
WALLAHU A'LAAMM.

Bismillah hir rah man nir rahim.

Mahasuci Tuhan yang Engkau bersifat dengan Baqa' dan Qidam, Tuhan yang berkuasa mematikan sekalian yang bernyawa, Mahasuci Tuhan yang menjadikan mati dan hidup untuk menguji siapa yang baik dan siapa yang kecewa. Mahasuci Tuhan yang menjadikan lubang kubur sebesar-besar pengajaran untuk menjadi iktibar kepada orang yang lalai, dan sebesar-besar amaran kepada orang yang masih hidup.

Ingatlah! Bahawa sekalian mahluk Allah akan jahanam dan binasa,melainkan zat Allah Taala. Ialah Tuhan yang Mahabesar kuasa menghukum, manakala kita sekalian akan kembali menghadap hadirat Allah Taala.

Wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA,wahai SAYA Bin IBU SAYA, hendaklah kamu ingat akan janji-janji Allah yang mana kamu ada bawa bersama-sama dari dunia ini.

Sekarang kamu telah menuju masuk ke negeri Akhirat.

Kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah, dan bahawa senya Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah.

Ingatlah wahai SAYA Bin IBU SAYA, apabila datang kepada kamu 2 orang malaikat yang serupa dengan kamu iaitu Mungkar dan Nakir, maka janganlah berasa gentar dan takut, janganlah kamu berdukacita dan risau serta janganlah kamu susah-hati dan terkejut.

Ketahuilah wahai SAYA Bin IBU SAYA, bahawasanya Mungkar dan Nakir itu hamba Allah Taala, sebagaimana kamu juga hamba Allah Taala.

Apabila mereka menyuruh kamu duduk, mereka juga akan menyoal kamu. Mereka berkata:
Siapakah Tuhan kamu?
Siapakah Nabi kamu?
Apakah agama kamu?
Apakah kiblat kamu?
Siapakah saudara kamu?
Apakah pegangan iktikad kamu?
Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?


Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan-soalan mereka dengan cermat dan sehabis-habis terang, tepat dan betul. Janganlah berasa gementar, janganlah cuak dan janganlah bergopoh-gapah, biarlah tenang dan berhati-hati.
Hendaklah kamu jawab begini:

Allah Taala Tuhanku,
Muhammad nabiku,
Islam agamaku,
kitab suci Al-Quran ikutanku,
Baitullah itu qiblatku, malahan solah lima waktu, puasa di bulan Ramadhan,mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji diwajibkan ke atas aku.Semua orang Islam dan orang yang beriman adalah saudara aku, bahkan dari masa hidup hingga aku mati aku mengucap:
"La ila ha illallah Muhammaddur rasulullah".

Wahai SAYA Bin IBU SAYA tetapkanlah hatimu, inilah dia suatu dugaan yang paling besar. Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang tinggal didalam alam Barzakh, sehingga sampai satu masa kelak, kamu akan dibangunkan semua untuk berkumpul di Padang Mahsyar.

Insaflah wahai SAYA Bin IBU SAYA, bahawa senya mati ini adalah benar, soalan malaikat Mungkar dan Nakir di dalam kubur ini adalah benar,bangun dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah benar,berkumpul dan berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar, dihisab dan dikira segala amalan kamu adalah benar, minum di kolam air nabi adalah benar, ada syurga dan neraka adalah benar.

Bahawa senya hari Kiamat tetap akan adanya, begitu juga Tuhan yang maha berkuasa akan membangkitkan semula orang-orang yang di dalam kubur.

Di akhirnya kami ucapkan selamat berpisah dan selamat tinggal kamu disisi Allah Taala.

Semoga Tuhan akan memberi sejahtera kepada kamu. Tuhan jua yang menetapkan hati kamu. Kami sekalian berdoa mudah mudahan Allah Taala menjinakkan hati kamu yang liar, dan Allah menaruh belas kasihan kepada kamu yang berdagang seorang diri di dalam kubur ini.Mudah-mudahan Tuhan akan memberi keampunan dan memaafkan kesalahan kamu serta menerima segala amal kebajikan kamu.

Ya Allah Ya Tuhan, kami merayu dan bermohon kepada Mu supaya tidak disiksa mayat ini dengan kemegahan penghulu kami Muhammad SAW.

Subhana rabbika rabbil izati amma ya sifun wassallamu alalmursalinwalham dulillahi rabbil alamin.

Setiap yang bernafas, Pasti akan Mati - "Kullu nafsin za iqatul maut"

Firman Allah swt, "Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar berada di dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, yang ingat-mengingati supaya mentaati kebenaran, dan yang ingat-mengingati dengan kesabaran." Surah Al-A'sr ..

Dari Abdullah bin 'Amr R.A, Rasulullah S.A.W bersabda: "Sampaikanlah pesanku walaupun satu ayat..."

Disebutkan didalam satu riwayat, bahawasanya apabila para makhluk dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya berdiri tegak di kubur "masing-masing selama 44 tahun UMUR AKHIRAT dalam keadaan TIDAK MAKAN" dan TIDAK MINUM, TIDAK DUDUK dan TIDAK BERCAKAP.

Bertanya orang kepada Rasulullah saw : "Bagaimana kita dapat mengenali ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari qiamat?" Maka jawabnya Rasulullah saw "Umat dikenal kerana WAJAH mereka putih disebabkan oleh WUDHU'."
Bila qiamat datang maka malaikat datang ke kubur orang mukmin sambil membersihkan debu di badan mereka KECUALI pada tempat sujud. Bekas SUJUD tidak dihilangkan. Maka memanggillah dari zat yang memanggil. Bukanlah debu "itu dari debu kubur mereka, akan tetapi debu itu ialah debu KEIMANAN" mereka. Oleh itu tinggallah debu itu sehingga mereka melalui titian" Siratul Mustaqim dan memasuki alam syurga, sehingga setiap orang melihat para mukmin itu mengetahui bahawa mereka adalah pelayan Ku dan hamba-hamba Ku.Disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahawa sepuluh orang yang mayatnya:

TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuh asal diwaktu mati
1. Para Nabi
2 Para Ahli Jihad
3. Para Alim Ulama
4. Para Syuhada
5. Para Penghafal Al Quran
6. Imam atau Pemimpin yang Adil
7. Tukang Azan
8 . Wanita yang mati kelahiran/beranak
9. Orang mati dibunuh atau dianiaya
10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman.

Didalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah ra sabda Rasulullah saw:

Apabila datang hari qiamat dan orang orang yang berada di dalam kubur dibangkitkan maka Allah swt memberi wahyu kepada Malaikat Ridhwan:"Wahai Ridhwan , sesungguhnya Aku telah mengeluarkan hamba-hamba Ku berpuasa ( ahli puasa ) dari kubur mereka di dalam keadaan letih dan dahaga. Maka ambillah dan berikan mereka segala makanan yang digoreng dan buah buahan syurga.

"Maka Malaikat Ridhwan menyeru, wahai sekelian kawan-kawan dan semua anak-anak yang belum baligh, lalu mereka semua datang dengan membawa dulang dari nur dan berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama dulang yang penuh dengan buahan dan minuman yang lazat dari syurga dengan sangat banyak melebihi daun-daun kayu di bumi.

Jika Malaikat Ridhwan berjumpa mukmin maka dia memberi makanan itu kepada mereka sambil mengucap sebagaiman yang difirman oleh Allah swt di dalam Surah Al-Haqqah bermaksud "Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan AMAL yang telah kamu kerjakan pada HARI yang telah LALU itu.''



* Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Islam yang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati. " Dan ( ingatlah ) Allah sentiasa mengetahui dengan mendalam akan apa jua yang kamu lakukan." Surah Al-Baqarah : 237

"LAA ILAHA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINALZHAALIMIIN"



** dipetik dari sahabat blogger...jutaan terima kasih buat sahabat amrin cz minta saya search**

Isnin, 2 November 2009

::|| iNsya ALLAH ::||









Every time...
You feel like you can not go on...
You feel so lost and that you so alone...

All you see is night..
And darkness all around..
You feel so helpless.. You can't see which way to go..

Don't despair and never lose hope..
Because Allah is always by your side..

Inshaa' Allah.. Inshaa' Allah.. Inshaa' Allah you'll find your way..
Inshaa' Allah.. Inshaa' Allah.. In
shaa' Allah you'll find your way...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails